03 di dabong - Google Blog Search |
Muzzammil's: About Kuala Krai Posted: 16 Dec 2013 08:08 PM PST Assalamualaikum... Sebenarnya dah lama nak buat entri ini.... memandang pada suatu ketika dahulu (cehh..mcm la lama sangat) dalam tahun 2010, aku berpeluang membuat sektor pelancongan untuk perancangan bagi Rancangan Tempatan Jajahan Kuala Krai (RTJKK). Sapa2 budak planing well know sangat pasal RTD ni..tapi disebabkan buat kat Negeri Kelantan kenalah tukar dari Daerah ke Jajahan. sebenarnya eh berapa banyak sebenarnya lah....aku bukan buat utk sektor pelancongan sahaja, perniagaan, perindustrian, asas ekonomi dan pertanian jugak aku cover..so dah rasa dekat sangatlah Jajahan Kuala Krai di hati aku... i love the people, their food and everthinglah...oh one more thing about their night market..banyak yg kita tak tahu pasal Kuala Krai ni.... Jajahan Kuala Krai boleh diakses by car and train of course....kalo naik kereta tu leh dari Gua Musang dan Kota Bahru melalui Machang or Tanah Merah. ha.. ni map Jajahan Kuala Krai..terbahagi kepada 3 daerah utama iaitu Batu Mengkebang, Olak Jeram dan Dabong. Luas ok...kalau dari Bandar Kuala Krai ke Dabong take 2 hours dan kena pastikan kalo korang di Dabong make sure 5 ptg korang dah bertolak balik ke Bandar Kuala Krai.......bukan apa suasana perjalanan tu memang melalui kawasan hutan..gelap..x biasa bagi orang luar......tapi seronok... ok kalo naik train dari JB ..ada 2 stesen utama iaitu Dabong dan Kuala Krai..dua2 tempat ni mempunyai keistimewaa sendiri...mm kita fokus on produk pelancongan aje yek....kalo ada yg lain2 aku tambah kendian... Berikut merupakan Senarai Produk Tarikan Pelancongan Jajahan Kuala Krai 1) Pelancongan Ekologi
a) TAMAN NEGARA GUNUNG STONG
b) Air Terjun Lata Kertas
Sambung Part 2.. |
Air Terjun Jelawang Gunung Stong <b>Dabong</b> | kujie2.com Posted: 19 Jun 2013 10:45 PM PDT Air Terjun Jelawang Gunung Stong DabongCuti lepas, sewaktu melalui Lebuh Raya Timur Barat dari Baling untuk balik ke tempat kerja suami di Tasik Kenyir, kami melalui Dabong. Kali pertama melalui Lebuh Raya Timur Barat dulu kami melalui Kota Bharu, bercuti semalamam sebelum meneruskan perjalanan ke Hulu Terengganu. Kali ini kami melalui lain lain iaitu jalan Jeli – Dabong dan Sungai Sam.
Sepanjang jalan kita akan dihidangkan dengan kehijauan bukit bakau, langit yang biru bersama awan putih menggebu. Kita akan jumpa beberapa nama kampung yang unik dan menarik perhatian seperti Kuala Balah, Kampung Pak Abu, Kampung Slow Pak Long, Kampung Slow Temiang dan lain-lain. Selepas Kampung Sungai Batu, dari jauh mata akan terpandang arah air terjun di atas Gunung Stong . Lokasinya di Dabong iaitu sebuah pekan kecil yang terletak di Gua Musang, Kelantan. Kalau dari arah pekan Dabong, air terjun ini boleh dilihat beberapa kilometer jauhnya. Tak jauh dari jalan utama, kira-kira 500 meter adalah Air Terjun Jelawang yang terletak di dalam Taman Negara Gunung Stong ( Gunung Stong State Park (GSSP). Gunung Stong setinggi 1433 meter merupakan puncak yang tertinggi di Kelantan teletak di dalam hutan simpan Dabong. Terdapat 7 air terjun di Taman Negara Gunung Stong dan Air Terjun Jelawang setinggi 303 meter dari aras laut merupakan ait terjun tertinggi di Asia Tenggara. Air terjun yang paling tinggi berada dari aras laut. Kami hanya singgah dalam perjalanan, sekadar melihat disekitar lata air terjun di kaki Gunung Stong. Terdapat surau, bilik air, gerai makan dan resort di kaki Gunung Stong. Sebelum memulakan pendaki, pelawat perlu mendaftar di kaunter dan dikenakan tiket RM2 seorang.
Pelawat boleh boleh menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Dabong yang terletak kira-kira 500 meter dari stesen keretapi. Harga sewanya antara RM 20 – RM 60 bergantung kepada bilik yang berlainan saiz. Boleh hubungi Pak Din : 09-9663345. ( sumber : Majlis Daerah Dabong ) Selain Taman Negara Gunung Stong, Dabong juga memiliki tempat menarik lain yang boleh dikunjungi seperti Gunung Ayam, Gua Ikan,Lata Kertas dan Air Terjun Lata Rek. Sesiapa yang melalui jalan ini, ambil masa untuk mendekati keindahan Air Terjun Jelawang ini. Bagi mereka yang berminat mendaki, boleh masukkan Gunung Stong didalam lokasi yang mesti dikunjungi. 20 Jun 2013 by: Tentang Penulis: KujiePemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie |
You are subscribed to email updates from di dabong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan