ads

Rabu, 12 Februari 2014

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Che Syaedah: Utusan Online - Timur

Posted: 12 Feb 2014 01:16 AM PST

URL Sumber Asal :-

100 pesawah rugi RM1 juta

Posted: 11 Feb 2014 10:50 AM PST

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

Sebahagian daripada petani di enam buah Kampung di kawasan Mukim Marak, Demit melihat keadaan padi serta tanah yang mula merekah ekoran masalah kekurangan air di Kampung Padang Tambak, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Rosmizan Resdi

KOTA BHARU 11 Feb. - Lebih 100 petani dari enam buah Kampung di kawasan Demit di sini, bakal berdepan dengan kerugian hampir RM1 juta apabila tanaman padi seluas kira-kira 200 hektar yang diusahakan mereka mengalami masalah kekurangan air.

Antara kampung yang mengalami masalah tersebut adalah Kampung Padang Tambak, Padang Mentera, Padang Durian, Kubang Palas, Marak dan Jabi.

Penghulu Mukim Marak, Mohd. Yunan Abas berkata, petani-petani di kawasan terbabit akan berdepan dengan kerugian yang cukup besar sekiranya masalah kekurangan air tidak dapat diatasi dalam tempoh terdekat.

"Masalah kekurangan air ini berlaku kerana sumber air yang disalurkan tidak sampai ke kawasan padi menyebabkan tanaman menjadi semakin layu serta hampir rosak.

"Keadaan ini bertambah teruk dan membimbangkan apabila tanah padi juga mula merekah memandangkan sekarang adalah musim kemarau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Mohd. Yunan, masalah tersebut cukup memberi kesan kerana rata-rata petani di kawasan berkenaan mengusahakan tanaman padi seluas 40 hektar dengan nilai modal keseluruhannya RM200,000.

"Saya amat berharap perkara ini dapat diatasi segera oleh pihak yang berkaitan bagi mengelak petani-petani di sini berdepan dengan kerugian.

"Selain itu, sistem perparitan sedia ada juga perlu dikaji semula memandangkan penduduk kampung di sini hanya bergantung kepada hasil jualan padi sejak dahulu lagi," katanya.

Sementara itu, seorang petani dari Kampung Marak, Abdullah Abdul Rahman, 63, berkata, masalah ini akan menjejaskan pendapatan mereka sekeluarga sekiranya ia tidak ditangani dengan segera.

"Sumber pendapatan saya hanya bergantung kepada hasil tanaman ini kerana saya telah mula mengusahakannya sejak daripada dahulu lagi.

"Saya sangat berharap pihak berkaitan dapat turun meninjau keadaan kami di sini dan berusaha menyelesaikannya," katanya.

Abdullah berkata, untuk musim ini, dia telah mengeluarkan modal kira-kira RM2,000 bagi membeli benih serta kos upah membajak.

YPU turun padang pantau kemajuan usahawan kecil

Posted: 11 Feb 2014 10:50 AM PST

Sabri Mohd. Nor (dua dari kanan) menyerahkan kertas pembungkusan kepada Zalida Othman sambil diperhatikan oleh Che Razali Adis (kanan) di Kampung Chalok Kedai, Setiu, Terengganu, semalam.

SETIU 11 Feb. - Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Negeri Terengganu melalui Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri akan turun padang ke setiap daerah untuk meninjau perkembangan usahawan kecil secara berperingkat.

Majlis yang baru ditubuhkan awal tahun ini dengan dianggotai 18 agensi kerajaan yang berkaitan dalam usaha membantu para usahawan agar lebih berdaya saing dan menyelaras program dan aktiviti pelbagai agensi keusahawan.

Pengerusinya, Datuk Sabri Mohd. Nor berkata, pihaknya akan turut meneliti permasalahan dan maklumat yang diperoleh boleh dimanfaatkan untuk menentukan hala tuju mereka.

Beliau berkata, pelbagai strategi bakal disusun dan diperkukuh bagi meningkatkan pendapatan serta mengembangkan pemasaran produk para usahawan kecil yang berdepan dengan masalah.

''Kita juga akan memberi khidmat nasihat yang lebih baik selain mengeluarkan pelbagai bantuan seperti kertas pelabelan dan pembungkusan terhadap golongan itu," katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas menyerahkan 5,000 kertas pembungkusan kepada seorang pengusaha makanan tradisional, Zalida Othman, 42, dari Kampung Chalok Kedai, dekat sini, semalam.

Zalida, ibu kepada enam orang anak menjalankan perniagaan kuih Benderam itu lebih lima tahun lalu di bawah bimbingan Pergerakan Wanita Pekebun Kecil Risda dan YPU negeri.

Yang turut hadir pada majlis YPU Turun Padang itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Che Razali Adis.

Sabri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Langkap berkata, pihaknya akan mencari jalan yang terbaik agar perusahaan makanan tradisional serta perusahaan lain supaya dapat menembusi pasaran lebih luas termasuk melalui khidmat nasihat dari segi kualiti dan pembungkusan.

''Kita percaya melalui kaedah seumpama itu perniagaan usahawan terbabit akan berdaya saing serta setanding dengan perniagaan lain yang mendapat tempat di kalangan pengguna yang semakin meningkat dari masa ke semasa," katanya.

RM440,000 diperuntuk baik pulih 793 Tabika Kemas

Posted: 11 Feb 2014 10:50 AM PST

Zarina Jazlan (kiri) bersama kanak-kanak ketika melawat Taska Permata Teratak Batu di Gaal, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

PASIR PUTEH 11 Feb. - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM440,000 bagi membaik pulih 793 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) milik Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang rosak akibat bencana banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Penolong Pengarah Operasi Kemas Kelantan, Zarina Jazlan memberitahu, antara Tabika yang yang akan dibaik pulih itu adalah di Pasir Mas, Pasir Puteh dan Rantau Panjang.

"Terdapat banyak Tabika yang dijadikan kelas pembelajaran mengalami kerosakan teruk akibat banjir baru-baru ini terutama pada bahagian bumbung yang mengalami kebocoran.

"Walau pun peruntukan itu tidak mencukupi keperluan sebenar, ia sekurang-kurangnya dapat mengatasi masalah kebocoran yang boleh menganggu keselesaan kira-kira 19,113 kanak-kanak yang sedang mengikuti proses pembelajaran, terutama ketika musim hujan," katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas majlis mempromosi Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Permata di Teratak Batu, Gaal, di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Zarina memberitahu, sehingga kini, Kemas Kelantan telah mewujudkan 23 buah Tabika baharu di seluruh daerah di negeri ini.

"Pertambahan Tabika baharu itu adalah bagi memenuhi kehendak ibu bapa yang menghantar anak mereka bagi mendapat pendidikan awal," katanya.

Dalam pada itu, katanya, setakat ini sebanyak 40 peratus daripada 793 tenaga pengajar Tabika Kemas di negeri ini sudah pun diberi peluang menyambung pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) ke tahap diploma sebelum meneruskan tugas di Tabika masing-masing.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved