Sabtu, 27 Julai 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


<b>Negeri</b> Termiskin <b>di</b> Malaysia. <b>Kelantan</b> VS Sabah? - BeritaTerkini

Posted: 19 Feb 2012 08:51 PM PST

Kalau sebelum ini berdasarkan laporan Bank Dunia meletakkan negeri Sabah sebagai sebagai negeri termiskin di Malaysia. Itu data sekitar tahun 2010. Sekarang? 

Kredit gambar : puadede.com

Walaubagaimanapun, maklumat dan data yang diterima oleh Datuk Najib dan memaklumkan kepada penduduk di Sabah tempoh hari, yang mana negeri termiskin di Malaysia adalah Kelantan bukannya Sabah. 

Sedutan Ucapan Datuk Najib : Negeri Termiskin di Malaysia Adalah Kelantan

Sempat juga Datuk Seri Najib Razak bermain teka-teki dengan penduduk Kampung Nala, Lahad Datu Sabah…..

Dan Datuk Najib turut bersama-sama menjawab soalan tersebut dan mengatakan Kelantan, negeri paling termiskin di Malaysia.

Kepada Datuk Najib, boleh kami rakyat Malaysia melihat data tahun 2012 yang terkini itu? Ini kerana kami cuba membuat semakan di Unit Perancang Ekonomi (EPU). Malangnya data dan statistik yang disediakan hanyalah berakhir pada tahun 2009 sahaja. Mengapa masih tidak mengemaskinikan data tersebut?

Hasil rujukan kami di laman web Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga laman web Unit Perancang Ekonomi (EPU) menunjukkan data seperti di bawah ini :

Statistik tahun 2007

Statistik tahun 2009

Bagi kami tidak kira di mana-mana negara sekalipun, pasti akan ada data kawasan yang kurang maju, kawasan yang maju, negeri terkaya dan negeri yang termiskin. Itu sudah pasti. Tetapi yang paling pentingnya, tidak kira mana-mana negeri sekalipun yang dikategorikan sebagai negeri termiskin di Malaysia Perdana Menteri mesti ada tanggungjawab terus bersama-sama memajukannya.

  • Kalau negeri itu meningkat daripada kurang memberangsangkan kepada yang lebih baik, kerajaan persekutuan juga yang untung
  • Kalau negeri tersebut bertambah maju, kerajaan persekutuan juga yang untung

Bukankah negeri Sabah, negeri Kelantan, negeri Terengganu, negeri Selangor, negeri Johor dan semua negeri yang lain merupakan gabungan negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan juga Malaysia? Dan sebagai seorang Perdana Menteri dan barisan kepimpinannya memang tugas dan peranannya memajukan setiap pelusuk kawasan dan mana-mana negeri di Malaysia. Apatah lagi memperlekehkan mana-mana negeri di Malaysia tidak boleh sama sekali.

Baca Lagi 4 Berita Berkaitan DI SINI...

2 kisah dendam gadis hiv positif <b>di negeri kelantan</b> - hidup mesti <b>...</b>

Posted: 05 May 2013 11:35 PM PDT

KISAH PERTAMA
Gadis cantik dari Pasir Puteh, Shima (bukan nama sebenar), membalas dendam dengan menyebarkan virus HIV kepada mat rempit.
Mereka ialah mangsa, bukan si pencari bahana. Mereka ditakdirkan mengidap HIV dan AIDS atas titik-titik noda dan perbuatan jijik manusia lain. Kerana bapa atau suami mereka hidup bertuhankan nafsu, golongan yang tidak berdosa ini menanggung derita bahkan menjadi 'longkang ludahan' masyarakat.
 
Sedangkan mereka cumalah sang isteri yang mempertaruhkan sepenuh cintanya buat suami atau anak yang lahir ke dunia, yang sepatutnya sesuci kain putih namun telah dipalit cemar virus HIV. Sekiranya wanita mangsa virus pembunuh itu hidup dalam cacian masyarakat dan bertindak membalas dendam kepada lelaki lain atas perbuatan bapa atau suami mereka, siapakah yang harus dipersalahkan?
 
"Celaka orang-orang ini, aku nak bagi mereka rasa".
 
Itulah pengakuan dekad seorang gadis, Shima, yang berniat mahu menyebarkan virus HIV yang dihidapinya. 
Tindakan Shima itu diceritakan Zaimah Hussin saat penulis berkunjung ke kediaman kaunselor Pertubuhan Masyarakat Prihatin (PMP) itu di Pasir Tumboh, Kelantan baru-baru ini.
Zaimah 58, yang sudah hampir dua dekad berdampingan dengan dengan pesakit HIV dan AIDS di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu mengakui ada pesakit mendapat virus itu daripada suami atau bapa mereka yang terjebak dengan seks rambang.
 
Malangnya, mangsa yang bergelar anak atau isteri itu telah ditohmah oleh masyarakat sekeliling seolah-olah mereka sendiri yang membuat dosa hingga dijangkiti virus itu. Ini menyebabkan ramai mangsa HIV mengalami tekanan emosi sehingga mereka akhirnya menyimpan dendam kepada masyarakat yang menyalahkan mereka sebelum ini. Cerita Zaimah, Shima yang berasal dari Pasir Puteh dan kini berusia 18 tahun, dijangkiti virus itu semasa dilahirkan.
"Bapa Shima ialah seorang pemandu treler yang terlibat dengan seks rambang. Bapanya meninggal dunia akibat penyakit AIDS pada 1996 manakala ibunya yang terkena jangkitan daripada bapanya meninggal dunia pada tahun 2005".
 
'Kata Shima ; "Aku dicerca masyarakat, saudara mara aku pun semua tak terima aku. Mak saudara aku, aku nak jejak tangga rumah dia pun dilarang sama sekali. Dah macam tu, aku nak sebarkan virus ini", Zaimah memetik kata-kata Shima.
 
Seawal usia 13 tahun, Shima sudah bertekad untuk menyebarkan virus HIV itu dengan manjadi minah rempit dengan menjadikan dirinya 'hadiah' kepada mat-mat rempit.
 
"Setahu saya sampai sekarang dia buat kerja itu. Shima memang cantik, potongan badannya menarik, wajahnya putih dan hidungnya pula mancung", kata Zaimah yang ditemani anaknya, Dr. Zahrain Zulkifly, 31, Pengurus PMP yang dipanggil papa oleh pesakit AIDS di pusat perlindungan kelolaan PMP di Bachok, Nur City Center.
Menurut Zahrain, dalam kes yang lain pula, seorang wanita cantik, Rashida, berdendam dengan lelaki dan menyebarkan virus HIV dengan menjalinkan hubungan dengan ramai suami orang.
Kisahnya cukup tragis. Rashida berasal dari sebuah daerah di Kelantan. Dia merupakan graduan universiti yang berkahwin dengan lelaki penghidap HIV tanpa pengetahuannya.
 
Apa yang menjadi sesal dalam hati Rashida ialah keluarga suaminya rupa-rupa sudah mengetahui hal itu sebelum mereka berkahwin tetapi bertindak merahsiakannya daripada Rashida.
 
"Bayangkan, setelah suami meninggal dunia disebabkan AIDS, ibu lelaki itu dengan selamba memberitahunya, alah, dah lama dah aku tahu dia ada AIDS sejak sebelum kahwin dengan kau lagi", cerita Zahrain.
 
Setelah disahkan dijangkiti HIV, Rashida mengikuti rawatan dan menjalani sesi kaunseling di PMP dan kesihatannya beransur baik walaupun tidak akan pulih sepenuhnya. Dia kemudian berusaha mencantikkan diri bagi memikat suami orang kerana berdendam dengan semua lelaki.
 
"Rashida memberitahu saya, asal bernama lelaki, aku akan bagi (virus itu)", ujar Zahrain. Zahrain memberitahu, Rashida hanya meminati suami orang dan mungkin puluhan suami orang telah bersamanya.
 
"Sekarang dia berusia 42 tahun dan masih cantik", kata Zahrain.
 
Zaimah pula berharap supaya masyarakat tidak terus menghukum penghidap HIV sebaliknya berusaha memahami golongan itu.
 
"Kebanyakan wanita yang menyimpan dendam sebegini ialah mereka yang pada awalnya seorang yang innocent (baik). Mereka sentiasa berbuat baik dan tidak pernah menyangka akan mendapat penyakit ini".
 
"Banyak kes pesakit AIDS datang kepada saya dengan keadaan cukup trauma sampai ada yang menangis dan histeria", katanya sambil memberitahu bilangan pesakit AIDS di Kelantan bertambah dengan lima pesakit baru menemuinya setiap minggu sejak dua tahun kebelakangan ini".
 
Apa yang penting, kata Zaimah ialah masyarakat perlu menghentikan stigma terhadap mereka.
 
"Banyak pengalaman saya berdepan dengan kebencian masyarakat terhadap golongan ini. Ada mayat wanita yang terbiar tidak diuruskan sehingga berulat kerana tidak ada sesiapa mahu mendekatinya kerana takut dijangkiti. Ada yang diminta bayaran pengurusan jenazahnya lebih tinggi sehingga RM1,800, walhal jenazah biasa sekitar RM200 hingga RM400 sahaja", kata Zaimah yang sudah 19 tahun berdampingan dengan pesakit AIDS.
 
Zaimah turut menjelaskan, penyakit AIDS boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan.
 
"Rawatan yang diterima akan memberhentikan keaktifan virus tapi ia masih kekal dalam diri pesakit", katanya.

Petikan Kosmo oleh : Wartawan Adham Shadan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads