03 di tanah merah - Google Blog Search |
RM160,000 UMNO <b>Tanah Merah</b> Belanjakan Untuk Tiket Bola <b>...</b> Posted: 24 Jun 2013 10:00 PM PDT CTS terpanggil untuk memberi komen mengenai kesediaan UMNO Tanah Merah untuk menaja tiket bola percuma ke perlawanan Akhir Piala FA sebanyak 4,000 keping untuk ahli Persatuan Anak-Anak Tanah Merah Di Perantauan (PERTAMA) dan Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (PERMATA). Harga tiket bola untuk Final Piala FA adalah RM40. Jadi UMNO Tanah Merah telah membelanjakan RM160,000 untuk satu perlawanan. Kita faham betapa emosinya dan berharganya Kelantan melangkah ke perlawanan akhir. Err ... bukankah mereka pernah ke perlawanan akhir Piala FA sebelum ini? Dengan 4,000 tiket ini kita boleh mengembirakan 4,000 penonton Kelantan. Kalau sayalah, saya lebih suka wang sebanyak RM160,000 ini digunakan untuk kegiatan atau peruntukan yang lebih berfaedah. Contohnya, saya boleh membina rumah kos murah yang berharga RM40,000 setiap satu. Dengan peruntukan berkenaan, saya boleh mengembirakan 4 keluarga yang miskin untuk memiliki rumah sendiri. Rumah yang dimiliki oleh keluarga ini akan berkekalan hingga ke anak cucu dan tidak untuk kegembiraan hanya satu malam. Atau mungkinkah Rakyat di Tanah Merah semuanya sudah kaya raya dan tiada keluarga miskin yang perlu dibantu? Itu tak pastilah saya. |
.: Majlis Najib <b>di Tanah Merah</b> DiBaham Ribut? - MSO Posted: 16 Mar 2013 12:36 AM PDT LAPORAN LEWAT Majlis Bewah Anak Kelantan Dengan Najib Tun Razak di Tanah Merah semalam ditimpa musibah apabila ribut kencang telah melanda majlis tersebut. Lima buah khemah yang menempatkan orang ramai telah tumbang dan diterbanngkan angin. 50,000 yang hadir seperti mana dilapor dalam protol berita bertempiaran lari menyelamatkan diri. Sehingga ini tidak ada laporan penuh kejadian berkenaan melainkan foto dan juga klik video pendek mengenai kejadian berkenaan yang dimasukkan dalam Face book. "Bewah Anak Kelantan" bersama Najib itu sempena kunjungan Najib ke empat kawasan parlimen di Kelantan dalam rangka kempen disaat-saat akhir menjelang pilihan raya. Lawatan bermula di kawasan Kuala Krai, diikuti dengan Jeli kemudian ke Kota Bharu. Berdasarkan borang berkenaan yang habis diedarkan anggaran yang hadir di majlis itu 50,000. Difaham juga Najib yang patut berlepas ke Kuala Lumpur jam 6:00 lewat lebih satu jam. |
You are subscribed to email updates from di tanah merah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan