03 di jelawat kelantan - Google Blog Search |
- Sungai Tangok, <b>Jelawat Kelantan</b> - Ikan Patin, Bestari Jaya - Blogger
- Gambar Ceramah Utz Kamarudin Omar <b>Di</b> Pekan <b>Jelawat Kelantan</b> <b>...</b>
- Mahkamah Persekutuan Teruskan Pendengaran Rayuan Petisyen <b>...</b>
Sungai Tangok, <b>Jelawat Kelantan</b> - Ikan Patin, Bestari Jaya - Blogger Posted: 07 Oct 2013 01:03 AM PDT Sungai Tangok adalah nama popular bagi penduduk Bachok, Bakelan dan Jelawat. Bagi penghuni luar sungai ini dipanggil dengan berbagai nama . Hasil tinjauan minggu lepas pada 29 Sept - 4 Okt 2013. Sungai Tangok memang dalam dan banyak lubuk - lubuk yang boleh diduga oleh otai-otai pancing. Sungai ini didiami oleh berbagai spesis ikan terutama ikan Patin, ikan Toman dan Ikan Haruan. Boleh dikatakan sepanjang sungai Tangok adalah lubuk ikan. Hasil daripada pemerhatian sepanjang meninjaun lubuk sungai ini. Ikan Patin di sungai ini akan meragut umpan pada musin air surut / kering / kemarau. Saya jangkakan pada bulan Jan- April, iaitu selepas air banjir di Pantai Timur mula surut dan musim kemarau mula tiba. Ikan Patin disini boleh mencecah 8 - 18kg/ seekor kalau berjaya didaratkan. Jangkaan dari libasan dan olakan air semasa ikan-ikan patin timbul di permukaan. Begitu juga bagi ikan-ikan Toman dan Haruan disini. Kalau berjaya didaratkan boleh mencecah 4 - 5kg/seekor. Besar tuuuu. Buat masa kini, ikan-ikan Toman /Haruan sesuai ditangkap secara casting atau menggunakan umpan hidup seperti anak ikan keli, anak udang galah dan anak ikan kap. Ikan-ikan disini akan mudah di daratkan pada musin kemarau. Pada masa sekarang Pantai Timur mula menerima hujan disebelah petang dan ribut petir. Air sungai sejuk dan tidak sesuai untuk menduga Ikan Patin dan Toman / Haruan. Kalau nak casting juga, hanya mencari toman/haruan yang aktif bertelur dan menjaga anak yang sudah menetas. Bagi otai-otai yang tak terbiasa di lokasi lubuk-lubuk sungai Tangok, harus berhati-hati. Sebab, sungai ini didiami oleh Sang Bedal. Kawan akan cuba daratkan Ikan Patin di sungai Tangok pada awal Januar1 - April 2014. Siapa rasa berani cuba laaaa yeaaaa. wasallam. |
Gambar Ceramah Utz Kamarudin Omar <b>Di</b> Pekan <b>Jelawat Kelantan</b> <b>...</b> Posted: 08 Apr 2013 06:00 AM PDT
|
Mahkamah Persekutuan Teruskan Pendengaran Rayuan Petisyen <b>...</b> Posted: 22 Oct 2013 02:52 AM PDT Mahkamah Persekutuan Teruskan Pendengaran Rayuan Petisyen Pilihan Raya, 3 Parlimen, 4 DUN Di Kelantan Dan PerakPUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin meneruskan pendengaran rayuan dalam petisyen pilihan raya membabitkan tiga kawasan Parlimen dan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan dan Perak berhubung keputusan pilihan raya di kesemua kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13. Panel lima anggota diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendengar rayuan itu selepas menolak bantahan awal yang dikemukakan Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa dan Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Peguam mereka Datuk Hafarizam Harun membangkitkan bantahan awal dalam usaha mengetepikan rayuan itu yang difailkan calon PKR Ab. Aziz Ab. Kadir dan Wan Zawawi Wan Ismail, masing-masing kalah kepada Annuar dan Ahmad Jazlan di Parlimen Ketereh serta Machang dalam pilihan raya umum lepas. Hafarizam berhujah bahawa rayuan yang dikemukakan oleh dua calon daripada PKR itu tidak boleh bertahan disebabkan peguam mereka bukanlah peguambela yang mewakili mereka di Mahkamah Pilihan Raya dan oleh itu tidak mempunyai kuasa untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan. "Kami memutuskan bahawa bantahan awal ini tidak boleh diterima," kata Arifin dalam keputusan sebulat suara yang menolak bantahan awal itu. Arifin bersidang dalam panel itu bersama-sama Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop serta Datuk Hasan Lah. Rayuan itu membabitkan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Ketereh, Machang dan Bachok di Kelantan serta empat kerusi DUN iaitu Jelawat di Kelantan dan Pasir Panjang, Manong serta Rungkup di Perak. Rayuan bagi kawasan pilihan raya Ketereh, Machang, Pasir Panjang, Rungkup dan Manong difailkan PKR serta PAS manakala rayuan bagi kawasan pilihan raya Bachok dan Jelawat difailkan Barisan Nasional. Kesemua petisyen pilihan raya itu diketepikan oleh Mahkamah Pilihan Raya dengan kos berkaitan bantahan awal yang tidak mematuhi Perintah 9 dan Perintah 34 Peraturan-peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954. Pihak perayu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan supaya petisyen pilihan raya mereka dikembalikan dan diremit semula ke Mahkamah Pilihan Raya untuk diputuskan berdasarkan merit melalui perbicaraan penuh. - BERNAMA Artikel disiar pada 22/10/2013 - 5:52 pm oleh SGBSelangor-Bai |
You are subscribed to email updates from di jelawat kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan