Jumaat, 16 Ogos 2013

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


3114 peneroka Felda <b>di Gua Musang</b> terima insentif Raya

Posted: 29 Jul 2013 02:12 AM PDT

Seramai 3,114 peneroka di 11 tanah rancangan Felda Wilayah Gua Musang menerima bayaran insentif Aidilfitri sebanyak RM300 seorang, membabitkan perbelanjaan hampir RM1 juta.
Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,906 peneroka adalah dari tiga gugusan Felda sekitar Gua Musang manakala selebihnya iaitu 1,208 peneroka, dari gugusan Kemahang, Tanah Merah.
Peneroka yang tidak terbabit dengan tanam semula bersama Felda pula menerima insentif sebanyak RM150 seorang, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Aidilfitri di Masjid Tanah Rancangan Felda Chiku 1 di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang Hasrin Ismail dan Penolong Pengurus Besar Komuniti Felda Wilayah Gua Musang Kamasri Mamat.
Nozula yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, peneroka di semua tanah rancangan Felda di seluruh negara amat bertuah kerana mereka bukan sahaja mendapat insentif raya setiap tahun, malah banyak lagi insentif lain.
Ini termasuk bayaran dividen pegangan saham Felda Global Ventures Sdn Bhd (FGVH) dan dividen Koperasi Peneroka Felda (KPF), katanya.
"Sebelum ini ,setiap keluarga peneroka Felda turut menerima durian runtuh sebanyak RM15,000 dan dianggap paling besar habuan diberikan agensi kerajaan pusat itu supaya mereka hidup lebih selesa," tambahnya.
Sehubungan itu, beliau berharap peneroka tidak terpedaya dengan dakyah pelbagai pihak tertentu yang cuba mencemarkan imej Felda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads