Jumaat, 20 Disember 2013

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


<b>Pasir Mas</b> catat mangsa tertinggi banjir Kelantan — HarakahDaily

Posted: 06 Dec 2013 12:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Jajahan Pasir Mas mencatat jumlah mangsa tertinggi yang dipindahkan iaitu seramai 1,686 mangsa dari 595 keluarga akibat banjir di negeri itu, menurut laporan rasmi e-banjir negeri itu.

Semalam di Pasir Mas hanya mencatatkan seramai 33 orang sahaja dipindahkan melibatkan 7 keluarga.

Sehingga tengahari ini, seramai 2438 orang telah dipindahkan dari 779 keluarga di seluruh negeri Kelantan yang meliputi lima jajahan.

Jajahan tersebut adalah Kuala Krai seramai 407 orang (94 keluarga), Machang jumlah mangsa 39 orang (10 keluarga), Pasir Puteh pula seramai 219 orang (57 keluarga) dan Tanah Merah mencatat seramai 23 orang (36 keluarga).

Antara lima jajahan yang teruk dilanda banjir adalah Kuala Krai yang meliputi kawasan Mengkebang dan Olak Jeram; Machang meliputi Ulu Sat, Labok, Pulai condong dan Temangan; Pasir Mas meliputi Kangkong, Gual Periok, Rantau Panjang dan Kubang Gadong; Pasir Puteh meliputi Limbungan, Gong Datok dan Bukit Awang dan jajahan Tanah Merah melibatkan Bukit Panau dan Ulu Kusial.

Sebanyak 26 tempat Pusat Pemindahan Banjir telah dibuka meliputi kelima-lima kawasan jajahan tersebut.

Sehingga kini tiada mangsa korban dan kemalangan yang dilaporkan di Kelantan.

20 Pusat Kawalan Operasi banjir dan Bilik Gerakan telah dibuka bagi peringkat negeri dan seluruh jajahan dengan jumlah tenaga kerja seramai 3386 orang.

Laporan tersebut turut menyatakan jalan alternatif yang telah dibuka bagi ke semua kenderaan adalah di Gua Musang, jalan masuk Chiku-Aring di Jambatan Sungai lebir (KM12.2).

Bagi jalan-jalan lain masih tutup kepada kenderaan-kenderaan ringan iaitu di Kuala Krai, Jalan Bukit Sireh – Kampung Bedal – Kuala Nal (KM 2.5).

Bagi jajahan Pasir Puteh jalan yang ditutup adalah laluan Pasir Puteh – Semarak, Tanah Merah meliputi Jalan Tanah Merah – Kusial – Kampung Ipoh (KM 2 dan 4).

Sementara itu di Pasir Mas jalan yang ditutup adalah laluan Rantau Panjang – Panglima Bayu (KM 8); Banggol Kulim lokasi 2 (KM 23 dari Pasir Mas); Bukit Tuku-Batu Hampar (KM 2.5); Pangkalan Rakit (KM 15) dan Pohon Tanjung – Rantau Panjang (jalan lama Kampung Siram – KM 11).

Manakala di Tumpat hanya laluan Jalan Pohon Tanjung – Pasir Pekan (KM 2.0).

Jabatan Meterologi Malaysia turut meramalkan hujan akan berterusan selama semingg di Kelantan selama seminggu mulai hari ini.

Harakah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads