03 di dabong - Google Blog Search |
Air Terjun Jelawang Gunung Stong <b>Dabong</b> | Hidup Biar Sedap Posted: 19 Jun 2013 10:45 PM PDT Cuti lepas, sewaktu melalui Lebuh Raya Timur Barat dari Baling untuk balik ke tempat kerja suami di Tasik Kenyir, kami melalui Dabong. Kali pertama melalui Lebuh Raya Timur Barat dulu kami melalui Kota Bharu, bercuti semalamam sebelum meneruskan perjalanan ke Hulu Terengganu. Kali ini kami melalui lain lain iaitu jalan Jeli – Dabong dan Sungai Sam.
Sepanjang jalan kita akan dihidangkan dengan kehijauan bukit bakau, langit yang biru bersama awan putih menggebu. Kita akan jumpa beberapa nama kampung yang unik dan menarik perhatian seperti Kuala Balah, Kampung Pak Abu, Kampung Slow Pak Long, Kampung Slow Temiang dan lain-lain. Selepas Kampung Sungai Batu, dari jauh mata akan terpandang arah air terjun di atas Gunung Stong . Lokasinya di Dabong iaitu sebuah pekan kecil yang terletak di Gua Musang, Kelantan. Kalau dari arah pekan Dabong, air terjun ini boleh dilihat beberapa kilometer jauhnya. Tak jauh dari jalan utama, kira-kira 500 meter adalah Air Terjun Jelawang yang terletak di dalam Taman Negara Gunung Stong ( Gunung Stong State Park (GSSP). Gunung Stong setinggi 1433 meter merupakan puncak yang tertinggi di Kelantan teletak di dalam hutan simpan Dabong. Terdapat 7 air terjun di Taman Negara Gunung Stong dan Air Terjun Jelawang setinggi 303 meter dari aras laut merupakan ait terjun tertinggi di Asia Tenggara. Air terjun yang paling tinggi berada dari aras laut. Kami hanya singgah dalam perjalanan, sekadar melihat disekitar lata air terjun di kaki Gunung Stong. Terdapat surau, bilik air, gerai makan dan resort di kaki Gunung Stong. Sebelum memulakan pendaki, pelawat perlu mendaftar di kaunter dan dikenakan tiket RM2 seorang.
Pelawat boleh boleh menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Dabong yang terletak kira-kira 500 meter dari stesen keretapi. Harga sewanya antara RM 20 – RM 60 bergantung kepada bilik yang berlainan saiz. Boleh hubungi Pak Din : 09-9663345. ( sumber : Majlis Daerah Dabong ) Selain Taman Negara Gunung Stong, Dabong juga memiliki tempat menarik lain yang boleh dikunjungi seperti Gunung Ayam, Gua Ikan,Lata Kertas dan Air Terjun Lata Rek. Sesiapa yang melalui jalan ini, ambil masa untuk mendekati keindahan Air Terjun Jelawang ini. Bagi mereka yang berminat mendaki, boleh masukkan Gunung Stong didalam lokasi yang mesti dikunjungi. |
Run. Mix. Burn!: Report: Mount Stong International Climbathon 2013 Posted: 24 Aug 2013 11:53 PM PDT Tarikh: 22 June 2013 | Saturday | 8:00am Climbathon. Gunung Stong. Dabong. Kelantan. Sabtu. Makan-angin - Itu antara terma-terma yang meracun aku untuk sertai acara ni. Climbathon. Dah agak lama tak buat lari dalam hutan dan naik gunung. Last sekali Sabah Adventure Challenge 2012. Gunung Stong. Kat mana nih? Mula google dan cari info. Baca blogs - Dabong, Kelantan... Lebih 10 tahun lari, belum pernah aku racing di Kelantan. Tambah plak dianjur pada hari Sabtu. Cuti sekolah Kedah = Kelantan. Cikgu plak setuju untuk join. So kitaorang mula kembara bermula 6:15 pagi Jumaat dari Bedong ke Dabong. Perjalanan santai melalui Baling, Grik dan Jeli. Berhenti merata, tang mana yang rasa menarik dan tertarik seperti tandas. Alhamdulillah tiada kesulitan sepanjang perjalan pergi+balik dan sempat aku sembahyang Jumaat di Dabong. Dabong. Tapi jika berkumpulan datang dengan keretapi. Elok menginap di Stong Hill Resort. Ada dorm dan chalet. Keperluan asas pon ada seperti tandas, surau, kedai makan dan urusan mendaki boleh dibuat disitu. Dabong. Pekannya kecil saja. Rasanya separuh daripada taman aku yang berjumlah 300 buah rumah. Balai polis, sekolah, masjid, pejabat-pejabat kerajaan dan stesen keretapi antara yang terdapat di Dabong - Lengkap. Tapi aku terkilan sampai sekarang. Aku tak teringat langsung nak bergambar dengan Abe Din + homestay yang kami menginap. Berborak panjang petang tu, siap jolok/makan buah dokong... haram sekeping gambaq pon takdak... pap! Cuma hati2 sikit bila makan tengah hari di Stesen Keretapi.. kitaorang kena sembelih. Mungkin tauke kedai ingat depa ni orang luar, mai sini seumur hidup sekali atau mungkin bahan keperluan agak sukar untuk diperolehi (50km dari Jeli)... aku 'pejam mata' aja. Tapi yang pasti... kitaorang tak pi makan dah kat situ untuk makan malam dan tengah hari esok hari. Gunung Stong. Pagi hari perlumbaan, tak berapa ramai peserta yang mendaftar. Memang keadaan biasa bagi acara climbathon jika dibandingkan dengan acara lumba lari jalanan. Alauddin pon, aku racun masuk sebab kategori sekolah rendah cuma ada 11 orang manakala hadiah wang tunai hingga 10 peserta pertama. ..image from Tourism Malaysia, Kelantan. Lari
CP3-CP4. Sang Kelembar Rock ke Puncak. Langsung tak boleh lari. Mendaki rabat pegang akaq pokok kayu saja. Kemudian kasi laluan pada peserta yang turun. Seksa. Sama jugak ketika turun CP4-CP3.. mengesot turun. Nak lompat-lompat... lutut dah nak kaput. CP3-CP5, aku banyak berjalan. Lari cuma sekejap pada permukaan rata saja. Turun pon jalan. Lutut dah tak berapa selesa dah. Tambah plak aku pakai kasut lari jalanan. Eeemmm.. hancus. Tapak luaran dah hilang entah kemana. Air pon dah habih sejak dari CP4. Nasib baik aku pakai baju cycling. Ada ruang boh botol air kat belakang. Jadi aku tadah air sungai untuk minum antara CP3-CP5 dan CP5-CP1. Cikgu dah risau sebab hampir jam 1 aku belom sampai. Siap buat report kat urusetia tanya perkembangan peserta 342. Penamat Yang kedua. Yang ketiga. Walaubagaimana pon kami tetap seronok sepanjang perjalanan. Bagi aku.. paling syiok dapat berlari/racing manakala Cikgu dan bebudak gumbira dapat berjalan makan angin. Alauddin dapat RM100. Dia belanja kami makan malam... Cantek! Sama-sama gumbira. Hari Pertama Hari ke-2 Labels: report |
You are subscribed to email updates from di dabong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan