Jumaat, 20 September 2013

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


tembak dan bunuh <b>di pasir puteh</b>, kelantan pula <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 04 Aug 2013 09:00 PM PDT


Keperluan mewujudkan dan mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat nampaknya semakin memuncak. Tanpa sebarang akta pencegahan, jenayah terutama sekali yang membabitkan senjata api, pengedaran najis dadah dan sebagainya, tidak akan mampu diselesaikan. Dan biarpun ada pihak yang menyebut tentang Akta Pencegahan Jenayah 1965 yang boleh digunakan oleh polis, hakikatnya, akta berkenaan amat tempang tanpa Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat.

Lebih kurang pukul 5:15 pagi tadi, satu lagi jenayah tembak dan bunuh telah berlaku. Kali ini di Kedai Mek Nab, Kampung Telosan, Jalan Raya Pasir Puteh-Machang.

Insiden melibatkan tiga orang mangsa iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. Mangsa-mangsa dikenali sebagai Tajul, Nana dan Kamal. Ketika ketiga-tiga mereka berada di hadapan kedai berkenaan, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal berwarna hitam merah dan memakai jaket hitam serta menutup muka, telah melepaskan tembakan ke arah mereka.

Empat das tembakan telah mengenai bahagian dada Tajul. Manakala Nana pula terkena satu das tembakan di bahagian paha. Kamal bagaimanapun, tidak mengalami sebarang kecederaan kerana dia sempat menundukkan badannya.

10 kelongsong peluru telah ditemui di tempat kejadian. Polis sedang menyiasat motif dan punca kejadian.

Mangsa-mangsa telah dikejarkan ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk mendapatkan rawatan lanjut oleh orang kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads