03 di manek urai - Google Blog Search |
Program DSAI <b>Di Manek Urai</b> « Demi Rakyat - Anwar Ibrahim Posted: 05 Jul 2009 10:08 PM PDT PROGRAM DSAI DI MANEK URAI SELASA 7 JULAI 2009 CERAMAH PERDANA : TEMPAT : KAMPONG CHUCHUH PUTERI MASA : 9.00 â€" 12.00 MALAM PENCERAMAH : 1. YAB TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT 2. YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM 3. YB DATO’ HUSAM MUSA 4. YB DATO’ SERI NIZAR JAMALUDDIN |
BN letak calon <b>di Manek Urai</b> - Utusan Online Posted: 23 May 2009 07:58 AM PDT BN letak calon di Manek UraiSINGAPURA 22 Mei - Jika Pas berharap parti itu dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kelantan tanpa bertanding, mereka pasti kecewa kerana Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil di DUN itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dari segi prinsip, BN pasti akan meletakkan calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai yang perlu diadakan dalam masa 60 hari. "Ini soal prinsip, jika kekosongan itu berlaku atas sebab-sebab perlembagaan seperti kematian, maka kita akan patuh kepada keperluan perlembagaan dan kita akan letakkan calon. "Tetapi dalam kes-kes kekosongan berlaku kerana ada manipulasi politik, kita tidak akan menari ikut rentak pembangkang," tegas Najib dalam sidang akhbar dengan media Malaysia di sini hari ini. Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas cadangan Pas agar BN tidak bertanding di Manek Urai dalam kawasan Parlimen Kuala Krai memandangkan BN akan tewas di kubu kuat parti Islam tersebut. Kerusi DUN Malek Urai menjadi kosong selepas Ahli ADUNnya, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung. Pada 18 Mei lalu, Najib berkata, BN memutuskan tidak akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil DUN Penanti 31 Mei ini kerana 'ia hanyalah satu permainan politik pembangkang'. Sebagai membuktikan kesungguhan BN untuk menawan kerusi DUN Manek Urai itu, Perhubungan UMNO Negeri Kelantan akan mengadakan mesyuarat pada malam esok, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, beliau sudahpun memanggil anggota-anggota Badan Perhubungan UMNO Kelantan untuk menghadiri mesyuarat di Kota Bharu bagi membincangkan isu pilihan raya kecil itu bagi mendapatkan pandangan. "Dari segi prinsipnya, kita akan meletakkan calon, cuma mesyuarat malam esok lebih merupakan membincangkan persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil. "Kita akan bincang tentang apa yang perlu dibuat, kita akan merancang tindakan-tindakan termasuk jentera penerangan turun ke bawah dan bentuk kempen lain yang perlu kita lakukan," katanya. - UTUSAN yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Mustapa berada di Singapura bagi mengiringi Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi dua harinya ke Singapura bermula semalam. Ditanya mengenai senarai calon yang layak ditimbangkan untuk bertanding, Mustapa menjelaskan, masih terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Menjawab saranan Pas yang mahu BN tidak bertanding di Manik Urai kerana ia kubu kuatnya, beliau berkata, Pas kadang-kadang menampakkan keangkuhannya memandangkan rakyat belum lagi membuat keputusan dan pilihan raya kecil pun belum diadakan lagi. "BN masih ada peluang. Kita akan bekerja bersungguh-sungguh. Kita akan letakkan calon terbaik. Kita akan mantapkan jentera. Kita akan rancang strategi terbaik untuk lawan habis-habisan," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from di manek urai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan