03 di dabong - Google Blog Search |
Tanah Pertanian 409.6 hektar (1012.14 ekar) <b>Di Dabong</b>, Kelantan <b>...</b> Posted: 29 May 2013 10:09 PM PDT Posted by: En Amad | 30, May 2013 Untuk dijual pada harga RM13,000.00 per ekar (Jumlah = RM13,000,000.00) Dua lot milikan persendirian dengan pajakan 50 tahun (sehingga 2051) dan dibolehkan untuk gadaian kepada Bank atau Institusi Kewangan. Lokasi: Mukim Kuala Stong, Jajahan Kuala Krai (Daerah Dabong, Kelantan) kira-kira 9.2 km dari simpang tiga Dabong – Bertam – Gua Musang. Terletak di kiri kanan jalan besar menuju ke Gua Musang. Jarak dari Bandar Jeli sejauh 60 km. Keadaan Tanah: Landai menghampiri kaki bukit. Sebahagian kawasan adalah berbatu (anggaran tempat berbatu 10% dari jumlah keluasan tapak) Semak tebal dan tinggalan saki-baki hutan simpan dari kawasan dahulu dalam Hutan Rizab Gunong Stong tengah. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di nombor 010-7060666. Segala kos untuk lawatan dan pengecaman di tapak berserta khidmat guaman di bawah tanggungan pembeli. |
Air Terjun Jelawang Gunung Stong <b>Dabong</b> | Hidup Biar Sedap Posted: 19 Jun 2013 10:45 PM PDT Cuti lepas, sewaktu melalui Lebuh Raya Timur Barat dari Baling untuk balik ke tempat kerja suami di Tasik Kenyir, kami melalui Dabong. Kali pertama melalui Lebuh Raya Timur Barat dulu kami melalui Kota Bharu, bercuti semalamam sebelum meneruskan perjalanan ke Hulu Terengganu. Kali ini kami melalui lain lain iaitu jalan Jeli – Dabong dan Sungai Sam.
Sepanjang jalan kita akan dihidangkan dengan kehijauan bukit bakau, langit yang biru bersama awan putih menggebu. Kita akan jumpa beberapa nama kampung yang unik dan menarik perhatian seperti Kuala Balah, Kampung Pak Abu, Kampung Slow Pak Long, Kampung Slow Temiang dan lain-lain. Selepas Kampung Sungai Batu, dari jauh mata akan terpandang arah air terjun di atas Gunung Stong . Lokasinya di Dabong iaitu sebuah pekan kecil yang terletak di Gua Musang, Kelantan. Kalau dari arah pekan Dabong, air terjun ini boleh dilihat beberapa kilometer jauhnya. Tak jauh dari jalan utama, kira-kira 500 meter adalah Air Terjun Jelawang yang terletak di dalam Taman Negara Gunung Stong ( Gunung Stong State Park (GSSP). Gunung Stong setinggi 1433 meter merupakan puncak yang tertinggi di Kelantan teletak di dalam hutan simpan Dabong. Terdapat 7 air terjun di Taman Negara Gunung Stong dan Air Terjun Jelawang setinggi 303 meter dari aras laut merupakan ait terjun tertinggi di Asia Tenggara. Air terjun yang paling tinggi berada dari aras laut. Kami hanya singgah dalam perjalanan, sekadar melihat disekitar lata air terjun di kaki Gunung Stong. Terdapat surau, bilik air, gerai makan dan resort di kaki Gunung Stong. Sebelum memulakan pendaki, pelawat perlu mendaftar di kaunter dan dikenakan tiket RM2 seorang.
Pelawat boleh boleh menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Dabong yang terletak kira-kira 500 meter dari stesen keretapi. Harga sewanya antara RM 20 – RM 60 bergantung kepada bilik yang berlainan saiz. Boleh hubungi Pak Din : 09-9663345. ( sumber : Majlis Daerah Dabong ) Selain Taman Negara Gunung Stong, Dabong juga memiliki tempat menarik lain yang boleh dikunjungi seperti Gunung Ayam, Gua Ikan,Lata Kertas dan Air Terjun Lata Rek. Sesiapa yang melalui jalan ini, ambil masa untuk mendekati keindahan Air Terjun Jelawang ini. Bagi mereka yang berminat mendaki, boleh masukkan Gunung Stong didalam lokasi yang mesti dikunjungi. |
You are subscribed to email updates from di dabong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan