di negeri kelantan - Google Blog Search |
Koperasi <b>di Kelantan</b> wajar dekati Kosofa pelajari urus ekonomi | N9 <b>...</b> Posted: 24 Nov 2013 06:09 PM PST SEREMBAN 25 Nov. – Koperasi di negeri Kelantan boleh mempelajari cara menguruskan ekonomi dengan baik yang dilakukan Koperasi As Sofa Negeri Sembilan Berhad (Kosofa) khususnya dalam sektor pendidikan dan percetakan. Wan Abdul Halim Wan Abdul Razak (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mohamed Radzif Mohamed Shamsudin dalam program lawatan sambil belajar delegasi SKM Kelantan di Seremban, semalam. Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri Kelantan, Wan Abdul Halim Wan Abdul Razak berkata, banyak susun atur dalam sektor itu dibuat dengan baik oleh Kosofa. Ini katanya, Kosofa dijadikan contoh antara koperasi yang berjaya melahirkan golongan ilmuwan khususnya dalam aspek keagamaan selepas menyaksikan usahasama di bawah program pendidikan dengan Kumpulan Pendidikan Sofa (SEG). "Kita dapati Kosofa memanfaatkan aset yang ada dan ditransformasikan ke arah penjanaan ilmu melalui kerjasama dalaman yang dilihat mampu meningkatkan ekonomi dalam koperasi. Ia adalah satu kaedah yang efisien dan berkesan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Pengarah SKM negeri, Makhtar Ishak dan Pengerusi Kosofa, Mohamed Radzif Mohamed Shamsudin serta Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Kosofa. Kata Wan Abdul Halim, beliau dan rombongan seramai 10 orang ke bangunan Kosofa di Dataran Sentral dekat sini hari ini sebagai lawatan sambil belajar selepas ia dicadangkan oleh SKM Negeri Sembilan, apatah lagi Kosofa menerima salah satu anugerah sempena Hari Koperasi Negara yang berlangsung di Jitra, Kedah baru-baru ini. "Banyak input diperoleh dalam lawatan ini dan kami mengetahui modus operandi Kosofa serta cara mereka meningkatkan ekonominya melalui projek masa kini dan akan datang terutama membabitkan percetakan dan pendidikan," katanya. Beliau gembira dengan aktiviti Kosofa terutama dalam menceburi bidang baharu seperti hartanah serta penglibatan bersama agensi pelancongan dan ziarah. "Di Kelantan, tidak banyak koperasi yang berteraskan percetakan dan pendidikan, maka ini adalah satu peluang yang baik untuk koperasi di negeri Kelantan menjalinkan kerjasama dalam bidang ini secara berimpak besar agar sama-sama memperoleh manfaat," ujarnya. katanya, terdapat 679 koperasi di negeri Kelantan, di mana kebanyakannya terlibat dalam sektor kredit, perhotelan dan perkhidmatan lain. "Saya dan pegawai yang datang pada hari ini akan menyampaikan taklimat kepada koperasi di negeri Kelantan dan melihat kesesuaian koperasi di situ, yang boleh digandingkan dengan Kosofa ini," ujarnya. Kosofa terlibat dengan percetakan buku, poster dan risalah selain mempunyai saham dalam perniagaan kicap jenama Maji, membangunkan hartanah, pendidikan serta bekerjasama dengan sektor kesihatan dalam pengesanan awal penyakit, selain bekerjasama dengan agensi pelancongan untuk program ziarah dan umrah. |
You are subscribed to email updates from di negeri kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan