di negeri kelantan - Google Blog Search |
Kerjasama <b>Kelantan</b>-Selangor pacu pembangunan <b>negeri</b> Posted: 08 Mar 2014 05:06 PM PST
DAYA usaha dan komitmen untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Negeri Kelantan telah diuruskan secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Ustaz Dato' Ahmad Yakob. Ia selari dengan komitmen bagi memenuhi mandat rakyat pada pilihan raya umum lalu. Sehubungan itu, menerusi persetujuan penubuhan Sekretariat SPARK di Pejabat Menteri Besar telah menyenarai 69 projek keutamaan di bawah Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan setiap ahli majlis mesyuarat (EXCO) kerajaan Negeri Kelantan. Bagi memastikan proses perancangan, pelaksanaan dan pemantauan setiap projek ini, masing-masing di bawah Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan ahli EXCO ditubuhkan pula Jawatankuasa SPARK bertujuan meneliti kemajuan projek, menilai maklum balas dan memantau dari segi pencapaian sasaran (KPI).
Sistem SPARK SPARK adalah jenama bagi sistem perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan Kerajaan Negeri Kelantan, iaitu sebutan ringkas Sistem Perancangan, Pelaksanaan dan Pemantauan Negei Kelantan yang sebelum ini disebut S3P. Jenama SPARK ini dilancarkan pada 16 Februari lalu oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Ahmad Yakob di Bilik Gerakan Negeri Kota Darulnaim, Kota Bharu Kelantan. Penjenamaan SPARK adalah bermula dengan perlantikan Perunding Ikatan Ilmuan Nasional (ILMUAN) bagi mengendalikan bengkel strategik portfolio pentadbiran di bawah Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan semua ahli EXCO. Siri bengkel tersebut bermula Ogos dan Oktober 2013 dan dikuti dengan dua siri mesyuarat serta penubuhan sakretariat pada Februari lalu. Sebelum itu, beberapa orang Perunding ILMUAN sudah pun mengambil inisiatif meninjau beberapa ruang kerjasama dengan pihak-pihak yang berwibawa bagi menjayakan misi perancangan projek pembangunan Negeri Kelantan. Di antara yang ditinjau ialah peluang kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Peluang itu terbuka menerusi layanan Perunding Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Raja Idris Raja Sulaiman. Hasilnya, susulan telah diambil oleh oleh Timbalan Pengerusi Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat. Perundingan tersebut telah menumpukan kepada pembangunan berteraskan kepakaran dan kekuatan masing-masing (bagi Kelantan dan Selangor). Justeru selepas pelancaran jenama SPARK, pihak Ustaz Dato' Menteri Besar Kelantan dan Tan Sri Menteri Besar Selangor telah bersetuju diadakan perundingan lanjutan ke arah melaksanakan kerjasama Kelantan-Selangor. Tujuan kerjasama adalah bagi mendapat kepakaran dan kekuatan masing-masing demi pembangunan negeri di dalam pelbagai bidang. Maka melalui Perunding ILMUAN perbincangan dibuat dengan Raja Idris bagi mengenal pasti bidang pembangunan yang perlu diutamakan oleh kerajaan Negeri Kelantan bersama-sama Kerajaan Negeri Selangor
Perjanjian persefahaman (MoU) Sehubungan itu, pada tengahari 2 Mac, perundingan akhir antara agensi kerajaan negeri Kelantan dengan Selangor diadakan di Pejabat PKINK. Perundingan itu melibatkan PKINK dan PMBK bersama-sama Haji Zulkifli Mamat dan dihadiri sama Raja Idris mewakili Menteri Besar Incorporated (MBI) Negeri Selangor. Berdasarkan perundingan tersebut diputuskan tujuh bidang kerjasama Kelantan-Selangor, iaitu: 1) Selangor bersedia memberikan perundingan dan kepakaran mengenai Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) di Machang. 2) Selangor bersedia memberikan perundingan dan kepakaran mengenai pewartaan air mentah di Kelantan. 3) Selangor bersedia memberikan perundingan dan kepakaran bidang industri Hab Halal di Machang. 4) Kelantan bersedia memberi perkhidmatan perundingan dan kepakaran pelaksanaan Mikro Kredit untuk Selangor. 5) Kelantan bersedia memberi perkhidmatan perundingan dan kepakaran mengenai jaringan FIBERISATION di Selangor. 6) Kelantan bersedia memberi perkhidmatan perundingan dan kepakaran mengenai Pendidikan Islam di Selangor. 7) Selangor bersedia menyediakan kemudahan bagi Pusat Jualan Borong Kelantan di Selangor.
Memenuhi harapan rakyat Justeru semasa sidang media sebaik selesainya majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara dua menteri besar bagi kerajaan negeri (Kelantan-Selangor)pada petang 2 Mac itu, Tan Sri Abdul Khalid menyatakan: "Kami telah mengkaji semua perbincangan yang telah dibuat sebelum ini dan telah mengenal pasti tujuh bidang kerjasama antara Kelantan dan Selangor, berdasarkan kepakaran dan kekuatan masing-masing." Demikian pula Ustaz Dato' Ahmad Yakob meletakkan harapan: "Kerjasama dengan Kerajaan Selangor ini dibuat demi memacu pembangunan Negeri Kelantan untuk memenuhi dasar Membangun Bersama Islam ke arah Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan semua rakyat." ________________ Penulis ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.
|
You are subscribed to email updates from di negeri kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan