Selasa, 31 Disember 2013

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Gerbang KBBRI: Tempias kewujudan Bandar <b>Chiku</b> - kbbri - Blogger

Posted: 28 Dec 2013 08:12 PM PST

GUA MUSANG: Peneroka di Tanah Rancangan Felda Chiku 3, dekat sini, bersyukur apabila diwujudkan sebuah bandar baharu dikenali sebagai Bandar Chiku sejak beberapa tahun lalu hingga keadaannya berubah dan jauh lebih maju berbanding sebelum ini.
Pembukaan bandar baharu itu juga membuka peluang kepada penduduk menjana pendapatan dengan membuka perniagaan.
Terletak di tengah perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai dan lokasinya juga strategik, antara faktor lebih banyak projek pembangunan akan dilaksanakan kerajaan dan juga pengurusan Felda peringkat Pusat.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, suasana Bandar Chiku kini jauh berubah dan sentiasa sibuk serta menjadi tumpuan terutama jika terdapat pasar sehari.
 Seorang peneroka, Zulkifli Yaacob, 58, berkata, dahulu peneroka terpaksa ke bandar Gua Musang, hampir 50 kilometer dari rumah semata-mata untuk membeli pelbagai barang keperluan.
 Namun katanya, selepas Bandar Chiku diwujudkan, ia memudahkan peneroka untuk mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu lagi ke bandar Gua Musang.
"Pelbagai kemudahan disediakan di Bandar Chiku, sekali gus menjadi platform kepada peneroka menceburi dunia perniagaan, tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada hasil ladang untuk menambahkan pendapatan keluarga.
 "Kami amat gembira dengan usaha kerajaan dan Felda yang memberi tumpuan ke arah membangunkan Bandar Chiku supaya lebih pesat lagi," katanya.
Seorang lagi peneroka, Alwi Yusoff, 57, berkata, ada juga orang luar yang mengambil peluang berniaga di Bandar Chiku dengan membuka perniagaan pada skala lebih besar.
"Memang banyak perubahan yang boleh dilihat. Dahulu kebanyakan peneroka yang berniaga di Bandar Chiku hanya membuka gerai kecil tetapi kini seiring dengan kemajuan yang ada, mereka sudah mampu membina bangunan kedai sendiri, sekali gus membesarkan perniagaan sedia ada.
"Kita sama-sama bersyukur dengan kewujudan Bandar Chiku yang memberi faedah, bukan sahaja kepada peneroka tetapi juga kepada generasi kedua Felda yang mempunyai minat dalam perniagaan," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 29 Disember 2013

Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search - Blogger

Posted: 02 Dec 2013 12:00 AM PST

4 Penjenayah Sempat Sahur Di Rumah Peneroka FELDA

GUA MUSANG – Empat penjenayah sempat bersahur di rumah sebuah keluarga yang dipecah masuk sebelum mereka bertindak melarikan wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM15,000 di Rancangan Felda Chiku 1 di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, penjenayah berkenaan turut bertindak kejam dengan mengikat tangan lima anggota keluarga berkenaan sebelum meninggalkan mereka.

Menceritakan detik cemas itu, Ab. Hani Mamat, 38, berkata, kejadian berkenaan disedari isterinya, Hasro Mohzin, 34, yang ternampak kelibat penjenayah berkenaan sedang berlegar-legar di ruang tamu ketika mereka sedang tidur di situ.

Kata beliau, isterinya kemudian memaklumkan kepadanya sebelum dia bangun dan pergi ke arah penjenayah berkenaan.

"Tiba-tiba suspek mengeluarkan parang dan mengacukan ke leher saya sebelum mengikat tangan saya, isteri dan seorang adik ipar, Azizul, 21, serta mengarahkan kami duduk di ruang tamu.

"Pada masa sama, dua daripada suspek masuk ke bilik bapa mertua saya, Mohzin Abdullah, 60, yang sedang nyenyak tidur. Dia cuba melawan tetapi tidak berdaya lalu diikat tangannya bersama ibu mertua, Ramlah Arifin, 51, dan seterusnya kami dikumpulkan di ruang tamu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menurut Ab. Hani, kesemua suspek kemudian merampas barang kemas dipakai ibu mertua, wang tunai berjumlah RM4,000, beberapa utas rantai emas dan dua buah komputer riba.

"Mereka kemudian pergi ke dapur dan makan juadah yang kami sediakan untuk bersahur sebelum bergegas keluar menerusi pintu dapur.

"Mengikut dialek percakapan, empat penjenayah itu dipercayai warga Indonesia," katanya.

tetapi kami semua bernasib baik tidak diapa-apakan walaupun menerima beberapa kali ugutan jika berbuat bising," katanya.

Mohzin berkata, kejadian itu merupakan kali ketiga melibatkan keluarganya termasuk dua daripadanya berlaku pada tahun ini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan siasatan lanjut akan dijalankan. – Utusan Malaysia

Artikel disiar pada July 24, 2013 - 3:51 pm oleh Nor Azlina Shaari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads