03 di pasir mas - Google Blog Search |
TV3 Stesyen TV Portal Pertama - <b>Pasir Mas</b> Masih Banjir Posted: 07 Dec 2013 09:46 PM PST Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini 8 Dec 2013, 01:46pm by Sarah Farhana Banjir di Kelantan semakin pulih kecuali di kawasan sekitar Sungai Golok di Pasir Mas dan Tumpat. Berdasarkan laporan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, 192 keluarga masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan. Pusat itu antaranya di SK Kedai Tanjong, Alor Pasir, Meranti dan Tok Deh. Di Tumpat hanya lima mangsa masih di pusat pemindahan dari satu keluarga di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2. Hanya Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan paras bahaya di Kelantan pada paras 9.55 meter iaitu 0.55 meter melebihi paras bahaya. Mengikut portal banjir negeri Kelantan dua laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan. Jalan terbabit adalah Pohon Tanjung, Rantau Panjang ke Kampung Siram dan Jalan Pengkalan Rakit di Pasir Mas. |
You are subscribed to email updates from di pasir mas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan