03 di rantau panjang - Google Blog Search |
Banjir: 100 keluarga <b>di Rantau Panjang</b> diarah bersiap untuk pindah Posted: 21 Nov 2013 08:21 AM PST KOTA BHARU: Kira-kira 350 orang daripada 100 keluarga penduduk Kampung Tasek Bakong di Rantau Panjang, Pasir Mas, diarah bersiap sedia untuk berpindah berikutan air Sungai Golok yang semakin melimpah dari tebing, hari ini. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pegawai Bomba Kanan I Zaimi Samat, berkata paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang meningkat kepada 7.9 meter iaitu di paras amaran berikutan hujan lebat sejak semalam. "Penduduk diminta bersiap sedia untuk dipindahkan sekiranya air naik menjelang malam ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Zaimi berkata tujuh bot, sebuah lori dan tiga kenderaan lain akan digunakan untuk proses menyelamat. Beliau turut menasihati penduduk supaya tidak menyeberangi Sungai Golok menggunakan sampan untuk ke negara jiran berikutan peningkatan paras air dan arus deras. - BERNAM |
You are subscribed to email updates from di rantau panjang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan