Isnin, 26 Ogos 2013

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Kanak-kanak sesat <b>di Gua Musang</b> – Perak Today

Posted: 21 Aug 2013 11:43 PM PDT

kanak-kanak OKU

GUA MUSANG – Seorang kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) Sindrom Down yang tersesat selepas turun dari bas di Stesen Bas Gua Musang menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).

Sehubungan itu, sesiapa yang kehilangan anak lelaki itu yang berusia lingkungan tujuh tahun datang ke wad hospital itu untuk membuat tuntutan dengan Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) Gua Musang.

Menurut Pelindung JKM, Rismauly Mohd Ishak, kanak-kanak tersebut menaiki bas dari Kuala Krai dan turun di Stesen Bas Gua Musang jam 6 petang kelmarin seorang diri tanpa membawa dokumen kenalan diri.

Beliau berkata, seorang penumpang yang turut menaiki bas berkenaan memerhatikan kanak-kanak itu yang begitu aktif ketika berada dalam basa tanpa ditemani ibu bapa mereka.

"Sebaik tiba di stesen bas bandar ini, penumpang berkenaan cuba membawa kanak-kanak tersebut tempat yang hendak ditujunya di Kampung Kerinting dengan mendakwa anak keluarganya di situ.

"Bagaimanapun gagal sebelum penumpang terbabit menyerahkan kanak-kanak berkenaan kepada polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang jam 12 malam," kata Rismauly.

Rismauly berkata, polis menghubungnya di JKM Gua Musang jam 8 pagi semalam untuk menyatakan perkara itu dan terus menuntut kanak-kanak OKU itu bagi membuat pemeriksaan kesihatan.

"Kita dapati kanak-kanak itu deman sebelum dimasukkan ke wad kanak-kanak hospital terbabit dan kita masih menunggu ibu bapa atau keluarga kanak-kanak ini untuk membuat tuntutannya," katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak lelaki itu tidak membawa sebarang dokumen dan hanya beg tangan kecil yang mengandung beberapa nilai wang kertas.

-Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads