di negeri kelantan - Google Blog Search |
Muzium <b>Negeri Kelantan</b> | Come2Kelantan Posted: 14 Sep 2013 06:46 PM PDT Pada kebiasaannya kita dapat memahami istilah muzium sebagai penyimpan barang-barang lama yang di simpan dalam sebuah bangunan lama. Pandangan tradisional ini berubah dari semasa ke semasa, sehinggalah pada tahun 1974, pertubuhan UNESCO melalui badan professional yang dipanggil ICOM telah memberi definisi yang lebih terperinci berkenaan muzium. Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM) mendefinisikan muzium seperti berikut: 'Institut bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan pekembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya'. Secara amnya muzium dianggap sebagai pemegang amanah warisan negara yang tidak ternilai dan mungkin tidak dapat ditukar ganti. Muzium juga berperanan sebagai sebuah institusi pendidikan tidak rasmi. Sumber dan bahan-bahan yang terdapat di muzium mampu memberi kefahaman dan menarik minat sama ada yang berkaitan sejarah, sastera, sains atau alam semulajadi. Apabila disebut istilah muzium, kita harus melihat konsep permuziuman itu sebagai satu konsep yang luas, umum dan artifak yang ada di dalam koleksi diperagakan dan ditempatkan dalam sebuah bangunan. Kewujudan sesebuah muzium itu pada prinsipnya berasaskan kepada beberapa keperluan iaitu memberi pendidikan kepada masyarakat, pemeliharaan dan pengekalan warisan sejarah, kebudayaan, alam semulajadi dan pelancongan. Dasar-dasar tertentu yang melibatkan fungsi-fungsi muzium seperti Dasar Perolehan Koleksi, Dasar Penyelidikan, Teknik dan Konsep Pameran, Kaedah Konservasi serta Program Pendidikan dan Pengembangan Permuziuman perlu digubal dan menjadi asas panduan kepada pegawai dan kakitangan muzium yang bertanggungjawab menggerakannya. Pengurusan sesebuah muzium adalah berpandukan kepada dasar-dasar yang ditetapkan dan digerakan di atas landasan struktur organisasi yang serasi dan selari dengan misi, objektif dan fungsi muzium. Tidak terdapat sebarang peraturan mengenai pembentukan organisasi tersebut tetapi perlu menepati kehendak program dan aktiviti muzium berkenaan seperti; Pentadbiran, Kewangan, Penerbitan, Editorial, Latihan, Pusat Rekod, Arkib, Perhubungan Awam, Pemasaran dan Teknologi Maklumat. Organisasi ini penting dan boleh dipindah dan dipersesuaikan dengan keperluan dan perubahan semasa atau pengkhusan skop bidang yang dikendalikan muzium berkenaan. Kaedah dan konsep konservasi merupakan aspek pengurusan yang terpenting dalam pengendalian pengurusan koleksi muzium. Kewujudan muzium sebagai khazanah penyimpanan warisan negara tidak akan menjadi realiti tanpa himpunan koleksi artifak. Koleksi juga memberikan identiti dan populariti sesebuah muzium. Reputasi sesebuah muzium itu banyak bergantung kepada kepentingan koleksi yang dimilikinya dan kaedah-kaedah yang digunakan untuk memanfaatkan kepada umum seperti teknik-teknik pameran yang digunakan, program interpretasi, pemasaran dan penerbitan mengenainya dalam pelbagai media. Bidang permuziuman merangkumi pelbagai aspek yang saling berinteraksi dalam menggerakkan usaha pembangunan dan pembentukan pusat pengumpulan maklumat dan pendidikan berkenaaan warisan negara. Oleh itu boleh disimpulkan Muzium sebagai wadah yang menjadi perhubung ketamadunan warisan silam dengan masyarakat. |
You are subscribed to email updates from di negeri kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan