03 di galas kelantan - Google Blog Search |
- BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search
- BLOG <b>KELANTAN</b>: 03 <b>di</b> dabong - Google Blog Search
- Dr Shafie Abu Bakar: Bertugas <b>Di Galas</b>, Gua Musang, <b>Kelantan</b>
BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search Posted: 26 Jan 2014 03:23 PM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||||||||
BLOG <b>KELANTAN</b>: 03 <b>di</b> dabong - Google Blog Search Posted: 26 Jan 2014 03:29 PM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||||||||
Dr Shafie Abu Bakar: Bertugas <b>Di Galas</b>, Gua Musang, <b>Kelantan</b> Posted: 26 Oct 2010 04:51 PM PDT Gua Musang 16-18 Zulkaedah = 24-26 Oktober (Ahad- Selasa) Sebagaimana biasa bila berlaku pilihanraya kecil, khususnya di Semenanjung, maka setiap negeri dikehendaki datang membantu calon Pas (Pakatan) dalam pilihanraya tersebut. Demikianlah dengan pilihanraya Galas, Gua Musang, Kelantan, Selangor menghantar pasukan-pasukan pembantu dengan mengenakan giliran bagi setiap kawasan negeri tersebut. Begitulah Serdang ditentukan tarikh datang berkhidmat di Galas, Kelantan pada 24 – 26 Oktober bersama dengan Sg. Besar, Sepang dan PJS yang Adun Bangi dilantik mengetuai kumpulan ini. Adun Bangi bersama kumpulannya hadir pada tarikh tersebut. Adun Bangi bertolak pada 24 Oktober (Ahad) melalui Simpang Kulai Perak tengaharinya, melalui Cameron Highland, Tanah Tinggi Lojing ke Gua Musang. Kawasan DUN Galas seluas 987 km. persegi, menyentuh tiga negeri iaitu Perak, Pahang dan Kelantan. DUN Galas (N.45) mengikut pecahan UPU terbahagi kepada Bandar Lama Gua Musang, Lepan Tupai, Kg. Baru, Bandar Baru Gua Musang, Sungai Terah, Kg. Batu Papar, Kg. Pulai, Hau, Bihau, Balar, Belatin, Sungai Ber dan Lojing. Dengan melalui Simpang Kulai, Adun dapat melihat kawasan yang luas ini mulai dari Lojing. Sungguhpun kawasan luas, tetapi pengundi bertabur dan kurang. Jumlah pengundi adalah 11,553 dengan pengundi yang paling ramai ialah di Kampong Bharu, 2,150, dikuti Kampong Batu Papan 1,739, Bandar Lama Gua Musang 1,562 dan Bandar Baru Gua Musang 1.185, manakala UPU yang paling kecil dengan pengundi ialah Belatim 160 orang. Dilihat dari segi kaum Melayu 61.7 (7,126), Cina 20.06 (2,317), Orang Asli 16.35% (1.889), Pasukan dari Selangor ditugaskan membantu di kawasan Bandar Baru Gua Musang. Pasukan yang diketua Adun Bangi dan yang bersama dengannya mendaftar di Rumah Selangor dan menerima arahan dari situ. Tapi oleh kerana petugas rumah Selangor terlampau ramai, kami menumpang bermalam di Rumah Pemuda Selangor di Taman Damar. Petugas Tetap di Rumah Selangor ialah Cikgu Rahmat dan Haji Kamaruddin. Mereka berdua menyelaraskan kehadiran pasukan-pasukan dari kawasan-kawasan Selangor yang hadir. Antara tugas-tugas yang kami laksanakan ialah menerima arahan dari keputusan mesyuarat Kawasan Besar yang dihadiri oleh Cikgu Rahmat. Mulai pagi 25 Oktober Adun Bangi mengetuai Pasukan Ziarah lebih ersama 15 orang termasuk muslimat ke kawasan belakang Taman Econ Jaya. Rumah yang diziarah ialah lebih kurang 30 buah rumah. Menyemak daftar pemilih depan Econ Jaya, membantu pasukan yang menyediakan bendera yang tugas ini dilakukan oleh pasukan dari Sepang, mempastikan keselamatan pasukan sama ada masa keluar menziarah dan juga di Rumah Selangor. Menerima taklimat pergerakan pasukan pada hari penamaan calon. Hari penamaan calon adalah hari puncak bagi tugas Adun sebagai ketua memastikan pasukan yang terdiri dari Serdang, Sungai Besar dan Sepang sama-sama hadir. Pasukan dari PJS menurut Haji Kamaruddin tidak ada yang datang mendaftar di Rumah Selangor. Kami keluar dari rumah penginapan Hari Penamaan Calon pagi-pagi hari jam 7.00. Warung tempat minum pagi yang kami singgah sesak dengan mereka yang sama datang untuk minum pagi. Dari Taman Damar kami bertolak ke Masjid Tengku Faris Putera. Di sini menemui ramai pemimpin termasuk Y.B Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Y.B. Husam Musa, Y.B. Mahfuz Omar, Y.B. Salahuddin, Ustaz Nasruddin Tantawi, Y.B. Azmin, YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim dan ramai lagi. Semasa sembahyang hajat beramai-ramai Adun Bangi di saf hadapan berselang makmum dengan Y.B. Dato` Seri Haji Abdul Hadi Awang Presiden Pas. Sembahyang Hajat diimami oleh YAB Tuan Guru Dato` Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan. Selepas Sembahyang Hajat perarakan ke penamaan calon bermula, iaitu dari Masjid Tengku Faris ke Pejabat Daerah Gua Musang yang agak jauh perjalanannya. Penyokong-penyokong dari Pas mendominasi dari segi jumlah dan sokongan. Mereka datang dari berbagai-bagai negeri memenuhi ruang di sini. Hari penamaan calon ini juga memberi peluang peniaga-peniaga, bukan saja tempatan, tetapi dari luar Kelantan membuka perniagaan mereka yang antara mereka berniaga pakaian, makanan, ubatan, wangian dan berbagai-bagai barangan. Perhimpunan boleh disifatkan sebagai aman. Penyokong-penyokong dari kedua belah pihak Pas (Pakatan) dan Umno (BN) menunggu pengumuman penerimaan calon mereka yang diisytiharkan pada tengaharinya bahawa calon: PAS Dr. Zulkefli Mohamed (44) UMNO Abdul Aziz Yusoff (49) Kami bertolak pulang melalui Raub selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Pas Selangor dan menyerahkan tugas. Sekian. |
You are subscribed to email updates from di galas kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan