Sabtu, 16 November 2013

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


K B B R I: 160 banduan Penjara <b>Pengkalan Chepa</b> dibebaskan ikut <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2013 08:00 PM PDT

KOTA BHARU: Sebanyak 160 banduan Penjara Pengkalan Chepa di sini dibebaskan di bawah sistem parol pada tahun ini selepas melepasi syarat sistem tersebut.
Pengarah Penjara negeri, Zawari Abd. Rashid berkata, bilangan banduan yang dibebaskan itu adalah bagi tempoh Januari sehingga November tahun ini.
Beliau berkata, penghuni yang mendapat pembebasan di bawah sistem tersebut amat menggalakkan setelah mendapat kerjasama baik daripada keluarga masing-masing.
"Pembebasan penghuni melalui proses parol ini perlu mendapat penerimaan keluarga. Jika ada keluarga atau majikan yang tidak sanggup menerimanya agak sukar juga.
"Bagaimanapun sistem ini juga bergantung kepada Lembaga Parol di Kementerian Dalam Negeri. Kita di peringkat negeri hanya menyalurkan senarai penghuni yang layak untuk dipertimbangkan bagi pembebasan di bawah sistem ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Ke-206 Peringkat Penjara Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Parol Negeri Kelantan, Mat Yaacob dan Timbalan Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Wan Sani Abd. Latiff.
Zawari berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk penghuni penjara mengikut sistem parol sekiranya golongan itu berjaya mengikuti program pemulihan dan mencapai tahap yang telah ditetapkan.
"Cuma masalahnya adalah penerimaan keluarga. Tapi masalah itu pun kecil sahaja. Hanya dalam satu peratus menyebabkan penghuni gagal mendapat pembebasan melalui proses parol," katanya.
Pada majlis tersebut, sebanyak 110 kakitangan dari bahagian penjara dan parol yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang menerima pingat serta sijil untuk pelbagai kategori seperti Pingat Perkhidmatan Am (PPA), Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dan Pingat Cemerlang Penjara (PCP) yang disampaikan oleh Zawari.
Sumber: Utusan Malaysia | Timur | 1 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads