Sabtu, 22 Mac 2014

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


kisah askar amerika syarikat berada <b>di</b> ipoh dan <b>kota bharu</b> yang <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2014 07:17 AM PDT


Siang tadi heboh dilaman sosial sama ada Facebook maupun Twitter dan Whatsapp betapa askar Marines Amerika Syarikat sudah berada di negara kita di Ipoh dan Kota Bharu kononnya berkaitan dengan kehilangan pesawat MH370.

Dari awal lagi apabila kisah ini mulai merebak dan bertambah rancak Omak Kau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan hebahan bergambar ini.

Jangkaan dan ramalan Omak Kau tepat kerana gambar tersebut ialah rakaman gambar mengenai suatu Latihan Bersama antara Pasukan Gerakan Khas PDRM bersama Tentera Marin dan Laut Amerika Syarikat pada tahun 2012.

Gambar itu diceduk dari rakaman gambar yang mempunyai watermark PDRM tapi dikaburkan.

Untuk tujuan apa para penggiat laman sosial melakukannya tidaklah diketahui dengan tepat tetapi yang pasti ianya mampu mengundang rasa gelisah dan tidak tenteram dikalangan rakyat.

HENTIKAN KERJA-KERJA YANG MAMPU MENGUGAT KETENTERAMAN DAN KESELAMATAN AWAM.

Latihan Pasukan Gerakan Khas (PGK) bersama US Army dan US Navy.

Latihan ini dijalankan bersama 'C' Company 1 Batalion 1 Special Forces Group yang berpengkalan di Pulau Okinawa Jepun dan beribu pejabat di Hawaii.

Gandingan latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (Unit Tindakan Khas) telah bermula sejak tahun 1996 sehingga kini. Latihan dijalankan 1 atau 2 kali setahun dengan US Army dan kadang kala terdapat juga latihan dengan US Navy dalam bidang penyelam tempur.

Bertempat di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, latihan yang berlangsung pada hari ini adalah bersama tentera US Army bermula pada 16 Januari dengan acara penerjunan persahabatan dan berakhir pada 17 Februari 2012.

Kumpulan US Army ni diketuai oleh Major Stephen Taylor. Terdapat 40 operatif US dan 38 operatif PGK dalam latihan ini, manakala kumpulan sniper pula telah menjalankan latihan di LISRAM Pulau Langkawi selama dua minggu.

Perkara-perkara yang didedahkan dalam latihan ini adalah:-
   
1) Kemahiran medan/teknik menembak
   
2) Kemahiran merancang dan mengendali serbuan bangunan
   
3) Kemahiran 'perubatan tempur' (Combat causality care)
   
4) Kemahiran letupan

5) Pertempuran dikawasan bandar (fighting in built up area-(FIBUA)
   
6) Perancangan operasi
   
7) Latihan Sniper

Setela latihan tamat, Pasukan Gerakan Khas (UTK) akan mengajar kemahiran pengiring rapat kepada pihak 'C' Company 1 Battalion, 1 Special Forces Group selama 3 hari (reciprocal training). Semasa latihan peringkat akhir seramai 4 Pegawai FBI dari Los Angeles Field Office akan menjalankan latihan 'evidence collection'.

Sebagai penghormatan, pada 15 Februari 2012, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH Dato' Azizan bin Abd Aziz, Komander 69 Komando telah menerima anugerah Sayap Penerjunan Tentera US Kehormat yang telah berlangsung di Unit Udara Polis Ipoh, Perak.

Berita Palsu Tentera Amerika US <b>Di Kota Bharu</b> Dan Ipoh | melvister <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2014 02:19 AM PDT

Berita palsu tentera Amerika (US) di Kota Bharu (KB) Kelantan dan Ipoh Perak bagi misi mencari dan menyelamat MH370. Gambar tersebut merujuk kepada latihan bersama Polis Diraja Malaysia bersama tentera Amerika yang telah diadakan di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, Perak, pada tahun 2012. Ini membuktikan bahawa foto yang tersebar itu tiada kaitan dengan isu kehilangan MH370.

Kenyataan Menerusi Laman Sosial Yang Tersebar

http://1.bp.blogspot.com/-WuksmcA5C9E/Uyb0jLkuPyI/AAAAAAAADm8/ax4nnhkKjT4/s1600/USA.png

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads