ads

Khamis, 5 September 2013

03 di dabong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di dabong - Google Blog Search


<b>Dabong</b> lebih besar daripada Perlis - Utusan Online

Posted: 16 Jun 2013 10:06 AM PDT

Ab. Ramzi Ab. Rahman berucap di hadapan peserta program SMP-Utusan Malaysia baru-baru ini dan di sebelahnya Noraini Nordin dan wakil PPD Kuala Krai, Kelantan, Nik Rozman Nik Yaacob.

MEMANDANGKAN daerah Dabong lebih besar daripada negeri Perlis, maka Jabatan Majlis Pembangunan Dabong, Kelantan sedang dirancang penubuhannya, bagi membolehkan konsep kerjasama inklusif yang disarankan oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - dapat dilaksanakan sepenuhnya di kawasan itu.

Di bawah majlis itu nanti akan diletakkan Jawatankuasa Kampung dan semua jabatan penting, selain memperkenalkan sistem penzonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"Hal ini penting kerana Dabong lebih luas daripada Perlis," kata ADUN Dabong, Datuk Ramzi Ab. Rahman.

Secara berseloroh, kata Ramzi: "Bukan itu sahaja, jambatan di Dabong lebih baik daripada yang ada di Kota Bharu."

Tentang rutinnya, beliau kini kerap mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membantu membangunkan sektor nelayan sungai serta cuba mendapatkan subsidi baja untuk para petani di Dabong.

"Sektor nelayan sungai sangat berkembang maju dan menguntungkan kerana harga ikan sungai ini agak mahal dan semakin digemari," katanya.

Selain itu, lebih banyak publisiti akan diberikan kepada keindahan alam semula jadi di Dabong, khususnya air terjun Stong, Gua Ikan, Gunung ayam yang terkenal dengan aktiviti memanjat dan kesegaran udara dan kabus pada waktu pagi.

Sebelum ini, pihaknya juga telah membina bberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi memudahkan pengguna jalan raya singgah dan berehat, selain memberi pendapatan tetap atau tambahan kepada penduduk setempat.

"Kita juga memperuntukkan RM5 juta untuk menaik taraf jalan raya," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved