03 di dabong - Google Blog Search |
Mayat Pelajar Universiti Singapura Tergelincir <b>Di</b> Gunung Stong <b>...</b> Posted: 29 Dec 2013 05:13 PM PST KUALA KRAI 29 Dis. - Mayat pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang hilang selepas tergelincir dari tebing Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, malam tadi, ditemui pasukan penyelamat hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata, pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat Lee Jun Jie, 23, pada pukul 9.50 pagi di dalam sebuah lubuk di kawasan Air Terjun Stong, kira-kira 100 meter dari Kem Baha yang dijadikan tempat perkhemahan mangsa bersama 22 lagi rakannya. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Dalam kejadian itu, Jun Jie yang sedang melihat pemandangan waktu senja semasa berhenti untuk berkhemah di Kem Baha, tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan lalu terjatuh ke dalam Air Terjun Stong. Mangsa bersama rakan-rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkhemah di situ. - BERNAMA Mayat Pelajar Universiti Singapura Tergelincir Di Gunung Stong Ditemui 10 out of 10 based on 10 ratings. 10 user reviews. |
MyNewsHub.My - Sertai Komuniti Berita Online Terhangat <b>di</b> Malaysia. Posted: 28 Dec 2013 07:04 PM PST KOTA BHARU – Seorang pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang sedang berkhemah di Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, hilang selepas tergelincir dari tebing gunung itu malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam, Lee Jun Jie dikatakan sedang melihat suasana pemandangan waktu senja ketika berhenti berkhemah di Kem Baha. Dia kemudian dilaporkan tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan dan dikhuatiri terjatuh ke dalam Air Terjun Stong yang terletak kira-kira 18 meter di bawah Kem Baha, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli dan Kuala Krai ditugaskan untuk mencari dan menyelamat mangsa sejak malam tadi. Operasi disambung semula 7.30 pagi ini dengan bantuan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Kuala Krai dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia Kuala Krai. Difahamkan, mangsa bersama 23 rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkemah di situ. Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,422 meter dan Air Terjun Jelawang yang terletak di gunung tersebut merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Kem Baha terletak kira-kira 400 meter dari kaki Gunung Stong merupakan kem pertama yang perlu disinggahi pendaki sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Ayam yang terletak di Gunung Stong. – BERNAMA Pelajar Universiti Singapura Hilang Di Gunung Stonghttp://mynewshub.my/2013/12/29/pelajar-universiti-singapura-hilang-di-gunung-stong/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/Pelajar-Universiti-Singapura-Hilang-Di-Gunung-Stong.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Pelajar-Universiti-Singapura-Hilang-Di-Gunung-Stong-150x150.jpg TerkiniHilangKOTA BHARU - Seorang pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang sedang berkhemah di Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, hilang selepas tergelincir dari tebing gunung itu malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam, Lee Jun Jie dikatakan sedang melihat suasana... KOTA BHARU - Seorang pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang sedang berkhemah di Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, hilang selepas tergelincir dari tebing gunung itu malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam, Lee Jun Jie dikatakan sedang melihat suasana pemandangan waktu senja ketika berhenti berkhemah di Kem Baha. Dia kemudian dilaporkan tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan dan dikhuatiri terjatuh ke dalam Air Terjun Stong yang terletak kira-kira 18 meter di bawah Kem Baha, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli dan Kuala Krai ditugaskan untuk mencari dan menyelamat mangsa sejak malam tadi. Operasi disambung semula 7.30 pagi ini dengan bantuan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Kuala Krai dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia Kuala Krai. Difahamkan, mangsa bersama 23 rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkemah di situ. Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,422 meter dan Air Terjun Jelawang yang terletak di gunung tersebut merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Kem Baha terletak kira-kira 400 meter dari kaki Gunung Stong merupakan kem pertama yang perlu disinggahi pendaki sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Ayam yang terletak di Gunung Stong. - BERNAMA MyNewsHubhttps://plus.google.com/108738154760102812514MyNewsHub rhad76@yahoo.comAdministratorMyNewsHub |