Rabu, 18 September 2013

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Gambar persandingan Abby Abadi dan Farhan <b>di Tumpat</b>, Kelantan

Posted: 10 Sep 2013 04:10 PM PDT


Gambar persandingan Abby Abadi dan Farhan di Kelantan - Sebelum ini admin telah berkongsi beberapa keping gambar majlis resepsi perkahwinan Abby Abadi dan Farhan yang berlangsung di rumah pihak perempuan di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 1 September lalu.

Semalam pula satu lagi majlis persandingan telah berlangsung di rumah pihak lelaki di Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. Acara tersebut disambut dengan amat meriah dan gembira tatkala keluarga Farhan senang hati menerima kedatangan keluarga Abby Abadi.

Berikut ialah sekeping gambar sekitar majlis persandingan Abby Abadi dan Farhan yang amat santai dan bersahaja. Kedua-dua mempelai kelihatan begitu gembira, tersenyum lebar dan terpancar sinar kebahagian sejati. Tahniah sekali lagi admin ucapkan kepada pasangan romantik ini.

Seorang lagi lelaki ditahan, kes letupan bom <b>di Tumpat</b> selesai <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2013 09:34 AM PDT

August 19, 2013   ·   3 Comments

je_06.1

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU 18 Ogos – Polis menahan seorang lagi suspek berhubung letupan bom yang mengorbankan seorang kerani di Taman Sri Periuk, Tumpat dekat sini pada 11 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek yang merupakan jiran mangsa ditahan selepas datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

"Dengan penahanan lelaki berusia 28 tahun itu, kita percaya kes letupan bom ini telah selesai dan siasatn ditutup," katanya.

Sebelum ini, polis menahan seorang anggota tentera yang dipercayai terlibat dalam kes yang bermotifkan cemburu dan dendam itu. – UTUSAN ONLINE

Berita sebelum ini:

KOTA BHARU 13 Ogos – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes letupan bom di Taman Sri Periuk, Tumpat kelmarin yang mengorbankan seorang kerani sekolah.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim (gambar) berkata, suspek yang berusia 29 tahun ditahan di Tumpat kira-kira pukul 5 petang ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, penangkapan lelaki itu dijangka dapat membantu polis menyelesaikan kes tersebut dengan segera.

"Suspek ditahan di Tumpat pukul 5 petang ini dan kita percaya dia dapat membantu siasatan kes pembunuhan kerani sekolah terbabit," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi kelmarin, seorang kerani maut dengan kedua-dua tangannya putus setelah mengambil satu bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya di Taman Sri Periuk.

Mangsa, Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Kuala Krai meninggal dunia di tempat kejadian.

Berikutan itu, Polis Kelantan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat secara menyeluruh kes berkenaan termasuk mengenal pasti motif, jenis bahan letupan, individu yang mungkin dijadikan sasaran dan kemungkinan penglibatan kumpulan pengganas dari negara jiran.

Sebelum itu, Mazlan dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini berkata, selain lapan individu dewasa yang berada dalam rumah keluarga mangsa ketika kejadian, beberapa lagi individu akan diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Beliau pada masa yang sama menasihatkan penduduk di kawasan berkenaan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau bimbang dengan keselamatan mereka berikutan kejadian tersebut.

"Kita minta orang ramai tidak membuat spekulasi tentang kejadian letupan itu, biar polis jalankan siasatan lanjut.

"Polis berkeyakinan dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai tampil menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu bagi membantu pihak polis mempercepatkan siasatan.

Berita Lain: http://www.mykmu.net/?p=34150

By


Beginilah keadaan mangsa letupan bom <b>di Tumpat</b> - sedih beb <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2013 10:08 AM PDT

Gambar mangsa letupan bom di Tumpat tempoh hari akhirnya didedahkan. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian perut.

Dalam kejadian 11 pagi itu, Mohd Yusrizal, 32, kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai maut kerana mengalami kecederaan seperti dalam gambar di bawah apabila sebuah bungkusan yang diletakkan di atas bumbung kereta(MPV) milik abang ipar beliau tiba-tiba meletup sebaik sahaja beliau memegangnya.

Polis masih buntu mencari motif bagi perbuatan khianat tersebut. Pembunuhan dengan cara begini adalah antara yang paling kejam pernah berlaku di Malaysia selain kes kerat menjadi beberapa bahagian yang mengakibatkan Mona Fendi, suami dan pembantu mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati.


nota : GAMBAR ASAL TELAH DIPADAM ATAS NASIHAT SEORANG PEMBACA. 
JIKA ANDA MASIH BERMINAT SILA KE FB ini

TUMPAT - Mohd Yusrizal Mat Zain mengalihkan objek yang diletak di bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) tanpa disuruh sesiapa sebelum mangsa maut apabila objek itu meletup dalam kejadian di Tumpat, Kelantan hari ini.

Biras kepada Mohd Yusrizal, Norliana Nazihah Mohd Nasir, 28, berkata beliau ternampak objek mencurigakan itu pada kereta Naza Citra milik suaminya semasa menyelak langsir pintu hadapan rumah ibu mertuanya sejurus sebelum 11 pagi.

"Saya kemudian beritahu isteri arwah, Dayang Idayu Mohd Nawi, 26, mengenai objek itu dan tanya jika ada sesiapa yang tertinggal bungkusan itu.

"Barangkali arwah terdengar perbualan kami sebelum keluar dari rumah untuk periksa objek itu sebelum kami terdengar letupan kuat dan melihat Mohd Yusrizal terbaring berlumuran darah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini.

Dalam kejadian 11 pagi itu, Mohd Yusrizal, 32, kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, maut selepas cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Allahyarham, yang mempunyai seorang bayi perempuan berusia empat bulan, tiba di rumah mertuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri.

Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk bedah siasat.

Norliana Nazihah berkata kenderaan MPV itu diletak di hadapan rumah sejak 9 malam semalam selepas beliau pulang daripada menghadiri kenduri perkahwinan rakannya di Kota Baharu.

Beliau dan suaminya bercadang untuk pulang ke Kulim, Kedah, petang ini namun menangguhkannya susulan kejadian itu.

Sementara itu, sepasukan anggota daripada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan tiba pada 4 petang tadi untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian. - bernama melalui sinar

"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads