ads

Sabtu, 30 November 2013

03 di gua musang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di gua musang - Google Blog Search


[ Terkini ] Empat sekeluarga maut dalam kemalangan <b>di Gua</b> <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2013 03:52 AM PST

GUA MUSANG: Empat maut manakala dua cedera parah dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan pacuan empat roda di kilometer 53.9 Jalan Kuala Krai-Gua Musang di sini siang tadi.
Kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 11.30 pagi  tadi.
Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai, Zainab Abdullah, 68, Wan Mahmud Sabri Wan Idris, 52, Nurul Aini Abdullah, 53 dan Wan Najihah Wan Mahmud, 10.
Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai, Wan Nadira Wan Mahmud, 13 yang mengalami patah peha dan cedera di muka serta Raja Yusof Wan Ismail, 62 yang patah tulang rusuk.
Dalam kejadian tersebut kenderaan Toyota Harrier yang dipandu oleh Wan Mahmud Sabri dikatakan terbabas sebelum bertembung dengan pacuan empat roda jenis Mazda yang dipandu oleh Raja Yusof dari arah bertentangan.
Toyota Harrier berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu dan dinaiki oleh lima sekeluarga manakala pacuan empat roda jenis Mazda itu hanya di pandu oleh Raja Yusof.
Lima sekelurga berkenaan dikatakan menghadiri majlis konvokensyen anak mereka di Kuala Lumpur.
Kesemua mangsa dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala mangsa yang cedera parah di hantar ke Hospital Gua Musang dan Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan mengenai kejadian tersebut. Al-fatihah Sumber

K B B R I: Cabaran si pencari buah keranji <b>di Gua Musang</b>

Posted: 06 Nov 2013 11:27 PM PST


GUA MUSANG: Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu. Peribahasa ini pasti sangat dikenali oleh rakyat Malaysia kerana diajar sejak di bangku sekolah tetapi berapa ramaikah yang mengetahui apakah rupa buah keranji serta pernah menikmatinya atau sekadar melihat di dalam gambar.

Peribahasa yang menggunakan nama buah keranji lebih popular daripada buah itu sendiri menyebabkan tiada sesiapa pun yang ambil kisah tentang buah itu kecuali beberapa penduduk di Kampung Meranto, Gua Musang yang meraih pendapatan harian dengan mencari dan menjual buah tersebut.

Dalam istilah botaninya, buah keranji dikenali sebagai dialium indium. Ini adalah buah hutan yang banyak ditemui di daerah Sumatera dan Kalimantan, Indonesia serta di negara ini terutama di hutan Sabah dan Sarawak.

Buah keranji mempunyai ukuran diameter kira-kira 2 sentimeter (cm), dibaluti kulit hitam yang rapuh, manakala isinya berwarna oren yang mengeluarkan kombinasi rasa masam manis dan jika diawet boleh bertahan sehingga dua tahun.

Di Indonesia, buah keranji cukup popular sebagai rempah bertujuan untuk menimbulkan rasa masam setiap hidangan manakala di negara-negara Arab pula, mereka percaya buah keranji mampu menurunkan kolesterol dengan mengamalkan memakan tiga biji sehari.

Di pasaran tempatan, buah keranji yang popular dijadikan jeruk dijual dalam pelbagai sukatan, antaranya dalam paket ataupun mengikut sistem metrik tradisional iaitu gantang dan secara umumnya nilainya amat tinggi berbanding buah-buahan lain kerana mampu mencecah harga sehingga RM10 bagi setiap 100 gram atau RM7 sepaket.

Meskipun ciri-ciri buah tersebut dan kegunaannya mudah dijelaskan melalui ayat, namun disebabkan banyak tumbuh secara liar di dalam hutan, untuk mencari dan mengambil buah keranji tidaklah semudah mengungkapkan peribahasa itu.

Pengalaman dan keperitan mencari buah tersebut dialami sendiri penulis baru-baru ini ketika menyertai beberapa penduduk Kampung Meranto memetik buah tersebut untuk dijual di pasaran tempatan.

Pencarian itu bermula dengan perjalanan seawal pukul 6 pagi yang mengambil masa tiga jam meredah hutan tebal dan berpenat mendaki bukit serta terpaksa melintasi sebatang anak sungai di Bukit Buluh Betong yang kedalaman dan arus derasnya cukup mencabar.

Ketika sampai di lokasi, perasaan gembira yang timbul selepas berasa kepenatan nampaknya tidak lama kerana untuk memetik buah keranji tidak semudah disangkakan ekoran kebanyakan pokok keranji yang mengeluarkan buah itu berada pada ketinggian antara 30 hingga 50 meter!

Abdullah Pak Adik, 47, yang telah memetik buah tersebut sejak 20 tahun lalu berkata, persiapan pertama yang harus dibuat bersama tujuh rakannya sebaik menemui pokok keranji adalah menyediakan anak tangga untuk membolehkan mereka memanjat pokok sehingga ke dahannya.

Kerja memetik buah keranji ternyata memerlukan kesabaran, kecekalan dan kemahiran yang amat tinggi kerana kelalaian yang sedikit terutama ketika memanjat pokok menyebabkan nyawa sendiri menjadi taruhan.
Lebih menarik apabila anak tangga yang dibuat itu keseluruhannya menggunakan sumber hutan terutama dahan-dahan keras dan rotan yang digunakan untuk mengikat anak tangga di sepanjang batang pokok.

"Pertama sekali untuk memanjat pokok setinggi 50 meter ini kita akan membina anak tangga dengan menggunakan buluh dan diikat dengan rotan ataupun akar kayu yang keras untuk memastikan ia selamat digunakan.

"Kami tidak membawa peralatan moden kerana boleh membebankan terutama kerana terpaksa berjalan kaki untuk masuk ke dalam hutan ini. Hanya sebilah parang sahaja yang dibawa untuk mencari bahan yang diperlukan," katanya.

Abdullah berkata, selepas membuat persediaan membina anak tangga tanpa menggunakan paku untuk mengelakkan daripada mencederakan pokok tersebut, cabaran yang harus dihadapi ialah menahan kesakitan akibat diserang serangga terutama kerengga yang hidup di dahan pokok setinggi 40 meter.

"Saya terpaksa berhadapan dengan kesakitan. Tak boleh gunakan racun serangga kerana boleh merosakkan pokok dan boleh menjejaskan kualiti buah serta keracunan pada buah untuk dijual," katanya yang sentiasa melakukan kerja memanjat setiap mereka mencari buah itu.

Rakannya, Wan Zahari Wan Harun, 45, berkata, tugasnya dan rakan yang lain adalah menunggu dahan yang dipotong gugur untuk dikumpulkan dan mengasingkan buah tersebut sebelum dimasukkan ke dalam guni.

"Proses ini juga mengambil masa yang lama kerana dahan yang gugur tadi kemungkinan akan jatuh di celah-celah semak ataupun jatuh di atas dahan pokok yang lain, maka kami perlu mencarinya untuk menambah hasil.

"Dahan yang di potong itu akan dilonggokkan. Saya dan rakan-rakan yang lain akan memproses buah tersebut dengan melerai sebiji demi sebiji dan dimasukkan ke dalam karung guni yang dibawa bersama," katanya.

Meskipun cabaran memetik buah keranji amat sukar namun ia menjadi pilihan kepada Abdullah dan rakan-rakannya kerana buah tersebut boleh dijual pada harga mencecah RM10 bagi setiap 100 gram.

Sementara itu, menurut Sidik Ahmad, 56, jumlah buah keranji yang dapat dibawa balik untuk dijual bergantung sepenuhnya kepada pokok yang dipilih kerana hanya pokok yang subur akan menghasilkan buah berkualiti dalam kuantiti banyak.

"Bagi pokok yang betul-betul subur, kami boleh memperoleh sehingga kira-kira 200 kilogram tetapi ia jarang sekali berlaku malah selalunya jumlah yang diperoleh lebih rendah daripada itu manakala selalunya dalam sehari kami akan memproses dua pokok.

"Selepas mengumpulkan buah, cabaran seterusnya adalah untuk mengangkat buah ini balik ke kampung dan selalunya kami akan sampai rumah masing-masing pada waktu malam," katanya.

Seorang penggemar buah keranji yang berasal dari Sarawak, Mohd. Armizan Abdullah berkata, harga pasaran bagi buah itu tidak salah jika dinaikkan lagi memandangkan kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh pencari buah terbabit.

"Ini adalah pengalaman kali pertama saya untuk melihat sendiri bagaimana proses mengambil buah ini dilakukan, tidak hairanlah kalau harga pasaran di luar sana tinggi, kerana kesukaran yang terpaksa dilalui oleh pencari buah tersebut amat susah dan berisiko tinggi," katanya.

Seharian bersama kumpulan pencari buah keranji itu membuatkan penulis akhirnya faham kenapa peribahasa memetik sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu. Selain maksud metaforanya, ia menggambarkan kepuasan yang dikecapi seorang pencari buah keranji selepas berpenat lelah mendapatkannya kerana nilai tambah yang dihasilkan daripada sebiji buah keranji.

Justeru jika anda mahu membeli buah keranji, janganlah berkira sangat dengan harganya yang mahal kerana selain keenakan buahnya, tersembunyi kudrat dan kesukaran yang ditempuhi pencari buah keranji demi menambahkan rempah dalam makanan seharian kita.

Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 4 Nov. 2013

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved