Khamis, 26 Disember 2013

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Kisah Sebenar Kemalangan Maut <b>Di</b> Jalan Chica, <b>Pasir Puteh</b>

Posted: 06 Dec 2013 01:55 AM PST

Saya baru balik dari kenduri. Belum sampai 24 jam, macam-macam versi cerita yang saya baca di media dan dengar di kenduri tadi. Memang cerita dari mulut ke mulut ni memang tak boleh percaya 100%. Saya berani cerita pasal ni pun sebab mangsa yang terlibat adalah staf tempat kerja mama dan saya ada di hospital pagi tadi. Kereta A dinaiki oleh keluarga staf di ****. Kereta B pula dinaiki oleh adik angkat staf di tempat kerja yang sama. 
Ok, kita tengok apa yang saya jumpa di Facebook hari ni. Tulisan berwarna biru boleh dipercayai, tulisan berwarna merah tidak betul sama sekali, manakala tulisan berwarna hijau saya pun tidak pasti. 
Lagi kemalangan yg berlaku di jalan Chica - Pasir Puteh melibatkan 1 org pemangsa dan 4 org mangsa. 3 mangsa meninggal dunia dan seorang kritikal (pemandu kancil ).. pemangsa tidak cedera (pemandu grand livina). Berpunca dari pemandu grand livina yg memandu secara membabi buta. Keretanya hilang kawalan dan melanggar kancil 450 half modification. (Sumber dari saksi kejadian). Mangsa mati serta merta dan seorang lg mati di hospital. 3 mangsa di dalam kancil baru sahaja pulang bercukur bayi yg berusia seminggu di rumah TGNA, , bayi juga meninggal dunia.. 
Nampak kan? Tidak semuanya berwarna biru. Untuk pengetahuan, mereka semua adalah mangsa. Ya. Mangsa. Kemain kan diceritakan pemangsa dan mangsa bagai di cerita di atas. Habis siapa pemangsa? Pemangsa yang sebenar terlepas. Mungkin tidak sedar yang dia sebenarnya adalah pemangsa. 
Sekarang kita baca versi yang betul pulak. Cikgu nak buat correction sikit. 
Lagi kemalangan yg berlaku di jalan Chica - Pasir Puteh melibatkan 5 org mangsa. 2 orang mangsa (nenek dan cucu yang baru selesai bercukur) meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian, seorang mangsa (isteri pemandu Kancil) meninggal di hospital, dan seorang lagi kritikal (pemandu Kancil). Seorang mangsa cedera dalaman (pemandu Grand Livina). Berpunca daripada pemandu kancil yang ingin mengelak kereta Myvi di hadapannya yang membuat pusingan U-turn tanpa memberikan lampu signal. Kereta Grand Livina yang berada di jalan yang betul melanggar kancil tersebut. Keluarga yang menaiki kereta Kancil baru sahaja pulang bercukur bayi yg berusia seminggu atau dua minggu (cikgu tak pasti) di rumah TGNA. Bayi juga meninggal dunia.
Nampak? Apakah yang membuatkan pemandu kereta Kancil terpaksa masuk ke lane di sebelah dan seterusnya membuatkan pemandu Grand Livina yang sedang laju melanggarnya? Haa. Pandai pun. Pemandu Myvi yang membuat pusingan U-turn TANPA memberikan lampu signal dan akhirnya terlepas begitu saja. Itulah pemangsa yang sebenarnya.
Susah sangat ke nak bagi signal? Nampak macam remeh tapi impaknya besar. Contoh dah ada. Ingatlah wahai pemandu-pemandu sekalian. Jangan sesekali kedekut signal. Kelak, binasalah jawabnya.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads