Jumaat, 5 Julai 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Nik Abduh Perlu Salahkan Ayahnya Yang Gagal Memberi Nikmat <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2013 02:24 PM PDT

July 4, 2013   ·   26 Comments

nik abduh 1

Hairan betul saya melihat sikap Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh, yang tidak tahu erti rasa bersyukur dengan apa yang dinikmati hasil dari bantuan dari Kerajaan Pusat. Katanya, Kelantan "dianak tirikan" berbanding negeri-negeri lain…

Di dalam parlimen semalam, dia mengeluh di dalam dewan. Kononnya Kelantan tidak dilayan sama adil oleh Kerajaan Pusat sebagaimana negeri-negeri lain.

Selain itu, dia turut meluahkan rasa risaunya tentang dasar Pembangunan Belia Negara yang kononnya kontradik dengan Islam, lantas menjerumuskan golongan muda-mudi dengan gejala penagihan dadah dan jenayah.

Seterusnya, Nik Abduh menawarkan kerjasama untuk membangunkan belia negara supaya berjaya. Kononnya, dia punya kepakaran untuk memastikan belia di negara ini berjaya?

Saya tidak tahu apa lagi yang Nik Abduh mahu dari Kerajaan Pusat. Nak dikata Kelantan tidak menerima dan disekat sebarang peruntukan kewangan dari Kerajaan Pusat, itu tidak benar kerana negeri itu tiap-tiap tahun dapat dana tambahan dari Kerajaan BN.

Malah kalau diikutkan rekod peruntukan dana dari Kerajaan Pusat, jumlah dana yang diperoleh Kerajaan Negeri Kelantan lebih besar berbanding beberapa negeri lain. Jadi, apa yang kurangnya lagi?

Kalau nak disebut tentang lebuhraya. Memang Kelantan tidak ada lebuhraya. Tapi bukan Kelantan saja yang menjadi satu-satunya negeri yang tidak punya lebuhraya. Sabah dan Sarawak pun tidak ada jaringan lebuhraya.

Jadi, apa lagi yang "dianak tirikan"?

Kalau nak disebut tentang royalti minyak, sudah dijelaskan berkali-kali bahawa sumber minyak yang dituntut Kerajaan pimpinan ayah Nik Abduh sebelum ini terang-terang terletak di luar perairan negeri Kelantan.

Bagaimana nak beri royalti jika begitu? Itu pun suda cukup bagus apabila Datuk Seri Najib sedia pertimbangkan sedikit sumbangan "ikhsan" untuk Kerajaan PAS Negeri Kelantan. Kalau saya, jangan mimpilah…

Pada saya, sepatutnya tidak timbul langsung soal Kelantan dianak tirikan atau tidak. Sebabnya, memang jelas negeri itu tidak pernah dianak tirikan walaupun ia lebih dari 22 tahun ditadbir PAS di bawah pentadbiran ayah Nik Abduh sendiri.

Soal dasar pembangunan belia, saya tidak nampak langsung kehebatan pembangunan belia-belia PAS. Apa kepakaran belia PAS yang nak dikongsi Nik Abduh dengan belia-belia negara?

Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana sahsiah diri belia-belia PAS yang diajar dan diasuh untuk merempuh pasukan keselamatan negara serta cuba mencetuskan kekecohan yang menghuru-harakan keadaan.

Tidak percaya? Sila lihat kelakuan dan tindakan yang diambil oleh Unit Amal PAS. Bukan saja mereka merempuh polis, mereka memukul dan sanggup melanggar kedaulatan undang-undang semata-mata mahu memperjuangkan perjuangan seorang pemimpin PKR yang tidak bermoral?

Macam itukah "model belia Islam" bagi PAS? Benar mereka solat. Tapi lakukah solat mereka itu dan apakah solat mereka itu tidak dapat menegah mereka dari melakukan perkara mungkar seperti menyokong puak LGBT berdemo?

Bukankah solat itu menghalang kita dari melakukan perkara mungkar? Solatlah dengan niat dan kaedah Islam yang betul. Kalau mereka betul-betul solat, sudah selesai memberi salam nescaya mereka terus pulang ke rumah dan tinggalkan demo bersama puak LGBT itu, bukan?

Nik Abduh perlu tahu bahawa ayahnya gagal membangunkan Kelantan dan sebab itulah negeri pimpinan ayahnya itu tidak rasa erti nikmat. Malah Allah malukan pula Kelantan dengan "kejuaraan" pesakit AIDS paling ramai selama tiga tahun berturut-turut.

Nik Abduh tolong suluh muka di cermin dulu, boleh?

By


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads