Khamis, 27 Mac 2014

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Program <b>Di Kota Bharu</b> dan Peristiwa Kehilangan MH370 - Hadzrin <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2014 08:45 AM PDT

Assalamualaikum WBT,

Bersyukur ke hadrat Allah SWT sebab diberi kesempatan untuk bertaubat dan diberi pelbagai nikmat untuk meneruskan kehidupan.

Sekarang ni ramai orang berdebar-debar menunggu berita tentang kehilangan kapal terbang MAS MH370 yang hilang pada malam Jumaat 7hb Mac. Peristiwa ini dah menjadi tumpuan satu dunia. Saya sendiri sentiasa menunggu dan mengikuti perkembangan tentang kehilangan kapal terbang tersebut.

Saya bukan nak membuat sebarang spekulasi tentang cerita kehilangan kapal terbang ini tetapi nak kongsikan pengalaman saya pada sebelum peristiwa itu berlaku.

Pada malam tersebut, saya berada di KLIA untuk berlepas ke Kota Bharu Kelantan atas urusan program seminar emas. Ketika berada di KLIA memang saya melihat kumpulan yang sedang beratur di kaunter MAS untuk pergi ke Beijing. Saya juga beratur di Kaunter MAS untuk membuat checkin dan masukkan bagasi ke kargo.

Dari situ saya boleh lihat wajah-wajah penumpang yang menjadi perhatian dunia. Memang kebanyakannya kaum cina. Saya tidak lama di KLIA sebab masa nak naik kapal terbang adalah jam 11.40. Jadi nak berlegar-legar di dalam airport tidak berkesempatan.

Peristiwa ini membuatkan saya tertanya-tanya, kalau diberi kesempatan untuk kita patah balik saat sebelum apa jua perkara yang tidak diingini nak berlaku, mungkin kita boleh ubah sejarah. Tetapi semuanya dah ditetapkan Allah dan wajib percaya pada Qadak dan Qadar.

Setiap yang berlaku semuanya sudah tercatit. Kita umpama melakonkannya. Penghabisan cerita semuanya sudah tertulis. Ke mana arah kita sama ada menjadi ahli neraka atau ahli syurga semuanya sudah tertulis.

Nak mengubahkannya hanyalah berdoa kepada Allah kerana segala sesuatu yang berkuasa untuk mengubahkannya hanyalah ALLAH SWT. Peristiwa sebelum kehilangan kapal terbang MH370 itu memberikan saya peluang untuk melihat wajah-wajah penumpang yang menjadi tumpuan dunia.

Jadi saya berangkat ke Kota Bharu pada malam itu dan tiba jam 12.40. Pertama kali pergi ke Kota Bharu sebenarnya. Di sana saya dijemput oleh rakan yang berasal dari situ dan kami berempat pergi mencari tempat untuk makan malam.

Sepanjang malam tidak ada apa yang pelik berlaku cumanya kepala berdenyut kuat sebab tak tahu kenapa. Hal ini pernah berlaku pada Jumaat Mac tahun lepas dimana esoknya mendapat berita Kes Lahad Datu diserang Askar Sulu. Selepas makan malam, balik ke Hotel yang ketika itu saya checkin di Sutera Inn, saya pejamkan mata dan terus tidur pada jam 3.30 pagi.

Masa esoknya waktu sarapan di cofeehouse hotel baru dapat berita yang kapal terbang MH370 hilang. Waktu itu jugaklah teringat suasana di Klia malamnya dengan ramai penumpang yang beratur di kaunter MAS.

Daripada peristiwa kehilangan kapal terbang ini, saya belajar sesuatu. Mari kita bermohon agar sentiasa diberi bimbingan untuk diberi kekuatan  beramal. Sebabnya kita tidak menjangka apa yang akan berlaku pada diri kita kelak tetapi kita boleh sentiasa mohon daripada Allah untuk berikan yang terbaik dan elakkan perkara yang tak diingini berlaku. Insya Allah kalau sentiasa menginatiNya, kita dilindungi dan perolehi kejayaan.

Tentang projek emas saya di Kelantan, Alhamdulillah berjaya. Mendapat beberapa orang kenalan baru dan dapat belajar budaya baru orang sana. Jualan emas disana melebihi dari apa yang disasarkan.

Saya pun tidak lama disana sebab sibuk dengan peneranngan emas sambil melawat tempat dan makan-makan bersama rakan rakan baru. Saya kena balik KL segera sebab pada Sabtu 15hb Mac saya anjurkan seminar emas di Shah Alam dan ada jamuan makan malam bersama VIP.

Kalau anda berminat nak datang dialu-alukan sebab seminar emas ini memang terbuka untuk orang ramai dan masuk percuma.

Jika anda nak belajar bagaimana boleh berjaya dalam perniagaan emas anda boleh lihat poster di bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads