Ahad, 30 Mac 2014

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Gerbang KBBRI: 3 kawasan tanam padi dimaju <b>di Bachok</b>

Posted: 15 Feb 2014 06:40 PM PST

BACHOK: Tiga kawasan penanaman padi di Kemasin, Tok Belian dan Keluat di sini yang melibatkan keluasan 119,13 hektar akan dibangunkan sebagai estet padi komersial di bawah program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mulai tahun ini.
Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain berkata, projek yang akan dilaksanakan itu dikenal pasti berupaya meningkatkan taraf hidup kira-kira 60 petani miskin yang terpilih menyertainya.
Beliau berkata, peserta terbabit telah diagihkan bantuan insentif sebanyak RM2,000 bagi mengusahakan setiap hektar kawasan tanaman padi melalui projek itu.
"Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM221,880 bagi menjayakan projek ini dan akan membiayainya selama lima musim bagi tanaman di luar jelapang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bayaran insentif projek NKEA padi di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bachok hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak, Nik Hamadi Nik Abdullah.
Tambah Ilias, menerusi projek itu, kerajaan berharap petani berusaha gigih dengan mematuhi disiplin penanaman dan menggunakan teknologi moden bagi menambahkan pendapatan hasil padi dari 2 hingga 3 metrik tan semusim sekarang kepada 4.5 tan pada semusim akan datang.
Katanya, pemilihan peserta adalah berlandaskan keikhlasan kerajaan membantu petani tradisional keluar daripada kepompong kemiskinan.
Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 13 Februari 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads