03 di gua musang - Google Blog Search |
- Kemalangan Maut 4 Ajal Kereta Berpusing <b>Di Gua Musang</b> - IniKalilah
- Kelantan bina 487 rumah mampu milik <b>di Gua Musang</b> <b>...</b> - KL Today
- Besut, kami datang...: Tragedi tengkujuh <b>di Gua Musang</b>
Kemalangan Maut 4 Ajal Kereta Berpusing <b>Di Gua Musang</b> - IniKalilah Posted: 15 Nov 2013 10:00 AM PST Kemalangan Maut 4 Ajal Kereta Berpusing Di Gua Musang [SAKSIKAN...] Gua Musang: "Saya hanya mampu beristighfar apabila melihat empat orang dalam kereta itu sudah tidak bernyawa dengan keadaan mayat yang menyayat hati," kata Majid Ahmad, 43, saksi kemalangan mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 53.9, Jalan Gua Musang, Kuala Krai, di sini, semalam. Mangsa kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu ialah pemandu Toyota Harrier, Wan Mahmud Sabri Wan Idris, 52, isterinya, Nurul 'Aini Abdullah,53, dan anak perempuan mereka, Wan Najihah Wan Mahmud Sabri, 10. Seorang lagi mangsa yang terbunuh Zainab Abdullah, 68, dipercayai ibu kepada Wan Mahmud atau Nurul 'Aini. Seorang lagi penumpang kenderaan itu, Wan Nadirah, 13, yang juga anak Wan Mahmud cedera parah. Keluarga terbabit berasal dari Kubang Kerian, Kota Bharu dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis konvokesyen seorang daripada anggota keluarga mereka. Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kejadian kenderaan dinaiki keluarga terbabit bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mazda BT-50. - Metro. |
Kelantan bina 487 rumah mampu milik <b>di Gua Musang</b> <b>...</b> - KL Today Posted: 22 Oct 2013 12:48 AM PDT
KOTA BHARU: Selepas kejayaan membina rumah mampu milik (RMM) di Labok Machang, kerajaan negeri kini sedang merangka bagi membina rumah yang sama di Gua Musang. Program yang membabitkan pihak swasta itu berharga RM43,000 seunit. Anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, sebanyak 487 buah rumah akan dibina untuk keperluan rakyat khususnya dalam parlimen tersebut. Beliau ketika ditemui di pejabatnya hari ini, memberitahu kediaman berkenaan akan dibina secepat mungkin bagi memenuhi keperluan rakyat. Katanya, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya juga akan membina kediaman yang sama di Bukit Gander, Tanah Merah dan Bunut Susu Pasir Mas. "Kerajaan negeri akan berusaha sedaya mungkin mencari tapak tapak baru untuk projek perumahan demi untuk kemudahan rakyat," ujarnya. Beliau turut memberitahu, hanya 10 orang pemohon yang layak untuk membeli RMM yang dibina di Kampung Labok, Machang. Katanya, jumlah pemohon melebihi jumlah rumah hanya 24 buah rumah. Bagaimanapun, jelasnya banyak permohonan terpaksa ditolak memandang pemohon tidak mempunyai syarat yang telah ditetapkan. "Contohnya mereka telah mempunyai rumah, tempat bekerja begitu jauh jika diukur dari jarak rumah dan lain-lain lagi," katanya. |
Besut, kami datang...: Tragedi tengkujuh <b>di Gua Musang</b> Posted: 20 Oct 2013 09:03 AM PDT Alhamdulillah. Masih bersisa usia ini. Sekiranya tidak, mungkin sudah hampir 1 tahun tahun yang lalu saya telah meninggalkan alam ini. Berpantang maut sebelum ajal. Itulah juga yang disebut Allah swt di dalam al-Quran. Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan. Namun, ajal yang mendepan adalah rahsiaNya. Tidak diketahui empunya diri. Mungkin pula tidak sampai sesaat jua pun lagi masa yang tinggal. Segala-galanya mungkin berlaku. Segala-galanya dalam perancanganNya. Kita doakan yang terbaik. Hampir setahun yang lalu di musim tengkujuh, kami sekeluarga memulakan perjalanan ke Gua Musang. KESEDAR Inn menjadi destinasi. Memenuhi jemputan program bagi suami, seolah-olah percutian keluarga di musim cuti sekolah bagi kami. Apatah lagi anak sulong pula baru sahaja merdeka dari hempas pulas menduduki UPSR. Peluang yang datang tidak dilepaskan. Undangan program di sana disambut baik oleh suami. Sememangnya itu tugasnya, memenuhi jemputan rasmi bagi program jabatan. Saya dan anak-anak tumpang sekaki. Kami 7 beranak meredah banjir, mencari jalan-jalan alternatif supaya tidak tersekat di pertengahan jalan. Lintasan air yang merentasi jalan kami harungi bersama. Di dalam perut MPV putih, kami sentiasa mengharap, berdoa dan pasrah agar perjalanan kami selamat sampai dan kembali. Hujan dari langit mencurah-curah. Program yang telah dirancang tidak dapat dibatal atau ditunda lagi. Selagi ada jalan, selagi itu program tetap diteruskan. Kami turut nekad. Dalam sedikit kegusaran, kami masih teruja meneruskan perjalanan. Suasana banjir di pinggir jalan cukup menarik. Sawah padi penuh berendam air. Orang muda berkumpul beramai-ramai menjala ikan. Rezeki di musim tengkujuh. Rahmat Allah di mana-mana, bila-bila masa. Nelayan tidak ke laut, ikan laut payah dicari, ikan 'darat' menjadi ganti. Segar sesegarnya. Melompat-lompat hingga ke tetakan pisau terakhir. Kami terpesona melihat keindahan alam ciptaan Tuhan Rabbul Izzati. Walau dalam susah, dalam payah masih ada yang bergembira. Perjalanan kami teruskan. Dari petang, menginjak maghrib. Rembang senja kelam bersama gelapnya rintik-rintik hujan menjelang malam. Kami singgah jama' dan qasar di sebuah masjid. Bangunan yang masih dalam pembinaan dan memerlukan sumbangan orang ramai. Besar sungguh jasa mereka yang merancang, membina dan menyumbang sehingga tertegaknya sebuah masjid sebesar itu. Cukup menampung jemaah yang ramai. Semoga pahala jariah sentiasa mengalir dan tertegaknya istana di syurga bagi insan-insan mulia yang tidak lokek harta, masa dan tenaga bagi memastikan Rumah Allah tertegak di mana-mana. Syiar Islam berkembang. Tinggal lagi kita semua untuk mengimarahkan masjid yang ada di sana sini. Hati kami tersentuh. Destinasi kami masih jauh. Hitam gelap pekat malam menyukarkan pandangan. Namun kenderaan tetap bertali arus. Ramai sungguh yang berkelana di bumi Allah. Mungkin ada di antara mereka yang hanya berkenderaan untuk jarak dekat dan tidak kurang kurang juga musafir seperti kami. Gua Musang sudah diketahui umum merupakan laluan utama ke Kuala Lumpur bagi mereka yang berada di sebelah Kelantan dan Besut. Sudah jauh kami tinggalkan Bukit Keluang. Masih jauh lagi jaraknya ke depan. Anak-anak mula menyambung lena. Suasana sejuk menambah keasyikkan beradu. Saya tetap cuba untuk cerah mata menemani suami memandu. Bayi kecil yang sudah berusia lebih setahun turut lena di ribaan. Saya melihat keluar, rangka cermin sisi sedikit patah. Saya merendahkan cermin tingkap yang tiba-tiba diselaputi lumpur, cuba menjenguk ke belakang. Sebuah kancil mengekori di belakang juga selamat. Saya mengandaikan sebatang pokok yang jatuh sudah terpelanting ke tepi. Hanya jangkaan semata-mata, tiada apa kelihatan. Suami mengagak hanya runtuhan tanah kecil sahaja yang berlaku. Saya tetap merasa jatuhan itu adalah pokok, kalaupun bukan sepohon batang yang besar, tetap dahan yang tidak kecil. Jatuhnya menyentuh cermin di tepi saya. Sayalah yang paling hampir dengan apa yang berlaku. Pokok yang jatuh dari tebing bukit mungkin tertolak ke tepi jalan. Kami semuanya selamat. Perjalanan diteruskan sehingga ke destinasi. Syukur, selamat sampai akhirnya. Kami cepat turun melihat. Di dalam serpihan rangka cermin sisi, masih terlekat daun-daun bergumpal. Badan kereta dari sisi pintu depan hingga ke belakang penuh dengan selut dan lumpur. Gumpalan tanah kecil bercampur akar-akar pokok masih melekat. Hanya Allah Yang Tahu apa sebenarnya berlaku. Yang pasti, 1000 Rahmat, kami selamat. Selamat di sana dan selamat juga kembali ke Besut. Perjalanan di musim tengkujuh. Sungai melimpah. Air melintas deras. Jalan-jalan banyak yang tutup, namun tetap masih ada pilihan. Syukur padaMu Ya Allah... Begitu juga kehidupan ini. Tertutupnya satu jalan, adalah peluang untuk melihat suasana baru di jalan baru. Selagi semua jalan belum tertutup, sama-samalah kita mengambil dan mengintai peluang yang ada. Peluang berbuat kebaikan untuk semua dan umat bersama. Walau di mana kita, walau apa cara, ada tugas yang perlu digalas. Dalam perjalanan pulang, kami mengambil peluang melihat kembali tempat kejadian. Anak-anak pun sama naik ingin melihat apakah sebenarnya yang menyebabkan mereka begitu terkejut sama. Disangka mereka berlaku kemalangan. Nauzubillah. Selonggok pohon di tepi jalan. Jalan di tepi bukit. Ia masih di situ. Itulah jawapannya... |
You are subscribed to email updates from di gua musang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan