di negeri kelantan - Google Blog Search |
Gaji Rakyat <b>Kelantan</b> Paling Rendah? Sabah <b>Negeri</b> Termiskin <b>di</b> <b>...</b> Posted: 08 Sep 2013 06:20 PM PDT Jikalau anda masih ingat lagi Datuk Seri Najib pernah menegaskan (SEPERTI DI SINI) tahun lepas (tahun 2012) yang mana negeri Sabah bukan lagi negeri termiskin tetapi negeri Kelantan adalah negeri termsikin di Malaysia. Hari ini….. Secara rasminya negeri Sabah yang terkenal dengan sumber alam semula jadinya seperti balak yang bermutu tinggi dan minyak serta gas diumumkan sebagai negeri termiskin di Malaysia.
Apa yang Berita Semasa perhatikan adalah, GLC dilihat kurang berminat untuk melabur di Kelantan. Berita Semasa tidak pasti apa sebabnya. Contohnya perledangan kepala sawit. Tanah terbentang luas di Kelantan tetapi GLC sanggup melabur di negara lain yang banyak risikonya contohnya di Indonesia dan Afrika. Akhirnya, apa yang jadi sekarang? Banyak tanah-tanah persendirian terpaksa pajak kepada syarikat persendirian termausklah syarikat non bumiputra. Sebelum ini, pernah tercetusnya kontroversi apabila rakyat negeri Johor dicop sebagai rakyat termiskin di Malaysia dek kerana kos sara hidup di sana yang terus melambung tinggi akibat kemasukan & pembangunan bertali arus yang banyak dikhususkan untuk rakyat Singapura berbelanja berbanding rakyat Kelantan seperti laporan Berita Semasa (DI SINI) Apa kata anda terutamanya rakyat Kelantan dan Sabah apabila negeri anda menjadi negeri termiskin di Malaysia dan juga merupakan rakyat yang menerima gaji terendah di Malaysia? |
<b>Negeri</b> Termiskin <b>di</b> Malaysia. <b>Kelantan</b> VS Sabah? - Berita Semasa Posted: 19 Feb 2012 08:51 PM PST Kalau sebelum ini berdasarkan laporan Bank Dunia meletakkan negeri Sabah sebagai sebagai negeri termiskin di Malaysia. Itu data sekitar tahun 2010. Sekarang? Kredit gambar : puadede.com Walaubagaimanapun, maklumat dan data yang diterima oleh Datuk Najib dan memaklumkan kepada penduduk di Sabah tempoh hari, yang mana negeri termiskin di Malaysia adalah Kelantan bukannya Sabah. Sedutan Ucapan Datuk Najib : Negeri Termiskin di Malaysia Adalah KelantanSempat juga Datuk Seri Najib Razak bermain teka-teki dengan penduduk Kampung Nala, Lahad Datu Sabah….. Dan Datuk Najib turut bersama-sama menjawab soalan tersebut dan mengatakan Kelantan, negeri paling termiskin di Malaysia. Kepada Datuk Najib, boleh kami rakyat Malaysia melihat data tahun 2012 yang terkini itu? Ini kerana kami cuba membuat semakan di Unit Perancang Ekonomi (EPU). Malangnya data dan statistik yang disediakan hanyalah berakhir pada tahun 2009 sahaja. Mengapa masih tidak mengemaskinikan data tersebut? Hasil rujukan kami di laman web Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga laman web Unit Perancang Ekonomi (EPU) menunjukkan data seperti di bawah ini : Statistik tahun 2007 Statistik tahun 2009 Bagi kami tidak kira di mana-mana negara sekalipun, pasti akan ada data kawasan yang kurang maju, kawasan yang maju, negeri terkaya dan negeri yang termiskin. Itu sudah pasti. Tetapi yang paling pentingnya, tidak kira mana-mana negeri sekalipun yang dikategorikan sebagai negeri termiskin di Malaysia Perdana Menteri mesti ada tanggungjawab terus bersama-sama memajukannya.
Bukankah negeri Sabah, negeri Kelantan, negeri Terengganu, negeri Selangor, negeri Johor dan semua negeri yang lain merupakan gabungan negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan juga Malaysia? Dan sebagai seorang Perdana Menteri dan barisan kepimpinannya memang tugas dan peranannya memajukan setiap pelusuk kawasan dan mana-mana negeri di Malaysia. Apatah lagi memperlekehkan mana-mana negeri di Malaysia tidak boleh sama sekali. |
You are subscribed to email updates from di negeri kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan