03 di demit kelantan - Google Blog Search |
BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search Posted: 30 Dec 2013 11:37 AM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||
Gerbang KBBRI: Peniaga wanita kerugian akan dibela Posted: 07 Jan 2014 05:58 PM PST KOTA BHARU: Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Kelantan akan membantu peniaga wanita yang terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan premis perniagaan mereka di Pekan Rantau Panjang malam tadi. Pengerusinya, Mumtaz Md. Nawi berkata, usaha tersebut dilakukan bagi membantu golongan usahawan wanita terbabit membangunkan semula perniagaan mereka. "Kita akan bekerjasama dengan Unit Keusahawanan negeri membantu peniaga-peniaga ini. Kita sentiasa peka dengan permasalahan mereka (peniaga) yang kebanyakan bergantung hidup hasil daripada perniagaan ini. "Kita juga akan berusaha sedaya upaya membantu nasib peniaga wanita yang terlibat daripada pelbagai sumber yang ada dalam usaha meringankan beban mereka," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada 40 mangsa bencana alam, Armalah Niaga, Az-Ziwaj dan Kifaalah di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit, di sini hari ini. Sementara itu katanya, beliau juga berharap kedai-kedai di Pekan Rantau Panjang berhampiran kompleks bebas cukai yang musnah itu akan dapat dibangunkan semula secepat mungkin. Semalam, sebanyak 50 unit kedai yang berusia kira-kira 20 tahun di Pekan Rantau Panjang di sini musnah dalam kebakaran. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.30 malam itu tidak melibatkan kemalangan jiwa, kerana ketika kejadian kesemua mereka telah menutup operasi perniagaan masing-masing. Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 7 Januari 2014 |
You are subscribed to email updates from di demit kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan