Khamis, 6 Februari 2014

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Demonstrasi terhadap KIAS DARULNAIM <b>di Kota Bharu</b> - Aspirasi <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2014 08:52 PM PST


Nampaknya isu pemecatan en Ibrahim Mohammed oleh Kias Darul Naim bermotif dendam dan kroni. Isu ini tidak terhenti begini sahaja bahkan kumpulan yang dizalimi oleh Anak Syarikat Kerajaan negeri Kelantan ini membuat demonstrasi membantah tindakan zalim syarikat anak kerajaan negeri tersebut.

KENYATAAN TERBUKA ISU PENAMATAN PERKHIDMATAN DEMI KEPENTINGAN SYARIKAT/KOLEJ.

Saya telah menerima surat penamatan perkhidmatan sebagai Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kelmarin, 30 Januari 2014 berkuatkuasa mulai esok, 1 Febuari 2014 dengan bayaran 3 bulan gaji sebagai ganti 3 bulan notis. Saya tidak pernah dimaklum,diberi surat tunjuk sebab atau dipanggil membela diri berhubung alasan dan sebab penamatan tersebut.


Saya mula dilantik bertugas di KIAS mulai 1.1.2000 oleh Akademi Yakin Sdn Bhd sebelum dipindahkan ke Syarikat Kias Darulnaim Sdn Bhd pada 1 Jun 2002. Sebelum ini saya bertugas sebagai Qadhi/Hakim Mahkamah Syariah kota Baru mulai 1 Nov 1989 Majlis dan Agama Islam Dan Adat istiadat Melayu Kelantan mulai 1 mac 1993. Pada 31 Des 1999 saya telah meletak jawatan tetap dan berpencen di MAIK untuk berkhidmat di KIAS setelah berbincang dengan Allahyarham Dato' Ab Razak haji Salleh, Pengerusi Akademi Yakin Sdn Bhd, Allahyarham Dato' Haji Yahya Othman, Pengerusi Lembaga Pengelola KIAS dan Allahyarham Tuan Haji Mohd Nawawi Haji Mahmood, Ketua Eksekutif KIAS untuk memulakan operasi pengambilan pertama pelajar KIAS setelah ditubuhkan pada tahun 1999.

Penamatan perkhidmatan ini bukanlah satu kejutan besar bagi saya semenjak Dato' Mohd Amar Abdullah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah KIAS, saya sudah lama tidak dilibatkan dalam pengurusan KIAS, tidak dijemput menghadiri mesyuarat-mesyuarat KIAS, saya juga telah 3 tahun tidak diberi kenaikan gaji tahunan tanpa apa-apa makluman samada secara lisan atau bertulis, saya tidak diberi peluang untuk melihat laporan prestasi kerja tahunan saya sendiri yang menjadi asas penilaian kepada kenaikan gaji tahunan walaupun telah diminta secara bertulis, bahkan saya pernah mengalami pengalaman paling pahit bila Lembaga Pengarah KIAS menolak permohonan saya untuk mendapat pembiayaaan kos rawatan penyakit jantung di HUSM atas alasan " bukan rawatan perubatan" semasa saya bergelut antara hidup dan mati, yang akhirnya saya telah menjalani empat kali rawatan penyakit jantung ( unstable angina ) secara angioplasty/stenting dengan kos melebihi RM60,000 tanpa bantuan/sumbangan majikan walaupun seringgit tunai.

Saya beranggapan penamatan perkhidmatan ini merupakan sebahagian daripada penerusan agenda lama pertembungan peribadi individu tertentu UM-UKM, di mana penyingkiran saya dari KIAS adalah pelengkap kepada penyisihan jenerasi awal " Tamrin Kota Bharu" mengikuti jejak-jejak saudara ust Muhammad Husin, Dato' Husam Musa dan Sdr Mohd Khir Zahrie Ab Ghani yang telah tersepak terlebih dulu ketepi gelanggang dari politik dan pentadbiran Kerajaan Kelantan. Saya telah lama merasai bahang ini setelah kemuncak pertembungan peribadi DHM - DMA yang memercikkan bara panasnya kepada mereka yg disekeliling, saya tidak pernah dijemput menghadiri apa-apa majlis rasmi DUN Pasir Pekan sedangkan saya adalah ahli J/Kuasa MTD dan Ketua Pas Cawangan Kepala Jambatan, ada usaha-usaha untuk menghalang saya memegang jawatan Pengerusi Koperasi Penghulu Negeri Kelantan selain saya sengaja tidak dijemput dalam majlis2 yg melibatkan DMA termasuk di Tabung Amanah Tok Kenali atas kapasiti saya sebagai Presiden Kelab Sukarelawan TATOK.

Saya berpandangan kuasa dan pangkat tidak boleh digunakan sebagai lebuhraya untuk melunaskan dendam kesumat dan melupuskan apa saja yang dirasakan sebagai penghalang untuk mencapai cita2 kita mendongak dan melangkah ke langit yang lebih tinggi, sebagai seorang kader yang pernah berbaiah untuk sehidup semati meneruskan perjuangan ini, sebagai seorang jundiah, yang tidak pernah bercita2 melangkah kaki menjadi qiadah, meskipun telah melapaz ikrar untuk berkhidmat di bumi kelantan, saya masih ada ibu ayah yang telah tua untuk dijaga, saya masih ada 10 zuriat yang mesti dibesarkan, maka saya tetap akan mengintai ruang2 yang ada untuk mendapat sedikit keadilan dan hak selain menanti pengadilan sebenar Rabbulalil. Saya menaruh keyakinan, penglibatan saya dalam PAS dulu2nya sebagai Setiausaha Kerja Dewan Ulama' Pas Kelantan, Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Ulama' Pas Kelantan, EXCO Dewan Pemuda Pas Kelantan, Naib Ketua dan Setiausaha Dewan Pemuda Pas Nilam Puri ( skrg Ketereh), AJK Pas kawasan Nilam Puri/Peringat/Ketereh dan Tumpat dll jawatan parti akan dinilai oleh Allah SWT meskipun tidak dihargai dan dikhianati oleh rakan dan pemimpin Pas sendiri.

Saya telah merujuk isu pemecatan saya kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan mengikut sek 20 (1), Industrial Relations Act 1967 selain sedang mendapat khidmat guaman untuk mengemukakan saman sivil kerana pemecatan yang salah.

CHE IBRAHIM BIN HAJI MOHAMED
31 Januari 2014.

Klik Sini 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads