Isnin, 3 Mac 2014

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


cerita tentang SEGALA: Restoran Kak Nah, <b>Pasir Puteh</b>

Posted: 14 Feb 2014 04:25 AM PST

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Biasanya kalau dok kampung saya jarang makan diluar. Tapi semasa balik dari tok bomoh patah di Melor, my cek singgah di Restoran Kak Nah di tengah bandar Pasir Puteh untuk makan malam. Ini merupakan pot dia dan kawan-kawan. Antara yang terkenal di Pasir Puteh dengan menghidangkan masakan panas selain nasi campur, nasi ayam, aneka rojak  (biasa, mee dan ayam) serta roti canai.
Seperti selalu, restoran ini menjadi tumpuan pelanggan yang barangkali tidak mahu makan nasi, jadi beralih kepada rojak atau colek. 
Tengok sajalah bahan-bahan yang tersedia. Kecur ayaq liur ni tau. Rojaknya ni agak boleh tahan la. Harga pun berpatutan. Kalau tak kan ramai-ramai dok tunggu nak beli rojak tu kan?
Steady je abang ni tebar roti canai. Sekejap je saya sampai dah habis pulak rotinya. Masa tu ingat nak pekena roti telur tapi kata tok bomoh patah tu roti canai tekleh makan, biso katanya..
Ruang makan di dalam agak sempit dengan kerusi meja dan pelanggan.
Antara yang di makan. Nasi campur, nasi ayam dan kuetiaw goreng. Harga tak tahu sebab makcik yang bayar.
Kalau korang ada ke PAsir Puteh tu singgahlah di restoran ni. Lokasinya di Jalan Pasir Puteh Machang bersebelahan dengan Tudung Fareeda D' Zura dan berdepan kedai perabot (nama apa ntah...lupa!)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads