Khamis, 12 September 2013

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Kunjungan CBC Ke Masjid Tuan Guru <b>Pulau Melaka</b>, Kelantan.

Posted: 15 Aug 2013 09:55 AM PDT

Assalamualaikum wbt buat semua pembaca blog Towards Infinity.

Baru berkesempatan untuk update blog hari ini setelah sekian lama membiarkan blog ini menyepi.

Konvoi CBC KL- Kota Bharu- Betong Thailand- KL

Hari pertama (6/7/2013)

Beberapa hari sebelum memasuki bulan Ramadhan iaitu pada 6/7/2013 sehingga 8/7/2013 saya sempat menyertai aktiviti bersama CDM Bikers Club (CBC) dalam trip Konvoi dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu kemudian ke Betong, Thailand seterusnya balik semula keKuala Lumpur melalui Lebuh Raya Utara Selatan..

Seramai 11 bikers yang menyertai konvoi ini dari awal (KL-Karak-Kuala Lipis-Gua Musang-Kota Bharu) iaitu Azlan Deraman (Gold Wing Merah), Ramzi Abdul Goldwing Kuning) , Roslan Halban (Kawasaki GTR), CDM Chan (Kawasaki Z1000sx) , Abu Hassan Shauki (BMW GS1200) , Andy Ho (Kawasaki Z800) , Khairol Anuar Alwi (BMW GS1200) , Asrol Affandi (Kawasaki Versys 1000), Badrol Hisham (Kawasaki Versys 1000), Dr Hafiz Osman (Kawasaki Z1000sx), dan Zamri Basir (R1200 RT).

Kami bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 9 pagi dan sampai ke Kota Bharu sebelum waktu Solat Asar.
Alhamdulillah cuaca sangat baik dan perjalanan kami sangat lancar. Terima kasih kepada Marshal CDM Roslan Halban yang memimpin konvoi kami dengan baik.



Hari Kedua (7/7/2013)

Pada hari kedua kami sempat bersolat Subuh Berjemaah di Masjid Tok Guru Pulau Melaka diimamkan Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Teruja kerana dapat melihat secara dekat wajah tokoh negara yang sangat disegani ini.

Selepas bersarapan pagi kami semua memulakan perjalanan pada hari kedua menuju ke Betong, Thailand melalui Jeli dan Tasik Banding. Alhamdulillah cuaca hari ini pun sangat baik dan kami semua selamat sampai ke Betong sebelum maghrib.Hari ketiga (8/7/2013)
Pada hari ketiga kami bertolak sekitar jam 10 pagi dari hotel untuk pulang semula ke Kuala Lumpur melalui PLUS Highway. Perjalanan kami melalui Pengkalan Hulu- Lenggong - Changkat Jering - Ipoh - Kuala Lumpur.
Alhamdulillah kami semua selamat sampai ke rumah masing-masing sebelum pukul enam petang walaupun perjalanan ke Kuala Lumpur diiringi dengan hujan yang sangat lebat bermula dari Tanjung Malim sampailah ke Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads