Jumaat, 29 November 2013

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Magik Hangger <b>Di</b> Happy Home <b>Kuala Krai</b> | Syira

Posted: 26 Oct 2013 11:15 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

Magik Hangger Di Happy Home Kuala Krai. Baju di dalam almari syira memang sudah melebihi had yang sewajarnya. Itu pun sebenarnya sudah banyak baju yang syira asingkan dan sedekahkan. Meskipun begitu, sebenarnya masih banyak lagi yang tidak dipakai tapi masih elok dan syira sedang mencari rumah anak yatim yang ada disekitar Jerteh untuk di sedekahkan. Jika siapa ada maklumat bolehlah email syira yea. Lagi cepat lagi bagus.
Setelah beberapa kali asingkan baju syira, asing dan asing lagi, akhirnya syira memilih hanya 40 pasang sahaja baju yang akan dipakai dan yang berlambak lagi itu akan disedekahkan. Walaupun hanya 40 pasang, namun ketika masuk almari, memang padat gila. Lalu syira berniat untuk mencari Magik Hangger yang banyak dijual melalui online sekarang.
Bila servey, harganya amat mahal pada syira iaitu RM25 satu hangger dan harga itu tidak termasuk postage. Sebagai seorang yang kedekut, tentulah syira tidak akan beli.. haha. Rupanya Allah mendengar doa syira.



Suami syira ajak syira berjalan-jalan makan angin di Kuala Krai Kelantan sambil menemani beliau mahu bayar saman Majlis Daerah Kuala Krai. Saman Majlis Daerah Kuala Krai agak mahal iaitu Rm10.00, sedangkan Saman Majlis Daerah Kuantan hanya RM5.00 untuk kesalahan yang sama. 
Bila sudah siap semuanya, suami offer untuk pergi berjalan-jalan di Happy Home, apa lagi sukalah syira, bukan senang nak jalan-jalan hujung minggu dengan suami sendiri. Sibuk katakan. hehe

Sambil syira mencari-cari pelekat pintu, syira terjumpalah Magik Hangger yang syira ingin beli sangat tu. Harganya jauh lebih murah iaitu hanya RM5.90 sebatang. Oleh kerana tidak mahu tamak, syira beli satu batang dahulu untuk di test drivekan di dalam almari. Takut juga bila pakai dua tiga hari semuanya terburai. hehe.
Syira sambar warna hijau. Syira suka hijau. Hijau kan warna dalam syurga. Sejuk mata memandang. Tidak sabar mahu guna, tapi snap picture dulu. hehe

Magik Hangger yang telah ditelanjang dan dibogelkan oleh syira. Ada 6 lubang kecil di belah kiri dan kanan. Di tengah-tengahnya di sediakan tempat gantung tali leher. Yang ni boleh diabaikan sebab suami syira tak pakai tali leher. Selamat. hehe

Magik Hangger yang telah di kangkang luas. Nampak fleksibel dan sistematik. Jika mahu tahu berkesan untuk menjimatkan ruang atau tidak, kenalah cuba dulu. Kepada yang berminat untuk mendapatkan Magik Hangger ini dirumah anda, silalah berkunjung ke Happy Home yang terdekat dengan rumah anda. 
Selamat menghias almari pakaian bilik utama anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads