03 di kota bharu - Google Blog Search |
Dinner <b>Di</b> Mustaqim Seafood 2 <b>Kota Bharu</b> | Syira Posted: 11 Nov 2013 11:34 PM PST Bila sudah penat seharian berjalan, pukul 9 malam barulah kami betolak balik ke Jerteh dari Kota Bharu. Sampai separuh jalan, masing-masing lapar, cari punya cari kedai makan akhirnya kami memilih untuk Dinner Di Mustaqim Seafood 2 Kota Bharu . Maknanya hari ini memang seharian kami berjalan-jalan di sekitar Kota Bharu. Memang seronok, sebab bukannya selalu pun. hehe. Selamat Datang Ke Mustaqim Seafood 2 .. Nama sahaja seafood tapi tak ada seafood pun. Hehe, kebetulan tak ada kot, syira pun tak tanya, cuma bila syira order kerang bakar, dia cakap tak ada lah, hehe, syira senyum je lah, suami cakap kena buang nama seafood tu. haha. Banner kedai yang besar. Dari jauh sudah nampak cerah dan ceria. Sebenarnya suasana di dalam kedai agak malap. Tapi susunan meja kemas dan order pun cepat di ambil dan dihantar. hehe Pelanggan yang sabar menanti. Memang ramai, tapi mereka memang masak dengan cepat. Tidak lama sangatlah tunggu. Rasanya kejap je kot. Suami order coffee ais, syira snap gambar gelas ni sebab setiap gelas di hidangkan mempunyai bentuk yang berbeza. Ini gelas air ais, untuk gelas air panas, dia guna gelas biasa je, memang menarik. Untuk air buah, inilah gelasnya. Syira zoom dari jauh ni, sebab nampak special sungguh. Belum jumpa lagilah kedai yang macam ni. hehe. Order kami dah sampai, makan dengan lahapnya sebab lapar. Kelemahannya cuma satu sahaja, iaitu nasi putih kami sejuk dan syira memang tidak makan nasi sejuk. Tapi sebab tomyam suam maka bolehlah masuk juga. Tak ada api pun kat bawah bekas tomyam ni, kalau ada lilin mesti besh, barulah panas selalu tomyam ni, memang kenalah kalau di makan dengan nasi sejuk. Yeahah, habis licin lepas tu sandar badan dan sendawa.. Lega. Memang lapar sungguh di tambah dengan penat jalan-jalan sekali. Alhamdulillah, di atas kurniaan rezeki ini Ya Allah. Dah dah jom balik, eh sebelum balik kita jangan lupa bayar yea, nanti tak halal pula hasil pemakanan kita tu. huhu.. Hidangan yang kami makan di Mustaqim Seafood 2 Kota Bharu ialah, dua nasi putih, satu orang makan tomyam ayam, satu orang makan daging masak merah, satu orang makan telur dadar, satu coffee ais dan satu air suam hanya RM16.20 dan tuan kedai bagi RM16.00 sahaja. Murah ke mahal? entahla... yang penting perut sudah kenyang. haha. |
You are subscribed to email updates from di kota bharu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan