Isnin, 18 November 2013

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Kemalangan Maut 4 Ajal Kereta Berpusing <b>Di Gua Musang</b> - IniKalilah

Posted: 15 Nov 2013 03:41 PM PST

Kemalangan Maut 4 Ajal Kereta Berpusing Di Gua Musang [SAKSIKAN...]

Gua Musang: "Saya hanya mampu beristighfar apabila melihat empat orang dalam kereta itu sudah tidak bernyawa dengan keadaan mayat yang menyayat hati," kata Majid Ahmad, 43, saksi kemalangan mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 53.9, Jalan Gua Musang, Kuala Krai, di sini, semalam.

Mangsa kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu ialah pemandu Toyota Harrier, Wan Mahmud Sabri Wan Idris, 52, isterinya, Nurul 'Aini Abdullah,53, dan anak perempuan mereka, Wan Najihah Wan Mahmud Sabri, 10.

Seorang lagi mangsa yang terbunuh Zainab Abdullah, 68, dipercayai ibu kepada Wan Mahmud atau Nurul 'Aini. Seorang lagi penumpang kenderaan itu, Wan Nadirah, 13, yang juga anak Wan Mahmud cedera parah.

Keluarga terbabit berasal dari Kubang Kerian, Kota Bharu dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis konvokesyen seorang daripada anggota keluarga mereka.

KEADAAN kenderaan dinaiki empat mangsa remuk.

Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kejadian kenderaan dinaiki keluarga terbabit bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mazda BT-50. - Metro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads