Khamis, 7 November 2013

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Statistik pilihan raya kecil 2008-2013 menunjukkan prestasi PAS <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2013 04:20 AM PST

November 5, 2013 at 8:20 pm

Sejak berlangsungnya pilihan raya umum tahun 2008 sehingga kini, telah diadakan 11 pilihan raya kecil yang melibatkan pertembungan PAS dan Umno.

Kesemua 11 kerusi PRK membabitkan PAS lawan Umno terletak di kawasan majoriti pemilih Melayu.

PAS menang sebanyak 5 PRK, iaitu di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Manek Urai, Permatang Pasir dan Sungai Limau.

Umno menang 6 PRK di Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau, Kerdau dan Kuala Besut.

Klik untuk besarkan jadual

byelections2008-13

Majoriti Umno senantiasa naik

Empat daripada 5 kemenangan PAS diperolehi dalam tahun 2009 dan baru-baru ini parti Islam tersebut memenangi PRK Sungai Limau manakala 5 kemenangan Umno dicapai di antara 2010 dan 2013.

Perkembangan ini membayangkan PAS melonjak popular sejurus pasca-PRU12 sementara prestasi Umno tampak kian mantap dewasa ini.

Di PRK Manek Urai, Permatang Pasir dan Sungai Limau, jumlah undi yang diterima calon-calon PAS menurun secara konsisten beserta majoriti mereka juga menyusut.

Di enam-enam PRK yang dimenangi Umno, kadar majoriti calon-calon parti Melayu tersebut telah meningkat. Jumlah undi bagi Umno pun bertambah di semua kawasan kecuali Kuala Besut berbanding dengan jumlah undi bagi Adun PAS (PRU13) yang telah meninggal itu.

Daripada senarai di bawah 11 kerusi yang dipertandingkan, hanya dua buah kerusi sahaja yang bertukar tangan — Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi Umno ketika PRU12 telah berjaya dirampas oleh PAS dalam PRK awal tahun 2009, dan DUN Galas yang sebelum itu dipegang oleh PAS telah berpindah milik kepada Umno.

Secara keseluruhannya, corak data menunjukkan Umno semakin diterima baik pemilih Melayu. PAS pula semakin hilang kepercayaan akar umbinya.

I. Kuala Terengganu (kerusi Parlimen, Terengganu)

88.1% pemilih Melayu

PAS kalahkan Umno

Umno menang PRU12 dengan 32,562 undi (majoriti 628)

PAS menang PRK dengan undi 32,883 (majoriti 2,789)

  • Jumlah undi naik majoriti meningkat

II. Bukit Gantang (kerusi Parlimen, Perak)

63.5% pemilih Melayu

PAS kalahkan Umno

PAS menang PRU12 dengan 20,015 undi (majoriti 1,566)

PAS menang PRK dengan 21,860 undi (majoriti 2,789)

  • Jumlah undi naik  majoriti meningkat

III. Manek Urai (kerusi Negeri, Kelantan)

99.3% pemilih Melayu

PAS kalahkan Umno

PAS menang PRU12 dengan 5,746 undi (majoriti 1,352)

PAS menang PRK dengan 5,348 undi (majoriti 65)

  • Jumlah undi turun majoriti menyusut

IV. Permatang Pasir (kerusi Negeri, Pulau Pinang)

73.4% pemilih Melayu

PAS kalahkan Umno

PAS menang PRU12 dengan 11,004 undi (majoriti 5,433)

PAS menang PRK dengan 9,618 undi (majoriti 4,551)

  • Jumlah undi turun majoriti menyusut

V. Bagan Pinang (kerusi Negeri, N. Sembilan)

68.8% pemilih Melayu

Umno kalahkan PAS

Umno menang PRU12 dengan 6,430 undi (majoriti 2,333)

Umno menang PRK dengan 8,013 undi (majoriti 5,435)

  • Jumlah undi naik  majoriti meningkat

VI. Galas (kerusi Negeri, Kelantan)

80.3% pemilih Melayu

Umno kalahkan PAS

PAS menang PRU12 dengan 4,399 undi (majoriti 646)

Umno menang PRK dengan 5,324 undi (majoriti 1,190)

  • Jumlah undi naik  majoriti meningkat

VII. Tenang (kerusi Negeri, Johor)

50.7% pemilih Melayu

Umno kalahkan PAS

Umno menang PRU12 dengan 6,367 undi (majoriti 2,492)

Umno menang PRK dengan 6,699 undi (majoriti 3,707)

  • Jumlah undi naik  majoriti meningkat

VIII. Merlimau (kerusi Negeri, Melaka)

66.2% pemilih Melayu

Umno kalahkan PAS

Umno menang PRU12 dengan 4,981 undi (majoriti 2,154)

Umno menang PRK dengan 5,962 undi (majoriti 3,643)

  • Jumlah undi naik  majoriti meningkat

IX. Kerdau (kerusi Negeri, Pahang)

89.3% pemilih Melayu

Umno kalahkan PAS

Umno menang PRU12 dengan 4,135 undi (majoriti 1,615)

Umno menang PRK dengan 5,060 undi (majoriti 2,724)

  • Jumlah undi naik  majoriti meningkat

X. Kuala Besut (kerusi Negeri, Terengganu)

98.7% pemilih Melayu

Umno kalahkan PAS

Umno menang PRU13 dengan 8,809 undi (majoriti 2,434)

Umno menang PRK dengan undi 8,288 (majoriti 2,592)

  • Jumlah undi turun majoriti meningkat

XI. Sungai Limau (kerusi Negeri, Kedah)

93.2% pemilih Melayu

PAS kalahkan Umno

PAS menang PRU12 dengan 13,294 undi (majoriti 2,774)

PAS menang PRK dengan 12,096 undi (majoriti 1,084)

  • Jumlah undi turun majoriti menyusut

Berkaitan:

Adakah RM2.25 juta itu akan dibayar kepada sekolah-sekolah Cina Sg Limau?

MCA must tell us the Sg Limau saluran details

Sg Limau by-election: Who is lying, MCA or DAP?

Orang Cina Sg Limau, orang India Gelang Patah

Entry filed under: PAS. Tags: .

BN letak calon <b>di Manek Urai</b> - Utusan Online

Posted: 23 May 2009 07:58 AM PDT

BN letak calon di Manek Urai

SINGAPURA 22 Mei - Jika Pas berharap parti itu dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kelantan tanpa bertanding, mereka pasti kecewa kerana Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil di DUN itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dari segi prinsip, BN pasti akan meletakkan calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai yang perlu diadakan dalam masa 60 hari.

"Ini soal prinsip, jika kekosongan itu berlaku atas sebab-sebab perlembagaan seperti kematian, maka kita akan patuh kepada keperluan perlembagaan dan kita akan letakkan calon.

"Tetapi dalam kes-kes kekosongan berlaku kerana ada manipulasi politik, kita tidak akan menari ikut rentak pembangkang," tegas Najib dalam sidang akhbar dengan media Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas cadangan Pas agar BN tidak bertanding di Manek Urai dalam kawasan Parlimen Kuala Krai memandangkan BN akan tewas di kubu kuat parti Islam tersebut.

Kerusi DUN Malek Urai menjadi kosong selepas Ahli ADUNnya, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung.

Pada 18 Mei lalu, Najib berkata, BN memutuskan tidak akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil DUN Penanti 31 Mei ini kerana 'ia hanyalah satu permainan politik pembangkang'.

Sebagai membuktikan kesungguhan BN untuk menawan kerusi DUN Manek Urai itu, Perhubungan UMNO Negeri Kelantan akan mengadakan mesyuarat pada malam esok, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, beliau sudahpun memanggil anggota-anggota Badan Perhubungan UMNO Kelantan untuk menghadiri mesyuarat di Kota Bharu bagi membincangkan isu pilihan raya kecil itu bagi mendapatkan pandangan.

"Dari segi prinsipnya, kita akan meletakkan calon, cuma mesyuarat malam esok lebih merupakan membincangkan persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil.

"Kita akan bincang tentang apa yang perlu dibuat, kita akan merancang tindakan-tindakan termasuk jentera penerangan turun ke bawah dan bentuk kempen lain yang perlu kita lakukan," katanya. - UTUSAN

yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mustapa berada di Singapura bagi mengiringi Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi dua harinya ke Singapura bermula semalam.

Ditanya mengenai senarai calon yang layak ditimbangkan untuk bertanding, Mustapa menjelaskan, masih terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut.

Menjawab saranan Pas yang mahu BN tidak bertanding di Manik Urai kerana ia kubu kuatnya, beliau berkata, Pas kadang-kadang menampakkan keangkuhannya memandangkan rakyat belum lagi membuat keputusan dan pilihan raya kecil pun belum diadakan lagi.

"BN masih ada peluang. Kita akan bekerja bersungguh-sungguh. Kita akan letakkan calon terbaik. Kita akan mantapkan jentera. Kita akan rancang strategi terbaik untuk lawan habis-habisan," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads