Sabtu, 15 Februari 2014

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Azie Kitchen: Berakhir Percutian <b>di Kota Bharu</b> pada 1.1.2014

Posted: 02 Jan 2014 03:15 AM PST

Selamat Tahun Baru 2014 kepada kawan kawan dan pembaca blog Azie Kitchen. Pagi 1 Januari 2014, saya masih berada di Kota Bharu, ibu kota Negeri Che Siti Wan Kembang. Saya bersama hubby keluar JJCM mencari sarapan di kedai makan yang diberitahu Kak Yah yang terletak selepas dari kedudukan pasaraya Bilal. Walaupun masih awal namun banyak makanan yang hampir kehabisan. Saya sempat mendapat sepinggan terakhir untuk nasi dagang yang dimakan dengan ikan Aya dan juga itik serati. Rupanya di sini semua nasi dibungkus dalam kertas walaupun untuk dimakan di situ. Pada pendapat saya nasi dagang yang dibeli di Cherang lebih sedap kerana nasi dagang di sini agak keras. Untuk Aween, saya beli 2 bungkus nasi berlauk dan juga nasi kerabu berlaukkan ayam bakar. Sementara menunggu check out, saya lepak di bilik. Hubby pula menemankan Aween berenang di kolam renang.


Selepas check out, kami ke Pasar besar Kota Bharu untuk mencari sedikit kuih muih dan makanan untuk dibawa balik ke KL. Dah tak meriah gerai kuih muih berbanding dengan zaman dulu. Nak cari kuih Akok pun dah payah. Belilah kuih tahi itik dan kuih akok. Singgah lak beli buah dokong sikit untuk dibawa ke tempat Bonda.
Kemudian kami terus ke tempat Bonda. Tak dapat lama pun kerana kami harus segera berangkat balik. Sedih melihat keadaan Bonda yang uzur dan dijamah usia. Di pondok yang disambung dengan speaker inilah, Bonda mengikuti kuliah agama dari masjid kerana sudah tidak larat lagi untuk ke masjid. Semoga Allah permudahkan untuk bonda terus beribadat sehingga ke akhir hayat beliau. Ameen.
Akhir sekali kami ke rumah Cik gu Haji Rosli untuk hantar kereta dan anak saudara cikgu yang menghantar kami ke airport. Di airport kami singgah makan di KFC, saya dan hubby pula makan nasi kerabu pagi berlaukkan ayam bakar yang dibeli di kedai Hassanah.  Huhuhu sedapnya nasi kerabu ni. Dah sejuk pun masih lagi sedap. Hmm lain kali boleh makan nasi kerabu di sini untuk sarapan.
Bye bye Kota Bharu dan semoga dapat bertamu lagi di sini. Inilah kali pertama saya bermalam di Kota Bharu. Kenangan di Kota Bharu pada hujung tahun 2013 dan awal tahun 2014 akan sentiasa kekal di hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads