03 di kuala krai - Google Blog Search |
~ Truly Love ~: Bayi 5.1kg <b>di Kuala Krai</b> - Blogger Posted: 16 Jan 2014 07:24 PM PST KUALA KRAI – "Syukur Alhamdulillah, saya dimaklumkan anak dalam kandungan sekitar 3.5 hingga 3.9 kilogram (kg), sebab tu berani bersalin normal, tapi agak terkejut doktor beritahu bayi saya seberat 5.1 kg," kata Siti Maisarah Md Nor, 32, yang selamat melahirkan anak kedua secara normal di Hospital Kuala Krai, walaupun saiz bayinya agak besar. Bayi lelaki dilahirkan Siti Maisarah kira-kira jam 12.47 tengah hari 12 Januari lalu menarik perhatian orang ramai kerana agak besar berbanding bayi yang pernah dilahirkan di hospital ini. Bayi yang belum diberikan nama itu bukan setakat menarik perhatian orang ramai tetapi juga doktor dan juga jururawat di hospital berkenaan memandangkan mereka jarang menemui bayi sebesar anak Siti Maisarah dan suami, Mohamad Khairul Anuar Abd Aziz, 31. Bagi Siti Maisarah, dia gembira tidak mengalami sebarang masalah sepanjang mengandungkan dan melahirkan anak keduanya. Sumber: Sinar Harian Rezeki Allah untuk dia... Mudah mengandung dan melahirkan... Moga rezeki itu juga berpihak kepada ku... Namun, aku redha dengan segala ketentuanNya.. Allah tahu yang terbaik untukku dan keluargaku... Posted via Blogaway |
You are subscribed to email updates from di kuala krai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan