Jumaat, 28 Mac 2014

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2014 09:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2014 09:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2013 09:43 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Dec 2012 09:46 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sejarah Ringkas Pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang

Posted: 20 Nov 2012 05:19 PM PST

Masjid adalah lambang syiar Islam, ia merupakan pusat yang menghubungkan antara hamba dengan Penciptanya. Masjid bukan saja tempat solat berjemaah, tetapi juga sebagai pusat pendidikan, pengajian keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan yang secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah islamiyyah sesama manusia.
Pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir  telah mendirikan Madrasah Ahmadiah di Bunut Payong. Pusat pengajian itu masyhur sebagai Pondok Bunut Payong.  Tuan Guru Haji Abdullah Tahir  merupakan seorang ulama besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh.   Pelajar-pelajar pondok Bunut Payong bukan saja terdiri daripada anak tempatan, tetapi juga mereka yang datangnya dari Kedah, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Pahang serta pelajar-pelajar dari Thailand dan juga dari Indonesia.

Pak Su masih ingat beberapa  pelajar Pondok Bunut Payong  yang cemerlang . Mereka ialah Hj Abdul Shukor dari Bangkok, Hj Budin dari Sumatera, Ustaz Abdul Rahman dari Perlis, Hj Husin Rahimi dari Pasir Puteh, Hj Mat Besi Berani dari Bukit Marak, Hj Abdul Aziz dan Hj Mustapha dari Limbat, kedua-duanya menjadi pengasas Pondok Terusan Pasir Tumboh dan Ustaz Fadhil dari Johor yang  selepas itu menjadi menantu Tuan guru. Pelajar-pelajar pondok Bunut Payong bukan saja terdiri daripada anak tempatan, tetapi ramai juga yang datangnya dari Johor, Perlis, Melaka, Pulau Pinang, Pahang serta pelajar-pelajar dari Thailand dan Indonesia.

Beberapa orang anak mukim Padang Enggang  turut serta belajar ilmu agama di Pondok Bunut Payong  yang jaraknya 3 km dengan kampong Padang Enggang. Ilmu yang yang mereka perolehi, mereka ajarkan pula kepada penduduk dan begitulah seterusnya.  Pada ketika itu, penduduk mukim Padang Enggang menunaikan solat  hanya di sebuah surau kecil bersebelahan tanah perkuburan (kubur surau). Di surau ini jugalah kanak-kanak belajar mengaji Al-Quran.

Selain dari itu, kanak-kanak ini juga diajarkan asas Fardhu Ain secara teori dan praktikal.


Bermulanya pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang  apabila Haji Abdullah Wan Ahmad (Pak Lah Kedai Wakaf Che Yeh) telah mewakafkan tanah seluas 0.5 ekar untuk didirikan sebuah masjid pada  pertengahan tahun 1950an.  Hasrat beliau untuk melihat tertegaknya masjid di Mukim Padang Enggang tidak kesampaian, beliau  terlebih dahulu telah dijemput  mengadap illahi semasa mengerjakan fardhu haji di Mekah.

Pada tahun 1959 sebuah jawatankuasa pembinaan masjid telah di tubuhkan oleh Allahyarham Ahmad bin Ismail (Imam Tua) yang bertindak sebagai pengerusi, Allahyarham Cikgu Ahmad Ibrahim (Pakcik Che Gu)  sebagai bendahari yang pada masa itu adalah Guru Besar Sek. Keb. Mulong, Allahyarham Pauzi Ahmad (Pelajar di Pondok Bunut Payong) sebagai setiausaha dan beberapa orang penduduk yang mewakili setiap kampung dalam Mukim Padang Enggang. Kampung-kampung tersebut adalah Kampung Wakaf Che Yeh, Kampung Padang Enggang, Kampung Padang Darat, Kampung Telok Chat, Kampung Rupek, Kampung Baru, Kampung Ijok, Kampung Seterpa, Kampung Jelasin, Kampung Air Deras dan Kampung Tini.



Antara aktiviti dan perancangan yang dilakukan oleh AJK  untuk memulakan pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang:
1)      Membuat kutipan wang dari rumah kerumah. Tugas ini dilakukan oleh semua AJK yang mewakili kawasan masing-masing dalam Mukim Padang Enggang.
2)      Mengadakan jamuan teh sambil menderma dilakukan di tapak masjid tersebut.
3)      Mendapat sumbangan kewangan sebanyak RM1,000.00 dari  Dato Asri Muda yang merupakan wakil rakyat kawasan tersebut.
4)      Husin Musa sawmill telah dipersetujui oleh majoriti AJK sebagai pembekal barangan keperluan untuk pembinaan masjid dengan kaedah pembayaran yang fleksible.
Masjid Mukim Padang Enggang dengan keluasan lantai 2,100 kaki persegi (42' X 50') dapat menampung jemaah seramai 250 orang. Pada peringkat awal, solat jumaat juga disertai oleh jemaah wanita untuk memenuhi ruang masjid yang agak besar dibandingkan dengan bilangan makmun yang tidak ramai. Pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk menarik jemaah mengimarahkan masjid. Pada masa itu bilangan guru agama amat terhad tambahan pula aktiviti kebudayaan mendapat tempat dihati penduduk. Walaupun begitu usaha membesarkan masjid terus dilakukan dari masa kesemasa  dengan mengambil kira bilangan penduduk mukim yang semakin bertambah dan minat mencari ilmu agama dikalangan mereka juga semakin meningkat.

Pak Su dilantik sebagai AJK Pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang pada tahun 1959. Paksu diberi tanggungjawab menjaga  urusan  pembinaan masjid, kebetulan pula Pak Su bekerja di Jabatan Kerja Raya, Kota Bharu dan mempunyai sedikit kemahiran dalam kerja-kerja pertukangan kayu dan binaan bangunan. Pak Su aktif  sebagai AJK selama 53 tahun tanpa henti dan berada dibawah 5 orang imam bermula dari 1959 hingga sekarang. Imam -imam tersebut adalah seperti berikut:
1) Allahyarham Ahmad Bin Ismail (Tok Ayah)
2) Allahyarham Pauzi Bin Ahmad (Tok Imam Pauzi)
3) Ustaz Yassin (Tok Imam Yassin)
4) Ustaz Haji Hanafi Bin Mohamad (Tok Imam Napi)
5) Ustaz Haji Abdul Halim Bin Mat Isa (Imam Tua sekarang)

Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan usaha berterusan oleh AJK masjid, bilangan jemaah dewasa dan kanak-kanak  yang datang ke Masjid Mukim Padang Enggang semakin bertambah. Mereka mengimarahkan masjid setiap waktu  untuk melakukan solat berjemaah, iktikaf, berzikir, membaca Al-Quran, mengikuti majlis-majlis ilmu dan menjayakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta apa jua program yang mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada penduduk mukim Padang Enggang dan kepada umat islam keseluruhannya.
Wallahu a'lam

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2014 09:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Mar 2014 09:29 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pertandingan bola baling peringkat QIT salor - SK <b>Bunut Payong</b>

Posted: 02 Mar 2014 06:56 PM PST

Ahli pasukan bola baling lelaki yang terlibat dalam pertandingan bersama guru pengiring.

Jurulatih wanita dan guru pengiring yang turut serta dalam pertandingan bola baling yang bertempat di
 SK Pengkalan Kubur ,Salor.

Jurulatih utama yang terlibat sepenuhnya dalam sesi latihan sebelum berlangsungnya pertandingan.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jan 2014 09:31 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2014 09:06 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Dec 2013 09:25 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Dec 2013 09:20 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Dec 2013 09:28 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2013 09:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jun 2013 09:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di bunut payong</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2013 09:34 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

haji abdullah tahir <b>bunut payong</b> - syafaah dan barokah

Posted: 15 Nov 2012 05:17 PM PST


SALAH SEORANG ULAMA BESAR NEGERI KELANTAN YANG MASYHUR ALIM DALAM ILMU FIQH. PENDIRI PONDOK BUNUT PAYONG YANG TERKENAL KE SELURUH SEMENANJUNG ITU. SEANGKATAN DENGAN HAJI ALI PULAU PISANG, HAJI YAAKUB LORONG GAJAH MATI, HAJI SAAD KANGKONG, HAJI AHMAD BATU TIGA REPEK, HAJI SALEH PEDADA DLL.
DILAHIRKAN DI KG. SIREH, KOTA BHARU PADA 20 MUHARRAM 1315 BER
SAMAAN 20 JUN 1897, BAPANYA, HAJI AHMAD BIN MOHD. ZAIN YANG BERASAL DARI KG. CHEPA, KEDAI LALAT PERNAH BERKHIDMAT SEBAGAI IMAM TUA DI MASJID LANGGAR, KOTA BHARU (BERKHIDMAT SEHINGGA 1920).
SESUDAH BERGURU SELAMA 15 TAHUN DENGAN TOK KENALI, BELIAU BELAYAR KE TANAH SUCI MAKKAH MENDALAMI PENGAJIANNYA. ANTARA LAIN MENGIKUTI KULIAH TUAN MUKHTAR BOGOR, SYEIKH SAID AL-YAMANI, SYEIKH MOHD. ALI AL-MALIKI DAN BEBERAPA TOKOH YANG LAIN LAGI.
SEKEMBALI KE KELANTAN, BELIAU DIMINTA MENYERTAI KUMPULAN TENAGA PENGAJAR HALAQAT KITAB DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU. BAGAIMANAPUN, KHIDMATNYA TIDAK LAMA KERANA PADA 1931, BELIAU MEMULAKAN KEGIATAN KEGURUANNYA SENDIRI DI BUNUT PAYONG YANG DIBERI NAMA MADRASAH AHMADIAH. MADRASAH INI KEMUDIAN TERKENAL KE SELURUH PELOSOK SEMENANJUNG MELAYU SEBAGAI PUSAT PENGAJIAN PONDOK YANG BERPRESTASI TINGGI DI KELANTAN.
DI PONDOK BUNUT PAYONG INILAH TUAN GURU HAJI ABDULLAH TAHIR MENGAJAR KITAB HINGGA KE AKHIR HAYATNYA. BELIAU TERKENAL SEBAGAI SEORANG TOK GURU YANG TEKUN MENGAJAR SERTA MENGAMALKAN DISIPLIN DIRI YANG KERAS LAGI TEGAS.
KERANA KEGIGIHANNYA YANG SEDEMIKIAN MAKA TIDAK PELIKLAH JIKA PONDOK BUNUT PAYONG BERJAYA MELAHIRKAN RAMAI MURID BERILMU TINGGI SEPERTI HJ. HUSAIN RAHIMI, HJ. NIK MAN SUNGAI BUDOR, HJ. ABDUL AZIZ PASIR TUMBOH, HJ. ISMAIL PADANG LEPAI, HJ. ABDULLAH KOK LANAS, HJ. OMAR KUBANG BEMBAN, HJ. ABDUL RAHMAN SLOW MACHANG, HJ. WOOK LUBOK CHEKOK, HJ. NOOR TELIAR, HJ. SAULAIMAN SIRAM, HJ. DAUD BUKIT BUNGA, HJ. YAAKUB KELONG, HJ. GHAZALI PULAI CHONDONG, HJ. ZAKARIA SELISING, HJ. OSMAN PERLIS, HJ. AHMAD KODIANG, HJ. YAHYA JONED GURUN, HJ. IBRAHIM BONGEK, HJ. ABDUL WAHID SUNGAI UDANG, HJ. HUSAIN UMBAI, HJ. AHMAD RELAI, HJ. HASANUDDIN BERHALA GANTANG, HJ. ISMAIL PHUKET, HJ. GHAZALI MUNDOK.
KERANA KETOKOHANNYA JUGA BELIAU DILANTIK MENGANGGOTAI JEMAAH ULAMA MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN BEBERAPA PENGGAL (SEAWAL 1932).
KEMATIAN FUQAHA' INI PADA PUKUL 7.20 PAGI SELASA 4 RABIULAWAL 1381 BERSAMAAN 15 OGOS 1961 MENYEBABKAN NEGERI KELANTAN KEHILANGAN SEORANG TOKOH ILMUAN YANG MENERANGI BUDAYA ILMU DAN DAKWAH ISLAMIAHNYA.

HTTP://RIJALMUHIBBIN.BLOGSPOT.COM/SEARCH/LABEL/ULAMAK%20KELANTAN
http://www.facebook.com/SYAFAAH.dan.BAROKAH
http://www.facebook.com/Para.Pecinta.Habaib.dan.Ulama

Sekolah Kebangsaan <b>Bunut Payong</b>, Kota Bharu,Kelantan: TERIMA <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2013 09:48 PM PDT

                              Pelajar UNIZA merealisasi mural bunga raya di blok bangunan baru.
Amalan budaya kerja'sense of belonging ' menjadi tunggak utama sekolah dalam merealisasikan program-program sekolah termasuk landskap dan mural sekolah.

                                                    Perbincangan dikalangan guru-guru.

                                    Syed ( pelajar UNIZA ) membantu & menyumbang idea.

                                                      'We are proud,we do it ourselves '

                                               Amalan Budaya Kerja 'Teamwork to Success'
                                      Tidak ketinggalan ,Puan Guru Besar , turut mengecat mural.
PK Pentadbiran dan PK Hem juga tidak ketinggalan membantu dalam menjayakan projek sekolah.

Panas...yang penting siap.Ketekunan dalam menyiapkan kerja-kerja walaupun dalam cuaca yang panas .

Pekerja-pekerja juga ' ringan tulang 'dalam membantu,apabila bantuan mereka diperlukan.

Rakaman Visual mural yang telah siap, diblok bangunan baru.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH DAN SYED ( PELAJAR UNIZA ) .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads