ads

Isnin, 24 Mac 2014

di negeri kelantan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri kelantan - Google Blog Search


Akaun FB Murtad <b>Di Kelantan</b> , Kerajaan <b>Negeri</b> PAS <b>...</b> - UtaraNews

Posted: 24 Feb 2014 12:26 AM PST

Dah heboh di semua saluran media tentang akaun FB murtad yang telah mencemarkan kesucian agama Islam di Malaysia.Akaun yang menggunakan nama "Murtad In Kelantan - MIK" bukan sahaja mencemarkan kesucian Islam tetapi turut menghina kitab Al-Quran selain mengeji Nabi Muhammad dan Allah SWT.

Ekoran daripada tindakan keji tersebut maka Jabatan Mufti Kelantan telah pun mengeluarkan kenyataannya yang di petik daripada sinaronline seperti berikut ,

KOTA BHARU - Jabatan Mufti Kelantan menyelar pihak yang menghina Islam, menerusi Facebook Murtads In Pantai Timur dan Murtads in Kelantan-MIK.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tindakan memaparkan kenyataan mengutuk Islam dan Nabi Muhammad SAW itu boleh mencetuskan persengketaan antara kaum dan penganut agama di negara ini.

Justeru, Mohamad Shukri meminta masyarakat, tanpa mengira fahaman, tidak menggunakan media untuk menghuru-harakan keharmonian.

"Kita tak tahu siapa pemilik akaun (Facebook) itu. Mungkin bukan daripada kalangan orang Islam.

"Kalau yang buat begitu orang Islam, saya minta dia segera bertaubat," katanya kepada Sinar Harian semalam ketika mengulas penyebaran penghinaan Islam menerusi Facebook.

Sehingga kini banyak pihak telah tampil mengutuk serta menuntut satu siasatan di jalankan oleh pihak berwajib bagi memastikan tindakan menghina dan menghasut ini di hentikan.

Walau bagaimanapun kerajaan PAS Kelantan di lihat masih lagi berdiam diri seolah-olah hilang telur apabila Islam dan Allah di persenda oleh pemilik akaun facebook murtad tersebut.

Agak menghairankan di saat pemilik akaun berkenaan telah berikrar akan menghapuskan Islam di bumi Kelantan , PAS masih lagi berdiam diri seolah-olah bisu.

Persoalannya di manakah pemimpin-pemimpin PAS yang selama ini begitu lantang kononnya memperjuangkan Islam ?

Seharusnya merekalah yang pertama sekali tampil ke depan memandangkan ianya melibatkan nama negeri Kelantan itu sendiri.

Adakah kerana PAS kini sudah berubah ?

Jika mengikut kepada sejarah politik PAS sejak bersama dengan Pakatan Rakyat , parti ini kini sudah semakin jauh berubah dan perubahan itu bukan sahaja dari segi berpolitik tetapi turut melibatkan dasar dan pendirian parti.

PAS di lihat sebagai GAGAL menjadi nakhoda dalam Pakatan Rakyat apabila sering kali di jadikan sebagai pencacai politik kepada DAP dan PKR.Lihat sahaja apa yang berlaku di Kajang , di waktu Nasrudin berjuang mengutuk tindakan Anwar dan konco-konco PKRnya melacurkan politik pembangkang di bumi Selangor pimpinan PAS yang lain di lihat membisu dan memberikan pula sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Di waktu pihak kristian bertali arus dengan gerakan mereka menuntut penggunaan kalimah Allah , PAS dan pimpinannya di lihat menyokong gerakan tersebut bersama-sama dengan kepimpinan DAP dan PKR.Ketegasan yang di tunjukkan oleh Dr Harun Din sebelum ini berkaitan isu kalimah Allah di pandang sepi malah mungkin di anggap sebagai pandangan peribadi.

Sejajar dengan apa yang pernah di ungkapkan oleh Khalid Samad apabila melabelkan majlis syura ulama PAS sekadar pemberi nasihat.

Inilah yang berlaku dalam parti PAS hari ini dan sesuatu yang amat membimbangkan banyak pihak dan rakyat di luar sana adalah PAS sering kali di gunakan sebagai pelengkap kepada agenda Yahudi di Malaysia.

Rakyat kini tertanya-tanya apakah kaki dan tangan PAS telah di ikat oleh sahabat Pakatan Rakyat mereka ?

~UtaraNews.com

share

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved