03 di gua musang - Google Blog Search |
3 penempatan baru diwujudkan <b>di Gua Musang</b> - Harakah Daily Posted: 15 Aug 2013 02:05 AM PDT
Penempatan di Sungai Kundur. GUA MUSANG: Mengambil kira masalah penduduk setinggan di bandar ini, kerajaan negeri mewujudkan tiga penempatan baru bagi memindahkan mereka. Biar pun parlimen Gua Musang merupakan kubu paling kuat Umno di Kelantan, namun tidak menghalang kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyat. Penempatan awal diwujudkan di Kampung Sungai Kundur pada 1992. Selepas itu dibuka pula penempatan baru di Tanah Putih dan Sungai Kepa. Ramai penduduk sebelum ini tinggal di tepi Sungai Galas, Kampung Baru dan Kampung Lama di Bandar Gua Musang serta kawasan industri mendapat lot di penempatan tersebut. Penyelia Dun Galas, Abdullah Husain (gambar) berkata, usaha itu dilakukan kerajaan negeri bagi membolehkan penduduk memiliki lot kediaman dan membina rumah sendiri. "Sebelum ini mereka tinggal di kawasan-kawasan setinggan di mana setiap akhir tahun berdepan dengan banjir. "Dan sekarang sebahagian besar mereka sudah berpindah ke penempatan baru dan membina rumah di atas lot sendiri yang diberi kerajaan negeri," katanya di sini. Menurutnya penempatan di Sungai Kepa yang terakhir diwujudkan mempunyai 170 lot dan sehingga sekarang 60 rumah sudah dibina. Setiap lot seluas 60 kaki x 90 kaki. Abdullah juga berkata, pertambahan bilangan rumah menyebabkan anak Sungai Kepa menjadi semakin sempit ekoran penduduk menambung tanah di kawasan rendah berhampiran anak sungai. Katanya, setiap kelulusan bagi membina rumah pada peringkat awal dipantau Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) bagi mengelakkan aliran anak sungai menjadi semakin sempit. Malah dua tahun lepas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyelenggara anak sungai tersebut bagi mengelakkan aliran air tersekat. Bagaiamanapun katanya sikap penduduk yang suka membuang sampah sarat ke dalam sungai menyebabkan alirannya tersekat sehingga menyebabkan berlaku banjir kilat baru-baru ini. Sebanyak lapan rumah di Sungai Kepa ditenggelami banjir kilat sedalam empat kaki terutamanya rumah di bina di tempat rendah. Air bercampur lumpuh naik mendadak dan surut selepas lima jam menyebabkan banyak harta benda milik penduduk rosak. "Kerajaan negeri dan Majlis Tindakan Dun menimbangkan bantuan segera kepada mangsa terbabit," ujarnya. Oleh itu Abdullah berharap MDGM perlu lebih kerat turun padang memastikan tidak ada rumah-rumah baru yang dibina menimbus anak sungai. |
You are subscribed to email updates from di gua musang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan