di negeri kelantan - Google Blog Search |
Gaji Rakyat <b>Kelantan</b> Paling Rendah? Sabah <b>Negeri</b> Termiskin <b>di</b> <b>...</b> Posted: 20 Sep 2013 05:34 AM PDT Jikalau anda masih ingat lagi Datuk Seri Najib pernah menegaskan (SEPERTI DI SINI) tahun lepas (tahun 2012) yang mana negeri Sabah bukan lagi negeri termiskin tetapi negeri Kelantan adalah negeri termsikin di Malaysia. Hari ini….. Secara rasminya negeri Sabah yang terkenal dengan sumber alam semula jadinya seperti balak yang bermutu tinggi dan minyak serta gas diumumkan sebagai negeri termiskin di Malaysia.
Apa yang Berita Semasa perhatikan adalah, GLC dilihat kurang berminat untuk melabur di Kelantan. Berita Semasa tidak pasti apa sebabnya. Contohnya perledangan kepala sawit. Tanah terbentang luas di Kelantan tetapi GLC sanggup melabur di negara lain yang banyak risikonya contohnya di Indonesia dan Afrika. Akhirnya, apa yang jadi sekarang? Banyak tanah-tanah persendirian terpaksa pajak kepada syarikat persendirian termausklah syarikat non bumiputra. Sebelum ini, pernah tercetusnya kontroversi apabila rakyat negeri Johor dicop sebagai rakyat termiskin di Malaysia dek kerana kos sara hidup di sana yang terus melambung tinggi akibat kemasukan & pembangunan bertali arus yang banyak dikhususkan untuk rakyat Singapura berbelanja berbanding rakyat Kelantan seperti laporan Berita Semasa (DI SINI) Apa kata anda terutamanya rakyat Kelantan dan Sabah apabila negeri anda menjadi negeri termiskin di Malaysia dan juga merupakan rakyat yang menerima gaji terendah di Malaysia? Tweet |
You are subscribed to email updates from di negeri kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan