03 di kuala krai - Google Blog Search |
mY LiFe !!: Suhu Sejuk <b>di Kuala Krai</b>, Kelantan Posted: 22 Jan 2014 06:56 PM PST Subhana'Allah..Maha Suci Allah, Maha Pencipta yang mencipta bumi dan segala pergerakan di seluruh alam ini. Kuala Krai, Kelantan kebiasaannya mengalami suhu purata sekitar 30-35 Celcius pada waktu siang dan purata pada 25-30 celcius pada waktu malam mengalami suhu sejuk sejak beberapa hari yang lalu. Seingat ambe, ambe perasan suhu sejuk ini sejak hampir 2 minggu yang lalu iaitu sekitar pada awal tahun iaitu bermula seawal 3 Januari lagi. Memula ambe ingat ini disebabkan musim banjir peringkat ke 2, tetapi tiada nya hujan lebat yang berlaku, hanya hujan renyai-renyai. Sekitar 7 Januari 2014, tiada hujan namun suhu masih sejuk. Suhu sejuk masih terasa hingga sekarang. Akhirnya, ambe menjumpai jawapan yang dicari-cari. Terima kasih kepada My lovely bro, Abg Ami...Pada 21 Januari 2014, ambe ditunjukkan satu artikel dalam The Star Online oleh Jabatan Metareologi Malaysia yang mengatakan, suhu di Kuantan, Pahang, Sebahagian Kedah, Perlis termasuk Kelantan amnya terutamanya Kuala Krai khasnya. Mengikut Jabatan Metareologi, Kuala Krai mengalami suhu sejuk akibat perubahan monson yang biasa berlaku sebelum ini. Suhu sejuk ini sekitar 20-22 celcius. (Jadi betul le apa yang ambe alami sebelum ini). Suhu di Kuala Krai akan jatuh pada tahap minimum iaitu pada 19 celcius yang akan berlaku dalam tempoh 2 hari lagi, iaitu pada esok, 24.01.2014. Suhu terendah yang sama macam suhu di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Jika mengikut pakar, suhu ini pernah berlaku sebelum ini dan adalah satu fenomena biasa. Bagi diri ambe pula, sejak ambe tinggal di Kuala Krai, sejak dilahirkan pada tahun 1982, dan seingat ambe, ini kali pertama ambe alami. Jika pakar mengatakan pernah dan biasa berlaku, sejujur ambe katakan, tiada dalam ingatan ambe. Malah ambe bertanya juga pada Mama dan Abah, orang lama di Kuala Krai sejak zaman penjajah lagi, mereka juga tidak tahu dan tidak ingat bila keadaan ini berlaku. Jika diikutkan oleh pakar antarabangsa yang ambe pernah baca artikelnya di dalam Sinar Harian, Malaysia mungkin akan mengalami suhu sejuk dan mungkin bersalji. Keadaan itu bakal berlaku sekitar diantara tahun 2040 atau 2050. Namun begitu, artikel ini dinafikan oleh pakar metareologi Malaysia yang mengatakan Malaysia masih terlindung di dalam kawasan Garisan Khatulistiwa. Tetapi, dengan apa yang telah terjadi pada Mesir, Vietnam dan Indonesia, ambe rasa Garisan Khatulistiwa ini bukan lagi sebagai ukuran. Malah ukuran ini dibuat oleh manusia sendiri. Segala apa yang berlaku, atas kehendak Nya. Kita berserah pada Allah S.W.T selaku pemilik dan pentadbir alam ini. Ketika ambe menulis blog saat ini, memang sudah dilaporkan di media sosial, elektronik malah di berita arus perdana yang Vietnam mengalami salji buat kali pertama, Mesir turut mengalami salji buat kali pertama dalam tempoh 100 tahun dan turut mengalami salji adalah Indonesia. Subhana'allah Salji di Indonesia (Sumber Youtube) Salji di Vietnam (Sumber Youtube) Salji di Mesir (Sumber Youtube) Semua ini kuasa Allah yang Maha Berkuasa atas segala apa yang dimiliki Nya. Mungkin sebagai peringatan untuk kita semua. Pakar hanya meramalkan keadaan cuaca berdasarkan teknologi yang dimiliki semasa ini dan bersandarkan apa yang kajian mereka lakukan bertahun-bertahun mengenai apa yang pernah berlaku sebelum ini dan akan berlaku selepas ini. Selebihnya, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang Dia lakukan untuk kita. Secara peribadi ambe, bila lagi nak merasa suhu sejuk macam ini. Mungkin ini kali pertama dan mungkin terakhir untuk ambe rasa suhu sejuk 19-22 Celcius di Kuala Krai. Jika Allah panjangkan umur ini, in Shaa Allah akan merasa lagi pada tahun tahun akan datang.. |
You are subscribed to email updates from di kuala krai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan