30 januari 2014 = 28 rabiulawal 1435 hijrah.
assalamualaikum.
hari ini hari khamis, hari yang di tunggu-tunggu semenjak seminggu lalu kerana hari ini sekali lagi
aku berpeluang untuk berjalan jauh........balik kampong. besokkan hari raya. jadi dapatlah aku
berpeluang menyambut raya dengan member-member di kampong, oh ya lupa pulak ,besok
bukan raya melayu tapi raya cina, KONG HEE FAT CHOY atau GONG XI FA CAI.
mengikut perancangan asalku, aku akan bertolak dari rumah di kl pada pukul 5 petang selepas
solat asar, tapi MEM tak setuju,dia kata misti bertolak malam selepas solat maghrib,dan kita
bolih solat isyak di pertengahan jalan atau pun bila sampai di kampong nanti. nak tak nak terpaksa
lah aku ikut kehendak MEM. janji dapat balik kampong.
singgah di masjid tengku abu bakar raub.
selepas solat isyak dan berhenti tukar pamper untuk dua orang putri ini kitaorang pun
meneruskan semula perjalanan ke kampong.
untuk trip ini kitaorang balik bertujuh,full sebuah alza, aku,(ketua rombongan) mem,(ketua pengarah) anak lelaki aku,(asisten driver)menantu aku.(single driver)
anak perempuan aku (penjaga baby)dan ke dua-dua cucu cucu aku.(penyibuk a.k.a penghibur)
selepas tiga jam pemanduan,,,,,kita orang selamat sampai di HENTIAN GUA MUSANG.
berhenti rehat lagi di sini ....sambut GONG XI FA CAI di HENTIAN GUA MUSANG.
MEM tengah update status FB menjamu selera mee sup dan kuew tiau sup
sempat bergambar dibawah pokok hijau buatan
Pukul 2.30 pagi kita orang pun bertolak meninggalkan hentian gua musang menuju ke kuala krai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan