03 di pulau melaka - Google Blog Search |
Kit Siang Celik <b>Di Melaka</b>, Tapi Buta <b>Di Pulau</b> Pinang? | <? bloginfo <b>...</b> Posted: 29 Jun 2013 12:11 PM PDT June 30, 2013 · 25 Comments Saya tidak pasti sama ada Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Harun, akan tunduk pada permainan DAP yang mahu beliau menutup semula jalanraya di Jonker Walk pada setiap hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Lim Kit Siang dan Tony Pua baru-baru ini tidak habis-habis lagi berpolitik dan mempolitikkan pembukaan jalan di Bandar Hilir itu. Tony Pua dalam kenyataan terbarunya mendakwa bahawa kononnya, membuka semula jalanraya di Jonker Walk itu mengancam keselamatan orang ramai. Dia kata, takut nanti ada yang cedera di jalan tersebut. Kit Siang pula sekali lagi mengulangi hujah bahawa tindakan Kerajaan BN Negeri Melaka membuka jalan di Jonker Walk itu adalah bermotifkan politik. Kononnya, BN marah pada kaum Cina di Melaka kerana tidak memberi undi pada BN pada PRU ke-13 yang lalu. "Dendam" katanya… Pada saya, kenyataan Tony Pua itu sama sekali tidak masuk akal dan berasaskan putar alam kelas terbawah. Saya kurang pasti sama ada dia punya akal atau tidak. Kalau ada pun, mungkin tahapnya lebih kurang Mahfuz Omar saja. Saya ingin bertanya, apa fungsi jalanraya? Apakah jalanraya dibina untuk para peniaga membuka gerai jualan mereka di atas jalanraya tersebut? Apakah ia dibina untuk menjual barangan cenderamata dari China yang tidak bermutu dan tidak tulen? Setahu saya, jalanraya dibina untuk dijadikan laluan kenderaan. Tidak pernah pula saya dengar jalanraya dibina untuk berniaga diatasnya. Jadi, apa masalahnya jika Kerajaan Negeri Melaka mahu membuka semula jalan itu untuk laluan kenderaan? Apakah tindakan itu salah dari sudut undang-undang? Jika salah, para peniaga di situ boleh saman Kerajaan Negeri Melaka di mahkamah. Lagipun, bukan seorang dua saja yang membuat laporan pada pihak berkuasa betapa kesan peniaga gerai di Jonker Walk itu telah mengundang kesesakan jalanraya, malah ramai yang mengadu tentang kesan buruk dari operasi perniagaan di Jonker Walk itu. Paling memalukan, DAP perlu buka balik fail sejarah pembukaan Jonker Walk di mana merekalah yang paling lantang mengkritik pembukaan Jonker Walk dulu. Dulu, DAP kutuk mengatakan Jonker Walk penyebab kesesakan lalulintas di Bandar Hilir. Sekarang sudah tukarkah? Saya menasihatkan Tony Pua supaya mengarahkan seluruh Cina DAP di Jonker Walk itu supaya berniaga saja di premis dan kedai mereka di sepanjang jalan tersebut. Maksud saya, kalau tak mahu digilis lori tayar 18, berniagalah di dalam kedai seperti dulu. Tak payahlah nak buka gerai di atas jalanraya lagi. Saya nak tanya, kalau peniaga buka gerai tengah jalan di depan rumah Tony Pua dan Kit Siang, boleh tak? Tak mengganggu lalulintas, kah? Kit Siang patut ke Pulau Pinang dan pulas telinga anaknya, Guan Eng, yang begitu aktif menyita, meroboh dan merampas gerai-gerai orang Melayu, Mamu, Mamak dan kaum India di pulau mutiara itu selama dia bergelar Ketua Menteri di negeri itu. Kezaliman dan keganasan pemerintahan Guan Eng begitu terkenal di Pulau Pinang. Dan saya yakin, rakyat yang tertindas di Pulau Pinang tahu tentang perkara ini. Kit Siang tak malukah bersuara lantang di Melaka, tapi buat-buat "buta" di Pulau Pinang? Jelas sekali DAP sengaja bermain "api" perkauman dalam isu Jonker Walk. Kalau sudah "chauvinis ultra kiasu" dan tebal sifat rasisnya, duduk dalam gelap pun kita dapat lihat kebobrokan mereka itu. Kalaulah saya ditakdirkan jadi Ketua Menteri Melaka, dah lama saya tutup Jonker Walk… |
You are subscribed to email updates from di pulau melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan