03 di jeli kelantan - Google Blog Search |
<b>Kelantan</b> Kembali Dilanda Banjir - MyNewsHub.My - Sertai Komuniti <b>...</b> Posted: 11 Jan 2014 04:29 PM PST JELI – Kelantan kini kembali dilanda banjir buat kali kedua untuk musim ini apabila seramai 897 orang dipindahkan membabitkan dua jajahan di negeri ini malam Sabtu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Soleh Nasir berkata 832 orang daripada 180 buah keluarga dipindahkan di jajahan Jeli. Ia membabitkan penduduk beberapa kampung di Ayer Lanas yang mula berpindah sejak tengah hari hingga malam ini berikutan limpahan air Sungai Golok, Jenob yang kini melepasi paras bahaya. "Mereka dipindahkan ke Bangunan Umno Sungai Satan, Sekolah Kebangsaan Legeh, Masjid Kampung Gemang dan Sekolah Menengah Ayer Lanas," katanya kepada pemberita. Turut dipindahkan ke pusat pemindahan sementara ialah 65 orang dari Kampung Lawang dan Batu Gajah di Tanah Merah. Setakat 8 malam Sabtu, Sungai Golok, Jenob mencatat bacaan 24.77 meter, melepasi paras bahaya 23.5 meter manakala sungai-sungai utama yang lain masih berada pada paras amaran namun dilaporkan meningkat secara perlahan. Tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini. Tinjauan pada Sabtu mendapati anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pasukan polis menyertai operasi memindahkan mangsa. Seorang mangsa banjir yang ditemui di Sekolah Kebangsaan Legeh, Minah Rahmat, 56, berkata beliau sekeluarga berpindah petang tadi selepas rumahnya dinaiki air sejak pagi. "Setiap tahun selalunya saya lima beranak akan berpindah akibat banjir dan sudah bersiap lebih awal lagi," katanya yang berpuas hati dengan keadaan di pusat pemindahan itu. "Sini ada selimut dan makananpun bagus. Kami rasa selamat berada di sini. Cuma saya fikir sampai bila perlu berpindah randah setiap tahun," katanya. Pada banjir pusingan pertama awal Disember lalu, hampir 3,000 mangsa banjir dipindahkan membabitkan enam jajahan di negeri ini tetapi bencana itu tidak melanda Jeli. – BERNAMA Kelantan Kembali Dilanda Banjirhttp://mynewshub.my/2014/01/12/kelantan-kembali-dilanda-banjir/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/Kelantan-Kembali-Dilanda-Banjir.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Kelantan-Kembali-Dilanda-Banjir-150x150.jpg TerkiniBanjirJELI - Kelantan kini kembali dilanda banjir buat kali kedua untuk musim ini apabila seramai 897 orang dipindahkan membabitkan dua jajahan di negeri ini malam Sabtu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Soleh Nasir berkata 832 orang daripada 180 buah keluarga dipindahkan di jajahan Jeli. Ia membabitkan penduduk beberapa... JELI - Kelantan kini kembali dilanda banjir buat kali kedua untuk musim ini apabila seramai 897 orang dipindahkan membabitkan dua jajahan di negeri ini malam Sabtu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Soleh Nasir berkata 832 orang daripada 180 buah keluarga dipindahkan di jajahan Jeli. Ia membabitkan penduduk beberapa kampung di Ayer Lanas yang mula berpindah sejak tengah hari hingga malam ini berikutan limpahan air Sungai Golok, Jenob yang kini melepasi paras bahaya. "Mereka dipindahkan ke Bangunan Umno Sungai Satan, Sekolah Kebangsaan Legeh, Masjid Kampung Gemang dan Sekolah Menengah Ayer Lanas," katanya kepada pemberita. Turut dipindahkan ke pusat pemindahan sementara ialah 65 orang dari Kampung Lawang dan Batu Gajah di Tanah Merah. Setakat 8 malam Sabtu, Sungai Golok, Jenob mencatat bacaan 24.77 meter, melepasi paras bahaya 23.5 meter manakala sungai-sungai utama yang lain masih berada pada paras amaran namun dilaporkan meningkat secara perlahan. Tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini. Tinjauan pada Sabtu mendapati anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pasukan polis menyertai operasi memindahkan mangsa. Seorang mangsa banjir yang ditemui di Sekolah Kebangsaan Legeh, Minah Rahmat, 56, berkata beliau sekeluarga berpindah petang tadi selepas rumahnya dinaiki air sejak pagi. "Setiap tahun selalunya saya lima beranak akan berpindah akibat banjir dan sudah bersiap lebih awal lagi," katanya yang berpuas hati dengan keadaan di pusat pemindahan itu. "Sini ada selimut dan makananpun bagus. Kami rasa selamat berada di sini. Cuma saya fikir sampai bila perlu berpindah randah setiap tahun," katanya. Pada banjir pusingan pertama awal Disember lalu, hampir 3,000 mangsa banjir dipindahkan membabitkan enam jajahan di negeri ini tetapi bencana itu tidak melanda Jeli. - BERNAMA MyNewsHubhttps://plus.google.com/108738154760102812514MyNewsHub rhad76@yahoo.comAdministratorMyNewsHub |