03 di kuala krai - Google Blog Search |
K'jaan Pusat Bina Jambatan Bernilai RM16 Juta, Atasi Banjir <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 04 Aug 2013 08:57 AM PDT Kategori Pembela Rakyat, Kata Di KotaK'jaan Pusat Bina Jambatan Bernilai RM16 Juta, Atasi Banjir Di Kuala KraiKOTA BAHARU, 4 Ogos – Kerajaan Persekutuan akan membina sebuah jambatan dan meninggikan aras jalan bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di Km 326.7 Jalan Kuala Krai-Kota Baharu, berdekatan Sungai Durian, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. Beliau berkata jambatan yang akan dibina itu adalah sepanjang satu kilometer dan menelan belanja kira-kira RM16 juta. "Laluan ini merupakan laluan utama yang menghubungkan Kota Baharu ke Kuala Lumpur yang sering dilanda banjir terutama ketika musim tengkujuh," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNg) Kelantan, di sini, hari ini. Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli berkata dengan adanya jambatan tersebut, ia diharap dapat menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku di kawasan itu. "Setiap tahun, sekurang-kurangnya sebanyak empat kali pengguna jalan raya akan mengalami masalah banjir sekali gus menyebabkan terputus laluan," katanya. Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata kerajaan Persekutuan turut mengutamakan perkara berkaitan kerohanian dengan mengadakan program dakwah dan majlis ilmu secara berkala. "Walaupun program yang kita adakan sering dipertikaikan oleh kebanyakan pihak, namum saya rasa usaha ini harus diteruskan bagi memperkasakan sebuah negara yang memperjuangkan agama Islam," katanya. Berita Bertarikh Pada 4 August 2013 11:57 PM | |||
BLOG KELANTAN: 03 <b>di kuala krai</b> - Google Blog Search Posted: 23 Jul 2013 11:05 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from di kuala krai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan